Dalam tu jiwa agak kacau.. Bila membelek kad OKU berwarna pink yang baru diterima tengahari tadi dari Pejabat Kebajikan Masyarakat. Sebelum ni, walau akak dah beberapa keluar masuk pejabat tu untuk urusan kad, perasaan tu tak muncul lagi. Malah mak ni rasa bersemangat... demi kebajikan dan masa depan Fawwaz.
Tapi, jiwa ibu mana tak meruntun-runtun tatkala menatap kad tu. Anak yang membesar di depan mata sebagai normal dan sihat, jarang sakit maupun demam, cerdik IT, berbahasa Inggeris sebab gemarkan kartun English, dll... kini disahkan OKU. Dalam kategori masalah pembelajaran. Bila tunjuk pada abinya, dia pun terdiam. Tak tahu apa yang difikir. Namun jangan salah tafsir. Tidaklah mak ni memandang rendah pada insan2 OKU... Merekalah insan istimewa dipilih Allah untuk diuji... MasyaAllah. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya. Semoga Allah kurniakan kesabaran juga buat ibu yang serba kekurangan dan lemah ini... Aamiin.
Gaya notti, gambar terkini merayukan susu secawan... Sebenarnya sambil2 umi nak establish eye contact nya.. Kanak2 autis memang lemah dalam soal eye contact..
Masa baby comel dan tembam... tapi kuat meragam. Masa ni segala skill masih mengikut yang sewajarnya..
Aktiviti berenang yang dah terhenti sekembali dari Bahrain.. Abi pun dah takda masa nak bawa ke swimming pool.. Berenang sebenarnya amat baik untuk terapi dia..
Nak sekolah mesti breakfast dulu.. Inilah yang mampu umi buat setakat ni. Menjaga kebajikan perut Fawwaz... :)
Kadangkala mak ni tak berapa nak kuat.. Mengharap sokongan dan galakan insan2 sekeliling terutama family. Seringkali juga merasa sendirian terutama dalam membuat keputusan dan proses pemulihan.. Yang betul2 faham dan menyokong masing2 duduknya amat jauh dari sini.. Namun syukurlah, walau jauh, masih boleh berhubung dan bercerita dengan makcik2 pendorong kuat akak. Sentiasa memikirkan tentang Fawwaz. Dan yang penting, kebergantungan kita kepada Allah. Letakkan sepenuhnya harapan kita padaNya. Kerana hanya Dia yang maha berkuasa atas segalanya..
Ya Allah... aku tidak mampu meminta yang banyak dari Mu. Kau lindungilah anakku di dunia dan akhirat.. Semoga kami sama-sama layak menjadi penghuni syurgaMu.. Aamiin.
No comments:
Post a Comment