Pages

Friday, August 13, 2010

Cerita Bulan Ramadhan

Kalau kat Malaysia, muncul aje bulan Ramadhan atau nak menjelang hari raya, mesti ada cerita kenaikan harga barang2. Tepung, gula, ayam, dll semua nak naik harga. Tahun ni aku tak perasan sangat cerita kenaikan harga ni, tapi mungkin dah awal2 hari tu masa minyak baru naik. Asyik2 kalau buka 'online paper' aku baca cerita kemalangan, kisah bunuh membunuh, takpun kisah artis sampai tak perasan perkara2 di atas.

Sebenarnya kat Bahrain ni pun serupa... Yelah, dah setiap minggu aku masuk hypermarket dengan membeli barang2 yang sama. Gula, tepung, minyak, ayam..tu biasalah, harga berubah2 hampir tiap minggu. Malam semalam aku terkejut bila harga kentang naik mendadak. Dalam 8 bulan ni di Lulu Hypermarket (my fav ni..), paling rendah 180 fils (<>RM1.80), kemudian naik 345 fils, 390 fils, dan malam tadi dah jadi 545 fils sekilo (<> RM5). Gula pula 2kg dah jadi lebih 700 fils (<>RM7). Yang lain2 tak usah cakap la... 4 keping dada ayam (sebab dah kehabisan yg sekor) BD1.77 (RM17).. Pergh!! mahal... Dorang pun sama macam kita kat M'sia kot, harga ikut perayaan atau juga ikut musim yg lain2.

Bila harga barang terutama kentang yang menjadi bahan utama jualanku, maka aku pun berkira2 nak ubah strategi. Ikutkan puasa2 memang malas sikit, rasa nak buat aktiviti lain, tapi sebab ada permintaan. Boleh dorang nak kuih belah pagi.. halo, akak puasa.. korang pun kenalah puasa juga.. Sebenarnya kat Bahrain ni bila masuk Ramadan, kedai makan semua atau hampir semua (tak sure la tuu..) tutup belah pagi.. Susah nak cari makan bagi non-muslim. Bukanya nanti pukul 4 ptg. Pandai2 la adjust ye..

Kelainan yang lain adalah 'sale' sempena Ramadhan Kareem tidaklah semeriah di M'sia. Kadang fikir di M'sia tu macam melampau2 pun ada jualan raya dia... Yelah, namanya pun berbeza. Di Bahrain disebut "Ramadan Kareem Sale". Di Malaysia "Jualan Hari Raya".. jarang dengar jualan ramadhan atau puasa. Kalau adapun bazar ramadhan... ish, apalah aku merapu. Sebenarnya hari ni tak berapa ada aktiviti. Kalau selalunya hari Jumaat adalah hari sibukku, bulan puasa ni tak keluarpun. Luar tu panas terik dan kering.. tak tahan tekak ni kalau lama2. Maka duduklah aku berlama2 depan laptop ni... Fawwaz pun dah jemu main tumblebugs. Sekarang dia duk suka click icon2 kat desktop.. buka files... click itu ini.. jgn delete sudahlah ye nak... hehee. Teringat zaman mengandung, duk diam2 je kerja merenung notebook sepanjang hari. Tu yg anak jadi IT literate tapi lambat cakap tuh.. lalala


Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, harinya telah tiba... Hari ni hari pertama puasa.. dan untuk tahun ke-2 di Bahrain. Macam tahun lepas juga, puasa bermula awal di sini memandangkan ini musim panas yg mana siangnya agak panjang. Pagi tadi aku bangun pukul 2.50 am untuk masak sayur dan panaskan lauk lain yg sedia kusimpan dalam fridge. Nasi pun dah siap2 masak sebelum tidur, so semua yg dah ready tinggal sumbat dalam microwave. Makan pukul 3.10 am.. subuh pukul 3.40, awal sungguh! Aku tak lalu lah pula nak makan nasi, bancuh nesvita dan makan 2 kpg roti + kurma. La ni duk letih melangut takde apa nak buat... ngantuk je! Tunggu mechanic betulkan washing machine yg rosak sejak 2-3 hari lepas, tak datang2 la pulak... So, macam takde mood nak basuh manual dgn tangan. Dah 2 hari basuh pakai tangan, ingat cuti buat kuih nak restkan tangan ni dari bekerja keras.. huhu! Saiful oh Saiful, cepatlah suruh orang tu datang....

Semalam lagi aku dah stop supply kuih. Tapi sebenarnya untuk minggu ni je, sebab aku tetiba malas dan nak rehat. Konon2 nak sambut Ramadhan. Semalam dorang tanya2 jugak kat hubby apsal tak jual, puasa ada ke tak... Sejak supply untuk majlis orang2 S'pore haritu, nampaknya bakal berkembang karipap cik siti.. heeee. Tapi tangan kananku ini seperti dah tak larat nak buat kerja uli-menguli.. lenguh semacam. Tak pula keluar2 muscle nye, lembik dan kurus jee...

Hari ni bakal berbuka pukul 6.18 pm. Nasib baik cepat juga.. hehe. Sat lagi lepas zohor, nak buat puding jagung. Buat masa ni belum terbayang di mata kemeriahan bazar Ramadhan kat M'sia. Awal lagi... Setengah hari pun belum luak..

Apa2 pun, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA buat semua... semoga bertambah iman di dada juga dilimpahi rezeki oleh Allah SWT...

Monday, August 9, 2010

Seorang lagi..

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.. Al Fatihah buat kawan lamaku di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kg Pandan KL yang bernama MISNAH BINTI TASUKI. Aku baru mendapat berita sedih melalui FB dari kawanku Tatie, yg Allahyarham telah kemalangan petang semalam dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama. Terkedu aku... dan sedih. Haritu masa nak gathering di Hulu Langat, dia plan nak join tapi cancelled di saat2 akhir sebab masalah kereta ke apa..(tak ingat). Dan nampaknya memang takde rezeki nak jumpa dia selepas lebih 20 tahun (tak pernah jumpa sejak habis sekolah).

Aku ingat lagi masa sekolah (dia sekolah di Sri Aman), arwah ni aktif je main macam aku tapi tetap pandai.. tak macam aku yg biasa2 je huhuu.. Dia sekampung dengan ku di Sabak Bernam, tapi dia dok di Teluk Rhu dan aku Sg Air Tawar. Walau dekat, tak pernah kunjung mengunjung sebab dah masuk U pun lain-lain (aku 'I' je time tu.. :D).

Apa2 pun, seperti yang aku selalu kata, janji Allah itu pasti... hidup dan mati memang ketentuanNya dan takkan terkurang atau terlebih walau sesaat. Semoga keluarganya terutama anak2 yang masih kecil sentiasa tabah terutama dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak dan Syawal nanti...

Saturday, August 7, 2010

What's Cooking..

Siap juga kek coklat kukus ku...





Thursday, August 5, 2010

Syukran..

Hari ni patutnya aku santai dan rest.. tapi aku bakal sibuk menyiapkan tempahan untuk petang ni dan esok.. Walau apapun aku sedikit gembira dengan text message yang aku terima pada pukul 3.45 pagi tadi. Syukur, segalanya hampir selesai. The hardest part telah dilalui. Walaupun ada sedikit kekeliruan..

Bukan aku nak cerita pasal beli kereta baru. Cuma the proses tu yg mana aku telah ceritakan dalam post yg lepas pasal pinjaman bank. AmBank dan CIMB kata aku kena blacklisted oleh Maybank. EON Bank lak duk senyap takde berita. Dalam applications yang tak lulus tu aku dapat bil untuk panggilan yg sekejap2 tapi 'roaming' guna line Celcom, beratus-ratus ringgit! Sangat kesal tak terkata.. Internal financier pulak tak berapa nak membantu untuk menggembirakan hati (membuat aku nak cepat2 balik kerja di Malaysia). Tiba-tiba dapat call (roaming lagi...) dari Maybank, interview itu ini, minta sokongan dokumen itu ini, dan alih2 cakap nama aku clear.. tak blacklisted! Bukan mengelirukan ke tu... Apa2 pun, harapan sangat cerah masa tu. Dan akhirnya pagi ni dia kata lulus! Legaaa... satu perkara. Tinggal nak buat langkah2 selanjutnya selain perancangan balik kampung.

Hari ni bolehlah aku buat kuih dan lain2 eksperimen dengan perasaan berbunga2.. Mungkin boleh jadi sedap sikit kekeke.... Nak buat karipap frozen, donut dan kek coklat.

Sunday, August 1, 2010

Cobaan....

Nak aje aku mengeluh hari ni... tapi beristighfar je lah banyak2. Bukan besar manapun dugaannya.. Kadang macam2 perkara nak berlaku satu masa..

1. Hari ni dari awal pagi lif dah rosak. Sampai sekarang nampak gaya tak elok2 lagi. Air minuman pulak kebetulan habis di awal pagi. Mujur semalam beli stok air mineral 3 botol, dan ada susu kotak segera utk sikecik yg suka susu nih. Berjimat cermat aku hari ni sebab kesian nak suruh Saiful naik angkat air tu ke level 6. Masalahnya kat sini air paip tak digalakkan minum walau dimasak sebab kandungan garamnya yg lebih dan tak cukup proses. Untuk masak2 je aku guna... nasib la tu.

2. Termengah2 Saiful naik pagi tadi, hantar bekas kuih ikut tangga. Entah apa cerita, untuk pertama kali dalam season ni kuih banyak tak abis. Takpelah.. dah bukan rezeki. Rezeki pekerja2 Bangla tu juga..

3. Dah nak masuk 20 hari the red flag berkibar.. Aku tak pasti apa jadi dengan hormon ku. Sehari dua ni pula perut sangat sensitif, nak sakit dan kembung je... Terbayang2 aku scanner kat klinik...

4. Bahrain ni tengah musim panas yg tersangat... Aircond dekat living room sejak semalam entah kelmarin buat hal. Tak sejuk pun.... yg keluar hanya hawa panas. Dah complaint pagi ni, tapi takde orang datang betulkan pun... adoi!

Takpelah, bertenang.... banyakkan bersabar. Sabar... sabarrrr....... mmmmm

Sunday, July 25, 2010

Semalam Petang...

Semalam ambil abaya yg sudah ditempah. Kalau ikutkan memang banyak yg cantik2, tapi entah kenapa aku terus pilih yg itu dengan hanya sekali pandang. Sebenarnya bukan apa, kalau diberi peluang dan masa yg banyak, mau semua kedai nak masuk. Lepas tu rambang mata.. Baik ambil satu kedai dan jangan pandang kiri kanan... selamaaattt.



Penjual tu cakap, "price not same-same".. Maksudnya harga beza-beza ikut design sulam la tuu.. hehehh. Scarf panjang ni 'range' harga dia dalam BD4-5 (RM40-50). Tapi sulam dia memang cantik2 belaka.. cuma makcik tak berapa reti nak pakai. Sebenarnya kalau tengok wanita2 arab ni pun dorang pakai aci lilit je... walau tak kemas, masih nampak cantik sebab orang2nya pun dah cantik..huhu


Souk lengang je semalam (Sabtu).. tak macam kalau pergi hari Jumaat petang, fening sikit.
Yg ni gambar lama... saja nak paste :P