Pages

Tuesday, March 13, 2012

Work From Home

Work from home mama .. is the dream of many mamas out there!  And papas too...

Betul tak?  Kalau ada yang tak suka atau tidak punya impian untuk bekerja dari rumah, mungkin hanya sebilangan kecil.  Dan yang sebilangan kecil itu, selalunya yang belum ada apa-apa bisnes atau aktiviti untuk disandarkan.  Berada di 'comfort zone'.. Belum sanggup menghadapi risiko yang pastinya sedang menunggu untuk diterjah.  Risiko sebenarnya ada di mana-mana, dalam apa jua bidang.  Walau kita kerja makan gaji pun, masih ada risiko.  Contohnya, pertukaran 'shareholder' yang membawa kepada perubahan tenaga kerja, politik dalaman yang memualkan dan adakalanya bersifat kejam, ekonomi merudum, dan sebagainya.

Konsep 'work from home mama & papa' banyak menjurus kepada ibubapa yang mahukan kebebasan waktu bekerja dan pada waktu yang sama tidak mahu terlepas pandang kebajikan isirumah terutama anak-anak yang sedang membesar.  Terlalu banyak cabaran di luar sana yang semakin membimbangkan.  Cuba kita tanya atau baca luahan hati mereka-mereka yang memilih untuk berkerja di rumah.  Jawapannya hampir semua sama.  Dan jawaban saya juga adalah begitu.  Setelah hampir 5 tahun membesarkan anak dengan tangan sendiri, memang dialah kekuatan saya untuk membuat keputusan ini.

Saya bukan baru bermula.  Saya telah mula bekerja dari rumah hampir 3 tahun lepas.  Dengan hanya menjual kuih muih sewaktu saya di Bahrain.  Sambutannya sangat menggalakkan terutama di kalangan perantau dari Malaysia, Singapura, Filipina dan India yang sama-sama bekerja dan tinggal di satu penempatan.  Aktiviti itu sangat menyeronokkan saya yang memang minat masak dan mencuba resipi. Sekurang-kurangnya saya masak dan boleh jual. Saya juga seronok kerana sesekali dapat memberi atau berkongsi makanan tersebut dengan insan lain yang juga merantau.

Saya masih meneruskan aktiviti ini walau sudah pulang ke tanahair.  Walau sekadar untuk melepaskan rindu, saya tetap seronok melakukannya kerana inilah terapi saya - masak.  Masak makanan kegemaran saya, keluarga dan kawan-kawan.  Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang sudah membeli dan menempah karipap dan kek red velvet dari saya.  Cukup memotivasikan saya untuk terus mendalami ilmu ini.

VEMMA - Nutrition for a lifetime
Sudah masuk minggu ke-2 saya menyertai VEMMA.  Satu jenama yang amat dipercayai hampir di seluruh dunia.  Melahirkan ramai insan-insan berjaya.  Insan-insan yang punya semangat yang amat tinggi dan positif.  Kerana AURA POSITIF yang melingkari minda dan tubuh mereka, maka itulah hasilnya.  Di situlah kita seharusnya berada.  Bersama-sama mereka yang positif terhadap sebarang kejayaan, cabaran mahupun kegagalan.  Tiada perkara yang tidak punya solusi.


Vemma adalah sebuah PRODUK KESIHATAN berasaskan manggis.  Jus ini sangat sedap.  Sudah pasti khasiatnya terbaik kerana itu ia tersenarai di dalam The Physician's Desk Reference.  Maksudnya, diperakui para doktor dan pakar.  Testimoninya sangat baik dari sudut kesihatan dan juga bisnes.  Di tanggung halal.  Tidak mengandungi bahan pengawet.

Dari sudut BISNES, Pasaran VEMMA sangat besar, di lebih 60 buah negara.  Kita boleh memasarkan atau memperolehi pelanggan di kesemua negara itu, jika mampu.  Di pasaran Malaysia sahaja, kita masih boleh memperolehi pendapatan atau bonus mingguan yang sangat-sangat memberangsangkan.  Namun, perlu disertai dengan KESUNGGUHAN!  Bukan skim cepat kaya... Bisnes ini perlu modal, kesungguhan dan usaha berpanjangan.  Kerana itu namanya bisnes!  Ada kerja, ada gajilah, tak boleh malas!  Tapi tak perlu menyimpan stok untuk orang.  Kerana, bisnes ini cuma memerlukan NETWORKING dari kalangan mereka yang mahukan kesihatan yang baik dan juga bisnes untuk mencapai segala impian dan harapan.  VEMMA menyediakan sistem yang baik untuk membantu kita.  KELEBIHANNYA adalah boleh dilakukan dari mana-mana.. seperti rumah, kedai makan, kenduri kahwin, di dalam kereta, dll2.  Work at your own leisure.  

Sekian untuk pagi ini...

*****************************************
Rujukan tentang khasiat jus vemma (manggis), sila KLIK SINI (E) ATAU SINI (BM)
Untuk DAFTAR SECARA PERCUMA, sila KLIK SINI

Jika anda berminat, SILA HUBUNGI SAYA .. melalui email: okeedgz@gmail.com  atau facebook http://www.facebook.com/ciksiti.as

No comments:

Post a Comment