Sekolah barunya ni mengikut abi adalah antara sekolah yang terlama di sini. agak besar. Nampak lengkap dengan pelbagai kemudahan. Cantik dan bersih. Tengok suasan kantin pun makcik boleh terpegun. Setiap meja diletakkan maklumat bergambar. Pencapaian UPSR tahun lepas pun bagus dengan 50 pelajar mendapat 5A.
OK la... berbalik cerita Fawwaz di sekolah. Macam selalu, bangun je tidur doanya ialah "no skolah". Tapi setakat 2 hari ni, mak berjaya juga bawa dia ke sekolah. Sempat sarapan dan membawa bekal. Pakai baju bila dah sampai sekolah huhu... Semalam bagi juga duit belanja, tapi abi kata tak payah. Bagi je bekal.. Bukan apa, dia pun jenis memilih dan tak makan sebarangan. Mak ni je yang tau apa dia suka. Setakat 2 hari ni nampak gaya dia minum susu Dutch Lady yang dibekalkan dan tadi sosej je dia makan.
Balik sekolah, gumbira dan macam2 ceritanya. Mak ni terpaksa ulang2 ayat dia sambil tanya balik. Memang kalau bukan mak sendiri susah nak faham... hehehe! Macam tadi, dia cakap ada story telling kat sekolah. Pasal frog dengan snake.
Jadi, mak tanyalah.."snake eats frog ke..?"
"no.. no no... " jawabnya. Pastu dia bercerita laju...tak paham mak.
Alih2 ada pulak shark kat cerita tu...
"Frog thank you shark.."
"aaa.... frog and shark are friends? Shark save the frog... ye?" (save from the snake, the frog eater..:P)
"Yes...." katanya. Haahaha....
Cool je cik mat. Tak payah bertunggu pun.. Serah kat cikgu je.. |
Kita minum dulu... :D |
No comments:
Post a Comment