Pages

Tuesday, February 16, 2010

Foods business

Kasturi

Pagi ni dekat pukul 8, loceng pintu berbunyi. Ingatkan Saiful, apartment caretaker cum receptionist nak pulang bekas2 kuih. Rupanya staff SIAEC, tanyakan bila hari buat mi siam (mihun goreng). Sanggup balik kerja naik cari aku... Bukan apa, minggu ni dia night shift, so pagi baru balik. Kebelakangan ni bila sampai apt, kuih dah habis.. tak dapat la makan. Mihun pulak aku tak mampu buat banyak, sekadar 7-8 pek sehari sebab tak cukup masa, tenaga, kuali, dll. Buat pulak selang sehari atau seminggu 2x. Tak sangka banyak peminat.. Aku jual se'pack' RM4.. Sempoi macam kalau kt KL RM1-1.50. Bihun mentah made in Thai kalau ada, harga dia satu dkt RM5.. kita baru singgit lebih. Setakat ni cuma Geant yg jual, tu pun cuma beberapa pek.

Pagi ni aku dah 'up' kan penjualan karipap + kasturi dari 30 biji (1st wk) kepada 99 biji (gandaan 3). Tapi masih tak dapat nak menampung permintaan. Takpelah, tak payah tamak dan paksa diri. Yang penting Fawwaz kena dapat layanan cukup, kerja rumah settled & kemas. Mujur dia dah rajin main sendiri... Cuma masalahnya sekarang aku dah kehabisan stok rempah kari dari Malaysia. Terpaksa beli yg made in India... warnanya merah betul dan terlebih jintan tak macam M'sia punya yg light sikit walau jenama Babas (aku guna kari Faezah..). Kesannya, inti karipap jadi kurengg... Hari2 aku tukar formula masak nak cari yang betul2 'kena' dengan citarasa, tapi belum jumpa. Harap2 dorang tak perasan laa... huhuh!

Tadi Saiful (Bangladeshi yg kerja 7 hari seminggu, bossnya kedekut off day..) tu pulangkan bekas pukul 8 lebih sikit... Dari dalam aku dengar benda jatuh.. buka pintu, berterabur bekas2 tu... hahaha dah disusun 4 tingkat, mana tak jatuh... Apa2 pun aku sempat lagi masak 'virtually' kat fb.. itu adalah umpama reflexology..

3 comments:

  1. wahh.. bertambah maju bisnes.. congrates!

    ReplyDelete
  2. Thanks kawan2... tapi kekadang fikir juga takde keja cari keja.. terutama bila penat macam pagi nih huhu..

    ReplyDelete