Pages

Sunday, June 26, 2011

Unta dan Kurma

Lihatlah wajah manja ini.. Dari semalam akak duk tenung je muka unta ni.. manja, tak macam muka lembu yg garang sikit..hahaha apakah?


Semalam, untuk kali ke-2 (dan en abe kali keberapa ntah..) setakat ni, kami pergi melawat ladang onta aka unta di Janabiya.  Sebenarnya musim tgh panas ni macam tak sesuai, tapi nak pegi juga sebab nak bawa Fawwaz lebih mengenali unta.  Rupa2nya dia takut hahaha!  Duk menyendiri je dia kat pondok teduh tu.. beriya2 tak mau.  Abi la yg suka nak paksa2 tu kannn... Takpelah, kalau tak suka, jom kita balik je... Umi pun tak suka panas2 nih...

Lepas tengok unta, ronda2 kat ladang kurma.  Yang kelakarnya ada nampak signboard "Flamingo Garden".. En Abe ingat adalah kot flamingo kat situ, mana tau macam taman burung ke kannn... Rupanya, sebuah taman perumahan mewah...lalala!

Tengokla pokok kurma kat atas tu... macam kecik lagi.. pendek.  Kalau takde daun tu, kira tinggi sikit dari Fawwaz.  Tapi buah dia, mak aihhh.... Sekarang ni buah kurma tengah menguning bagi yg kuning, dan merah bagi yg merah.  Tak lama lagi mungkin dah boleh petik.  Atau paling tidak, puasa nanti dah boleh pesta kurma.  Sedapnya.... sejuk2 gitew!!

Ini jelah yg menarik setakat ni.. selain sales yg masih ada di sana sini.  Maka lepas mendedahkan diri di bawah mentari terik, kami pun cari sejuk2 kat mall.. Berapa kali da minggu ni pegi mall kan.  Beli baju raya Fawwaz siap2... Umi dia pula dapat skirt kembang.. I loike!  

Dah petang pula, semangat nak picnic kat tepi swimming pool atas ni je!  Sementara abi & Fawwaz swimming, umi boleh hirup teh panas.. ada pulak mi goreng.  Fawwaz penuh semangat berbasikal naik ke atas (ikut lif la.. hehe).  Tapi.... demi pintu lif terbuka dan nampak abi kat tepi swimming pool, terus dia taknak!  Nak ajak turun balik.. huhuhu... geram mak tau!  Terus mati selera lah kan... Hilang semangat nak picnic.. Wahai anakku, nanti kita kalau dah balik M'sia, takde dah nak ber'privacy' kat swimming pool macam tuu... Kat atas rumah kita ni je, bukan bawah rumah tau... Tu sebab hari tu rumah kita banjir kan masa pool tu rosak .. haha!

Tapi akak syak, ada sesuatu kejadian di swimming pool hari tu yg buat Fawwaz terus tak suka pergi swimming.  Mungkin serik sebab tertelan air... Abislah!  Tak tercapai le KPI abi nak buat Fawwaz pandai berenang sebelum hujung tahun... setakat pakai arm support (step 3) jelah... :)))
Kali terakhir swimming... muka nak nangis.. :))

1 comment: