Pages

Sunday, October 10, 2010

101010

Hahahh... aku pun nak buat posting sempena tarikh cantik ni. Aku pasti ada banyak posting ber'title' seumpama ni. Lepas ni ada lagi - 20.10.2010. Sesiapa nak buat majlis bersejarah, bolehlah ambik...

Dulu2 orang2 bangsa cina yg suka nombor. Tak kirala, nombor mapiau ka, nombor kereta ka, dll. La ni orang2 bangsa lain termasuk bangsa aku pun berkira pasal nombor. Tahun ni je berjuta2 ringgit orang spend untuk beli no plat kereta kat JPJ. Termasuk suamiku... untuk beli no 2533 je entah berapa banyak sudah dilabur. Setakat ni ada 6 buah koleksi 2533 kat rumah dia termasuk parking lot rumahku. So, kalau nampak ini no kat jalan, mungkin salah sorang kerabatnya huhu!

Aku sendiri sebenarnya phobia dengan nombor. Aku tak pernah suka matematik kecuali masa nak periksa SRP! Aku juga tak suka accounting! Tapi bila kerja, asyik2 kena main dengan nombor. Dan aku terpaksa meneliti nombor2 tu dengan pelbagai perasaan... hehe malasla nak citer kisah lama ye... nanti lari tajuk. Sebenarnya nak cerita pasal no cantik di atas je... sekian :D


Tuesday, October 5, 2010

Sejenak Berfikir...

Tiba2 aku teringat kisah lama... Masa tu aku masih bekerja dan sedang sarat mengandung. Naik kereta Wira aeroback manual.. Duduk sorang2 kat Anjung Hijau. Hubby masih kerja kat S'pore. Macam biasa aku akan keluar kerja awal pagi. Masa pregnant dulu, aku bawa notebook Dell yg 2kg tu dengan trolley kecik. Hari2 menarik trolley, sampai naik kapalterbang pun tak tinggal trolley tu. Memang berat betul notebook kami masa tu!

Pagi tu kereta aku pancit.. Pandang kiri kanan takde sesiapa masa tu. So, aku terus telefon taxi. Awal pagi macam tu jangan haraplaa... jawabnya langsung takde. Aku pun jalan keluar ke gate. Pun takde taxi lalu lalang... pelik la. Dah sejam lebih, aku pun call HR (Jid) sebab lambat. Jid offer driver co. utk ambil, tapi aku kata takpe dulu. Aku patah balik ke carpark dengan sabar dan sebelum tu tanya guard (org nepal) kalau dia boleh tolong buka tayar. Dia kata OK, tapi sampai berpeluh2 dia, still tak boleh buka..

Tiba2 entah dari mana datang sorang lelaki cina offer bantuan. Dia drive jeep yg selalu orang bawa ke hutan tu. Dalam jeep tu ada pump... so dia pump kan tayar depan aku tu dan suruh aku bawa ke workshop. Aku pun ucap terima kasih dan pandu kereta ke workshop. Alhamdulillah, settled dan bocor sudah ditampal. Ada paku masuk tayar... Lepastu aku pun masuk office.

Dah lama lepas tu baru aku terfikir... Siapakah lelaki cina tu. Residen ke sapa? Sebab lepas tu aku tak pernah nampak dia dan jeep kat area rumahku atau tempat parking berdekatan. Bukan besar pun area apartment aku tu, sederet 4 blok je dan tak ramai penduduk masa tu...

Sebenarnya itulah namanya bantuan Allah yg tidak disangka2 waktu kita kesusahan... Apabila susah, hadapi dengan tenang dan sabar... Beristighfar dan berdoa.. InsyaAllah pasti makbul walau kita tak sedar dalam bentuk apa. Kadang2 hati kita tak tenang dan asyik rasa susah je. Memang iblis dan syaitan sentiasa cuba untuk merosakkan hati kita. Aku sendiri ada pelbagai kisah mewarnai diri dan hidup. Kadang2 macam tak percaya akulah empunya kisah tu.. Tapi aku akui, aku bukanlan insan sempurna dan terbaik.. Setiap waktu cuba menjadi yang terbaik dan sempurna tapi tak lepas dari sikap lupa. Dalam waktu yang sama punya kekuatan, kelemahan, keegoan, kebaikan, rendah diri, tinggi diri, suka, benci, gembira, sedih, dan lain2... itulah namanya manusia tak sempurna. Cuma harap2 selagi sedar dan mampu, perbaiki yg buruk dan pertambahkan yang baik... to be continued

Monday, September 27, 2010

Gambar Eid 2010

Sebahagian peristiwa menjelang raya dan di pagi raya... lepas tu dah lupa pasal kamera. Disebabkan proses upload yg panjang, aku stop kat sini je... lalala


Abah sedang mengajar anaknya bermain bunga api dgn memakai kasut mama... sama saiz ye?

Dalam tren lagi hati dah berbunga...

Senyuman di pagi raya yg gelap dek hujan lebat..
Macam tak cukup korum jek... hehe sapa musykil sila tanya...
a

Chak! Si kecil yg sentiasa ceria...


Sunday, September 26, 2010

Warm Up

Marhaban Bahrain & Malaysia!

Ini adalah hari untuk aku memanaskan badan dan minda... Semalam aku selamat tiba di Bahrain pada pukul 1.30pm waktu Bahrain atau 6.30pm waktu M'sia. Pergerakan sedari Anjung Hijau ke KLIA dan Bahrain adalah sangat 'smooth'. Keluar pagi dengan perut yg agak kosong dan lapar.. ingat sempat nak breakfast kat airport macam selalu, rupanya cukup2 masa. Terbayang2 nasi lemak lauk paru yg tak sempat cari dan lontong (sebab kakak ku dah menyebutnya). Raya kat kampungku kini memang tak pernah nampak lontong jadi hidangan. Kali ni balik, cendol mamak depan Anjung pun tak sempat beli. 3 minggu umpama 3 hari rupanya... adusss!

Dalam flight Fawwaz asyik menyanyi2 dan suka2 je. Aku yg letih tengok. Tinggal 2 jam nak mendarat, aku cubit sikit dia supaya dia marah dan tidur. Hehehe... memang kejam mama yg sorang ni. Tapi berjaya juga dia tidur aman sampailah dekat nak landing. Masa ni la dia buat hal, taknak tukar baju (dlm flight tuka singlet lobang2 kegemarannya), taknak pasang seat belt, tak bagi tutup tray, dll. Melalak suara dia je sekapal. Stewardess pun duk sengih je tengok perangainya. Makcik Arab belakang dan kanan semua hulur sweets. Serba salah aku. Mujur demi touch down dia pun senyap dengan duduk di ribaku tanpa seat bealt. Aku peluk kuat2. Seat belt sangat penting masa nak take off dan landing sebab bila2 masa kapal boleh buat emergency break dalam kelajuan maksima dan masa ni sesapa tak pakai boleh terpelanting... ingat tu!


buat macam rumah sendiri ye... :D


Apa pun, dah selamat di bumi Arab ni. Banyak perkara nak kena buat.. unpack, basuh membasuh (dah settle) dan gosok menggosok. Lepas tu balik aktif di alam siber setelah hibernate beberapa ketika kat M'sia. Nanti bila mula memasak, boleh tulis resipi baru.. Banyak stok bahan masak kali ni walau ada juga yg tak terbeli... ala2 lupa dan takde masa. Takpelah, kat sini pun dan makin banyak yg dijumpai. Tenang2kan fikiran walau di kala ini aku masih terkenang nasi lemak sambal paru.... hihi :D


Thursday, September 23, 2010

Tamat Sudah Cerita Raya..

Alhamdulillah... akhirnya percutian panjangku telah hampir tamat. Pagi ni aku bertolak balik ke Anjung dalam suasana hujan lebat, gerimis, panas, mendung dan kering di sepanjang perjalanan. Sempat singgah market Sg Besar beli daun pandan, serai, daun kesum, cekur, daun kunyit dll. Sampai Anjung tengahari dan tak lama kemudian hujan turun... Elok lepas asar, hujan berhenti.. aku pun segera bersiap ke Carrefour nak membuat pencarian seterusnya... Nescafe, coffeemate, teh boh uncang cameroon (alamak, lupa lak yg serbuk utk buat teh tarik!), kicap Jalen, bihun, dll. Ni antara supply makanan wajib aku. Setengahnya ada jual kat Bahrain tapi mahal.. teh Boh memang takde, melainkan Lipton yg aku tak berapa gemar.

Terasa lama raya kali ni. Selalunya cuti 2 minggu je, kali ni 3 minggu. Puas aku makan kuih raya terutama kek belang, tart nenas, makmur, semprit dan biskut gajus Makcik Ika. Semua tu kuih orang kasi... Makcikku memang orang yg beruntung. Aku pulak tumpang semangkuk.. heheh. Aku cuma menyumbang mihun sup utara dan masakkan daging rendang hitam. Yang lain-lain, jadi tukang tengok je.. Meriah raya tak sampai seminggu. Selepas tu sunyi rumah especially bila anak2 dara dah balik U dan KL.. Baru kurasa tidur dan rehat yang berkualiti... terasa panjang malam sebab tidur awal sentiasa..

Esok nak kena settle few things... maintenance kereta yg belum selesai, nak jumpa Paed for Fawwaz, packing, cuci kereta, n shopping sikit2... Mop rumah, cuci mencuci... owhh pastikan tenaga tak habis utk keesokan harinya.

25/9 (Sabtu) pagi dah nak berangkat semula ke Bahrain. Asalnya setakat open ticket dan tak confirm ada seat. Macam2 plan kalau jadi extend cuti. Rupa2nya confirm juga balik Sabtu hehe.. Harap2 tak sama dengan group student macam hubby minggu lepas. Tapi tak taulah... Bukan apa, aku suka kalau flight tu tak penuh... selesa sikit utk kami yg duduk seat economy. Tapi kalau penuh juga, terima je lah ye... Semoga 7 1/2 jam perjalanan dapat ditempuh dengan sabar terutama anakku yang kini semakin teruja kalau nampak kapalterbang...


Monday, September 6, 2010

Indah...

Angin sepoi2 yg sedikit sejuk masuk ke dalam rumah melalui pintu balkoni.... best betul. Dah lama ku merindui nikmat ini... setelah berbulan2 menikmati suasana panas kering di Bahrain. Hari ni sedikit relaks... hubby je keluar menyelesaikan segala urusan dia. Hari ni aku mengemas, packing, gosok baju dll sebab esok nak balik kampung semula selepas hantar en hubby ke KLIA.

Sejak dalam perjalanan hari Khamis malam tu memang aku terus-terusan bermusafir dan berpenat2an. Perjalanan malam tu tak berapa indah seperti diharap sebab semua seat dalam row ku itu penuh. Selalunya 4 seats kami sekeluarga borong. Tapi pakcik sebelah tu taknak pulak beralih, walau seat belakang kosong pada awalnya. Ikutkan kami yg nak beralih, tapi obvious pulak sebab bertiga... Sudahnya Fawwaz mula menggelisah bila time nak tidur dah memang tak boleh lena sebab tak boleh nak baring selesa macam selalu. Sedikit panas pulak... Sesekali dia menjerit dan menangis sambil mata terpejam. Orang2 sekeliling pun nampak gelisah sama.. what to do? Dan aku hanya dapat tidur sekejap... mungkin 1 jam atau lebih sikit. Sangat letih dan mengantuk... Sampai rumah pun tak rehat. Nak kena mop lantai dan cuci pakaian dsb. Ambil kereta, cari food supplies kat Giant, pegi pasar ramadhan dan malam along n wife datang n tidur rumah. Pukul 2 pg baru dapat tidur, pukul 4 bangun masak utk sahur. Pagi pukul 10 lebih balik kampung pula... tersengguk2 kat jalan, mujur bukan aku yg drive. Kesian kat hubby laa... bila nak shift driver, fawwaz pulak melalak terkejut dari tidur... Sabarrrr.

Tengahari semalam aku dah di Anjung Hijau semula dan sekarang sedang menikmati udara nyaman dari luar, juga kehijauan pokok2 di taman rekreasi bukit jalil. Badan dah rasa selesa dapat tidur cukup malam tadi. Sambil tu kepala duk merancang apa nak beli di pasar ramadhan petang nanti. Setakat ni apa yang aku idamkan sejak di Bahrain dah dapat rasa. Cuma banyak yg tak mencapai spesifikasi. Cendol dan air tebu kira out! Tersalah beli... Nasi kerabu pulak accessories nya tak mencapai sasaran... hahaha banyak pulak komplen! Paling best masa balik kampung makcik masak keli pecel dan kerabu... Kari telurnya pula membuat hubbyku teringat zaman kanak2nya... power makcik ku nih! Kasi credit sket... Memang seronok makan beramai2.

Asyik cerita makan je puasa2 nih.. huhu! Takpelah, aku nak sambung balik kerja2 ku... nak buat filing dan packing lagi. Jangan nanti baju raya tertinggal... Tapi kadang tu iya2 bawa baju lebih, padahal tak pakai pun... Esok agaknya mula banyak kenderaan di jalan. Hari tu pun dah banyak.. kat Sg Besar dah penuh orang, apalagi esok2... mmm semoga perjalananku selamat. Ingatan untuk semua, kalau mengantuk kena berhenti tidur. Aku pun pernah nak terbabas drive masa puasa sebab ngantuk... Lepas tu, bacalah doa perjalanan.. semoga dilindungi dari malapetaka.

Thursday, September 2, 2010

EID MUBARAK... dan SELAMAT PULANG..



Tinggal beberapa jam aku nak berangkat pulang ke tanahair... segala barang dan pakaian dah masuk beg dan kotak, kecuali kurma yg akan masuk kotak paling akhir.. sebabnya kurma tu beli hari Sabtu semalam dan dah hampir ranum... Kali ni macam terlepas pandang lambakan kurma di pasar macam tahun lepas.. tau2 masa nak beli, cuma sorang je peniaga tetap situ yg jual dan juga sorang pakcik tua tu. Tak berapa fresh pulak tu... takpela, dah itu je rezekinya.. belum tau lagi sampai M'sia camna pulak ye.. org jawa kata entah2 'benjuk'....

Malam tadi tidur dah mimpi mandi air sejuk kat kolah di kampung... Adoi, bestnya mandi air sejuk! Setelah beberapa bulan pagi petang siang malam air paip di Bahrain ni duk hangat je.. maklum musim panas, batang paipnya pun panas sokmo kot. Mandi air hangat dan panas ni kekadang memang melegakan badan, tapi selalu juga menyeksakan... teringat pula kat anak pak pandir. Tu kadang2 Fawwaz buat hal taknak mandi... mannas.

Esok pagi di ketika ini, pasti aku sudah istirehat di Anjung Hijau. Wahh.. berangan aku nih. Tapi pastinya, sampai2 je nak kena mop rumah.. walau lantai itu putih, sebenarnya terkumpul habuk2 hitam sebab dah tinggal lama... Nanti bila nak balik sini mop lagi... itulah kerja bibik siti. Malam tu Along n wife nak overnite sampai Isnin.. Aku pulak nak balik SBernam Sabtu dan Ahad then patah balik Anjung. Huhu... musafir forever! Musafir boleh buka puasa...heheh. Tapi setakat cuaca M'sia tu ingat tahan lagi... selalunya tak rasa pun. Tak macam di sini, pagi2 tekak dah kering... Kadang rasa macam budak kecik puasa lak, Masyaallah...

Aku bakal berada di M'sia 3 minggu (sampai 25/9). En Hubby balik dulu 18 tu.. heheh, minta diskaun seminggu lak aku nih... isteri mithali. Orang lain nak lekat je kat suami... berpisah sehari pun tak boleh. Aku lain sket... kalau berjauhan tu sentiasa bau bunga je... bunga ros ahaks! Tapi 3 minggu tu sebenarnya apa sangat.. mesti ada yg tak sempat buat. Terutama nak hantar resume ke sana dan sini... ;| Takpelah, asal ada masa nak beli stok utk dapur dan diapers...yg paling penting. Diapers kat sini mahal nak mam***... dapat 2-3 minggu punya stok drypantz dah kira untung sementara nak potty train Fawwaz... Azam selepas raya nih!

Apapun, SELAMAT HARI RAYA AL MUBARAK kepada kawan2 yg sudi membaca. Ampun maaf kalau ada salah dah silap jua terkasar bahasa... Selepas ni mungkin dalam situasi "silent mode" sampai balik semula ke Bahrain..

Raya tahun lepas..

Memori 2007