Pages

Tuesday, December 27, 2016

Kisah Aku, Cuti dan Kereta 'Breakdown' Pt 1


Menutup cuti sekolah dan menghilangkan rasa sesak di dada, akak dan family memandu ke Shah Alam dan KL. Peringkat awalnya, agak lari dari perancangan sebenar. Jadi, terpaksa tukar-tukar plan di saat akhir.

1.  Plan asal nak balik kampung terus bersama Fawwaz dan abi, kemudian baru ke Shah Alam. Tapi, tiba-tiba pakcik yang sakit dan hendak dilawat terpaksa datang awal ke hospital selepas mendapat panggilan doktor. Jadi, umi buat plan ke 2, naik ETS dengan Fawwaz. Rupa2nya, tiket pun dah sold out. Terpaksa U-turn balik rumah. Gone day 1.

2. Abi buat plan selanjutnya, sama-sama ke KL (Shah Alam) dan stay 2 malam di hotel. Yeahh.. Fawwaz paling suka sebab memang hari-hari duk sebut tu je. So, Khamis terus check in di Concorde Shah Alam dan petangnya ke hospital PPUKM sambil memujuk2 Fawwaz yang nak meragam je tak mau pergi. Maklum, perjalanan Jitra-Shah Alam memanglah panjang dan memenatkan terutama untuk kanak2 macam dia. Sepanjang jalan Fawwaz baring di bawah (lantai kereta) yang umi hamparkan tilam dan bantal, sambil menekup telinga. Kasihan, sebab sekarang ni telinganya amat sensitif dengan bunyi motor kenderaan.


3. Tiga hari 2 malam di Concorde bukanlah menyeronokkan sangat. Fawwaz cuma nak memerap je di bilik. Tapi sempatlah juga umi ajak makan di Seksyen 11, makan soto yang umi rindui sebelum ke hospital. Dah berbelas tahun (sejak pindah keluar dari Shah Alam), umi tak jejak ke gerai2 di situ. Hari kedua pula, abi tinggalkan saja kami berdua di dalam bilik sebab tak mau risiko Fawwaz meragam nak cepat balik saat baru nak shopping. So, mereputlah umi dalam bilik sampai ke malam hingga menjelang pagi. Sempat keluar beli makanan kejap siang tu. Malamnya umi mogok lapar 😆

4. Hari ketiga, check out dan terus pergi ke kenduri kahwin. Lepas tu hantar abi ke Pandan Perdana. Abi balik bersama kak aimi ke Jitra dan umi proceed ke Bukit Jalil bersama Fawwaz. Suspen juga kalau Fawwaz refused nak stay situ sebab awal2 dia duk sebut hotel jer. Adoila nakk... nanti besaq buat hotel seniri atau kerja hotel noh..hehehe!

Selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa..
Alhamdulillah, Fawwaz excited bila tiba di perkarangan Kiara Residence dan bertambah2 bila masuk ke dalam rumah cikakak. Eh! Semua ada?? Tapi acik yg sorang lagi pulak takda.. hehe

5. Sedih melihat situasi Pak Mat, pakcik ku yang sakit tu. Seluruh badan terasa sakit dan serba tak kena. Lung cancer yang sudah merebak itu sangat ganas pergerakannya. Ya Allah, mudah2an mereka temui ubatnya dan kurangkanlah kesakitan pada pakcikku itu Ya Allah.. Sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

6. Dua malam di Bukit Jalil, umi berjaya pujuk Fawwaz untuk balik ke Jitra.. Makan bermulalah satu kisah untuk dibuat pengajaran.

Aktiviti wajib selepas mood swimming hilang beberapa bulan...
Sebenarnya nak lepak macam ni je tujuan duduk di hotel tu.. ayoooo 
Baru sekarang umi menghargai tempat2 macam ni.. dah tak 'takut' nak guna hehehe...
Akhirnya dapat juga minum cendol plain tersedap di dunia dan rojak..hehehe!
Lokasi: depan Bukit Jalil Golf / Anjung Hijau

No comments:

Post a Comment