Untuk pertama kali setelah bertahun-tahun merantau, semalam (Selasa) kami beraya di luar Malaysia. Sebenarnya ada beberapa kisah yg menggeramkan hati, kelakar pun ada sebelum raya menjelang... Sabor je lah akakk...huhu! Kat sini cuti Eid je selama 4 hari termasuk hari Arafah sebelumnya.. (Tapi dorang kata puak2 Syiah baru nak raya harini (Rabu)... entahlah..). Sejak hari Isnin sebelum subuh hingga tengahari semalam, saya sangat sibuk! Sampai tergeliat urat belakang... Sebelah malam pula sambung ke rumah Siti & friends di tingkat bawah. Lagi meriah rumah Siti with all Singaporeans! Di situ baru saya sedar yg epok-epok aka karipap saya menjadi pojaan hati, sampai ke ambassador dorang dah rasa... keh keh!! Terkembang2 akak... biasalah, jarang kena puji.... :P
Masjid penuh dari biasa... pukul 6 pagi dah solat raya...
Hidangan untuk tetamu... rendang ayam, lontong, kuah sate, sambal, mi goreng, kek coklat dan buah2an..
Raya mesti ada air sirap & oren... :P
Antara tetamu2 yg datang... staff muslim SIAEB yg duk Emirates Apt ni je & family..
kami lagi...
Tetamu M'sians yg datang ialah family Wan & Umi dan kenalan baru family Rashidi & Kak Intan... Tak mampu kederat ni nak menjemput lebih ramai orang. Tapi walaupun penat sebelumnya nak menyediakan pelbagai juadah di samping mengambil tempahan karipap dan donut hari sebelumnya, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Malam tadi terus flat...
Yang kelakarnya antara topik yang menarik nak disembangkan selain dari epok-epok dan mee siam yg baru sempat jual sekali untuk season ni ialah rempah kari dan sardin cap ayam yang dirindui oleh ramai orang dari 2 negara ni... sememangnya takde tandingan sardin Cap Ayam tu. Kalau kat sini yg ada antaranya ialah sardin cap Lego buatan Philippines. Isinya kecil, sedikit rapuh dan mudah hancur... memang tak best! At least kalau kat M'sia sardin Pertima, Kings dsb tu OK la jugak... Salah sorang regular customer saya Dilip dan isterinya (jumpa di rumah Siti) pula bagitau selain sardin yg tak best, dorang tak pernah beli rempah kari kat sini... Nak kena ada kari Babas juga.. keh keh! Sama laa... akak punya rempah kari Babas & Faeza pun dah abis.. nasib baik minggu depan dah nak balik! Nak kena beli sekotak pulak ke nanti? Huhuuu...
Apa2pun, cerita raya dah habis...kolestrol je yg tinggal kat badan. Esok kami nak bertolak ke Dubai pula. Ingat nak cari Abaya lagi... makin selesa memakai pakaian ni. Ada sapa2 nak oder Abaya ke? I wish to open my online Abaya Shop here... Abaya from Bahrain with beautiful design and good material (sejuk walau tebal) and Abaya from UAE which is slightly cheaper than Bahrain made Abaya. Price range RM200 - RM400. Hahh... perancangan je, tgh tengok2 nih... :D
No comments:
Post a Comment