Pages

Sunday, April 25, 2010

Keresahan Hati Seorang Anak

Ayah aku masuk hospital lagi due to heart problem.. Memang asyik keluar masuk hospital je lately. Last time yg dia admitted 2 days before aku depart ke Bahrain wasn't the last time tak silap.. Tapi kali ni dengarnya macam serious and that was told by the Dr of Hosp Selayang. He is in the ICU, transferred from Hosp Sabak Bernam ke Selayang. Masa nak transfer tu pun adik beradik aku ambil risiko sebab jauh perjalanan..

Aku sangat risau dengan perkembangan terakhir ni. Aku yg sangat jauh beribu batu.. dan bukan boleh nak balik M'sia terus. Memang aku selalu sangat ulang-alik M'sia - Bahrain, tapi ada sebab dan musababnya, bukan sebab duit terlebih ke atau suka2 (walau hati mmg suka kalau dapat balik tu)... So, bila ada musibah berlaku, aku tak boleh la nak request nak balik kg. Hanya mampu termenung berangan2 tanpa meminta sebarang pengertian.. Memang ada plan nak balik, tp in May masa cuti sekolah. Sungguh lama lagi..

Aku hanya dapat memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT supaya diberikan yang terbaik buat ayahku dan semua ahli keluarga. Juga diberikan kesabaran dalam menghadapi segala cubaan dan dugaan... Amin

Tuesday, April 20, 2010

Misteri yang perlu difikirkan..

Aku sedang berusaha menghabiskan pembacaan buku yang pertama untuk tahun ini iaitu "Membongkar Misteri Dajjal". Penulis banyak juga mengaitkan karakter Dajjal dengan cerita2 filem Amerika cthnya Lord of the Rings, dsb juga misteri2 alam yang lain termasuk tamadun2 yg terdahulu. Karakter yg paling terdekat dengan Dajjal ialah Merlin yg penting dalam sejarah kegemilangan Great Britain. Juga suku kaum Mayan/Maya yang lebih hebat dalam ilmu astronomi sebelum wujudnya kehebatan scientists terkini. Antara ramalan suku kaum yg wujud beribu2 tahun dahulu dan tiba2 hilang ini ialah kemusnahan dunia pada tahun 2012, mengikut kiraan putaran matahari.

Sandaran penulis ialah tulisan2 penulis Barat, manuskrip lama, seorang penulis Mesir (Muhammad Isa) dan Hadis2 Nabi Muhammad SAW. Dan dia merasakan bahawa Dajjal sebenarnya telah terlepas dari pasungannya, pernah keluar ke dunia dalam zaman yang berlainan dan masuk ke alam jin (hibernate), menaburkan fitnahnya di dunia (dlm bentuk huru hara dan teknologi yg hebat), dilepaskan semenjak selepas kewafatan Nabi lagi. Dia hanya menanti hari untuk kemunculan semula untuk membawa fitnah yang lebih besar dan dahsyat menjelang hari kiamat.

Apakah benar atau tidak telahan penulis, sesungguhnya kita ini memang sudah berada di hujung zaman. Semoga kita umat2 Islam dilindungi Allah dari segala fitnah dajjal yg amat dahsyat. Semoga kita diteguhkan iman sebagai muslim sehingga akhir hayat... wallahua'lam.


Thursday, April 8, 2010

Gigi ku sakit...

I) Sejak balik hari tu aku dah sakit gigi.. actually dah jumpa dentist kat S/Besar tapi tak complete treatment sebab aku takde masa, dah nak balik KL. Dr tak boleh buat utk rahang atas dan bawah sekali gus sebab melibatkan bius, or else aku tak boleh makan, dll... (kes dah lama sgt x jumpa dentist la nih). Kat KL pulak susah sikit sebab takde yg jaga Fawwaz bila ke klinik. Masa husband ada, berebut masa & kereta lak... sudahnya, aku sempat beli Hurix toothache drop dan pain killer je. Drop ni banyak juga membantu, rasanya cengkih je. Tapi sebab gigi geraham bawah ni dah agak kronik lubangnya, sekali sekala sakit juga. Tapi aku takde niat nak jumpa dentist kat sini... Selagi boleh, aku nak tahan sampai bulan depan, buat balik kat SB tuu.. Dr Norhaya tu mcm lembut dan bagus kerjanya, tu yg aku nak ke situ balik. Husband aku cakap sapa tahan sakit gigi, maknanya tahan yg lain2.. Aku jawab 'beranak lg sakit tauu..'.. Padahal kalau sakit gigi ni, jiwa cepat sensitif... nak marah je. Tapi ada ke orang yg sanggup tahan sakit semata2 kurang caya dr, akulah org tuu...

II) Anak aku si Fawwaz ni tak macam aku yg suka makan apa saja (walau sesekali byk komplen juga). Dari kecik dulu, macam2 resipi aku cuba biar dia suka makan. Tapi makin besar makin susah nak makan. Sangat memilih dan cerewet. Tu sebab dia kuat minum susu.. almost every hr atau at least 2hr. Orang kata reduce susu, guna cawan, dll... Tapi aku ni macam tak tau nak pujuk camna. Susu + botol ibarat lagu dan irama utk dia.. Makan nasi atau mi seminggu sekali pun susah. Punyalah hari2 aku masakkan yg fresh, akhirnya aku yg makan sendiri. Kalau tgh tak mau tu, biskut oreo fav dia, sekeping pun tak habis sepagi. Roti pun dia dah jemu. Aku dah mati akal, takde idea ni... tu yg aku membebel kat sini. Dahlah aku sakit gigi... Tapi mujur juga dia tak meragam perut lapar ke apa... Tahan je lah buatkan susu 'as and when required..' Cuma betul ke cara aku ni? Macamana nak jadi permata negara kalau tak cukup gizi? DHA kurang.. huhu! Saat ini aku mula teringat spaghetti carbonara pizza hut atau macaroni cheese Kenny Rogers.. Dia suka betul tu! Kat Bahrain ni ada ke? Esok lah cari... demi Ahmad Fawwaz.


Wednesday, March 31, 2010

6th Sense

Beberapa tahun lepas seseorang memberitahu aku yg aku punya 'sixth sense' yg boleh digunapakai. Mmm... selalunya aku malas nak fikir sangat. Tapi kebetulannya, bila aku mula 'curious' dan terfikir sesuatu, semuanya betul atau sekurang2nya hampir tepat. Terutama perkara2 yg kurang 'favour' ku.. Setakat ni 6th sense aku belum menjurus nak dapat atau menang hadiah besar ke, dapat rumah besar ke, bonus besar ke... mmm hampeh! Sebenarnya aku boring hari ni... kalaulah aku boleh keluar ronda2 mcm kat Malaysia.....

Monday, March 22, 2010

Sepi Itu Indah.. ye ke?

Sekarang aku dah ada di Anjung Hijau. Tengahari tadi sampai. 1-2 jam tu sepi sikit, Fawwaz tak bersuara sangat. Baru kejap tadi dia ada mood nak nyanyi dan 'bercakap' macam selalu. Baru riuh sikit.. Dia pun rasa kot betapa bosannya bila baru lepas balik dari kampung. Teringat acik2, nenek & datuk yg suka melayannya...

Jumaat ni nak balik ke Bahrain.. Ingatkan kami berdua je, surprisingly hubby balik nanti. So, lega sikit tak payah aku susah payah urus barang, anak dan diri sendiri kat airport. Flight pulak tengah malam.. Macam biasa bila di KL, jadual tetap penuh selain packing dan cleaning. Apa2 pun dah puas sangat cuti kat kampung... yg malasnya, bila mula terasa2 kesunyiannya... takpe, InsyaAllah 2 bulan lagi balik..

Thursday, March 18, 2010

17 Mac...

Semalam, 17 Mac 2010, usiaku sudah menginjak ke 40. Dah masuk alam baru... heii terasa makin dekat ke alam kubur. Sesetengah berkata "life begins at 40.." Yolah tu! Tapi kadang aku tengok org bila dah masuk 40s memang berseri2. Tengokla nanti aku camna lak.. hahah.

17 Mac 1970 dulu... aku lahir ke dunia. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik sampai hari ini..

17 Mac 2006, aku mengakhiri zaman anak dara... ambil berkat hari Jumaat tepat pukul 12tgh. Demi akad je, jam masjid berbunyi.. Agak konflik di permulaan, tapi gerak hati aku mengatakan yang semuanya akan berlaku dengan baik selagi kita berniat baik dan berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui. Walau bukan kehendak dan pilihan hati sepenuhnya, sebenarnya dialah yang terbaik buat aku. Kalau nak buat drama, tajuknya '16 tahun mencari cinta..'. Yg lagi 20thn tu, memang aku nak menikmati zaman remaja secara all out! Alhamdulillah... setakat ini mendapat suami yg sangat baik dan sabar, sangat bertolak ansur, dll.. tapi kadangkala terlalu dominant terutama bab2 buat keputusan nih.. beza umur yg jauh pun kadangkala mencipta konflik komunikasi tau...huhu! Setakat ni, cuma sekali dapat sambut anniversary bersama. Yang selebihnya, berjauhan macam hari ni... Aku tak kisah pun, asal masing2 ingat... paling2 pun postpone sampai cuti habis... :D

17 Mac 2007, saat kami nak sambut anniversary, nenek yang membelaku sedari kecil, kembali ke rahmatullah. Dalam redha, terkilan juga sebab dia tak sempat nak menatap wajah anakku. Terkilan juga aku sebab dengan kerja ofis yg banyak ketika itu, dan keadaanku yang hamil 6 bulan, aku tak dapat nak bersamanya di saat2 akhir. Aku cuma dapat menatap wajahnya beberapa minit sebelum dikafankan. Masa aku balik sekejap beberapa hari sebelum tu, dia dah masuk hospital dan tak kenal aku. Apa2pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lebih kekal. Semoga rohnya berada di tempat orang2 yang beriman.. AMEEN.

17 Mac akan datang tak tau lagi macamana... masih adakah lagi aku di dunia atau sebaliknya... Semoga aku mampu menyediakan bekalan untuk hari tua dan hari2 yg lebih mendatang di dunia yg lagi satu...

Saturday, March 6, 2010

Latest pics


New park @ Arad.. morning glory pelbagai warna bertaburan waktu winter.. kejap lagi bertukar wajah la kott..




Interior khemah di padang pasir milik Gulf Air.. Susu tak tinggal punya..


Terasa Fawwaz dah besar...




Macam nilah kalau dengan toys nya.. semua accident & terbalik...