Pagi tu kereta aku pancit.. Pandang kiri kanan takde sesiapa masa tu. So, aku terus telefon taxi. Awal pagi macam tu jangan haraplaa... jawabnya langsung takde. Aku pun jalan keluar ke gate. Pun takde taxi lalu lalang... pelik la. Dah sejam lebih, aku pun call HR (Jid) sebab lambat. Jid offer driver co. utk ambil, tapi aku kata takpe dulu. Aku patah balik ke carpark dengan sabar dan sebelum tu tanya guard (org nepal) kalau dia boleh tolong buka tayar. Dia kata OK, tapi sampai berpeluh2 dia, still tak boleh buka..
Tiba2 entah dari mana datang sorang lelaki cina offer bantuan. Dia drive jeep yg selalu orang bawa ke hutan tu. Dalam jeep tu ada pump... so dia pump kan tayar depan aku tu dan suruh aku bawa ke workshop. Aku pun ucap terima kasih dan pandu kereta ke workshop. Alhamdulillah, settled dan bocor sudah ditampal. Ada paku masuk tayar... Lepastu aku pun masuk office.
Dah lama lepas tu baru aku terfikir... Siapakah lelaki cina tu. Residen ke sapa? Sebab lepas tu aku tak pernah nampak dia dan jeep kat area rumahku atau tempat parking berdekatan. Bukan besar pun area apartment aku tu, sederet 4 blok je dan tak ramai penduduk masa tu...
Sebenarnya itulah namanya bantuan Allah yg tidak disangka2 waktu kita kesusahan... Apabila susah, hadapi dengan tenang dan sabar... Beristighfar dan berdoa.. InsyaAllah pasti makbul walau kita tak sedar dalam bentuk apa. Kadang2 hati kita tak tenang dan asyik rasa susah je. Memang iblis dan syaitan sentiasa cuba untuk merosakkan hati kita. Aku sendiri ada pelbagai kisah mewarnai diri dan hidup. Kadang2 macam tak percaya akulah empunya kisah tu.. Tapi aku akui, aku bukanlan insan sempurna dan terbaik.. Setiap waktu cuba menjadi yang terbaik dan sempurna tapi tak lepas dari sikap lupa. Dalam waktu yang sama punya kekuatan, kelemahan, keegoan, kebaikan, rendah diri, tinggi diri, suka, benci, gembira, sedih, dan lain2... itulah namanya manusia tak sempurna. Cuma harap2 selagi sedar dan mampu, perbaiki yg buruk dan pertambahkan yang baik... to be continued
Subhanallah.. Ti, aku pun pernah mengalami situasi tayar pancit. Masa tu kat KESAS hiway. Aku tgh baik punya laju kat fast lane tiba2 steering berat macam kena lock dan aku hilang momentum..Alhamdulillah kat belakang kereta lain jauh lagi..Aku tak sedar tayar pancit masa tu, yang aku ingat aku kena ke tepi cepat2 sebelum kena hentam dgn kereta lain. Elok aku berhenti kat emergency lane ada satu van berhenti belakang aku.
ReplyDeleteAku pun keluar. Tanpa bagi salam atau apa, 2 org lelaki Malayu dlm lingkungan 30an dan 20an terus suruh aku bukak bonet utk keluarkan tayar spare. Tayar belakang kanan pancit rupanya. Diorang nampak brutal sampai aku cuak dibuatnya..Diorg suruh aku ke tepi sebab bahaya diri dekat kereta. Laju betul diorang kerja, tak sampai 10 minit, semua beres. Pas tu aku nak bagi duit penat lelah, diorg menolak sambil marah aku yg diorg bukan mintak upah.. Aku terpinga2 bila diorg terus blah macam tu. Tp sempat lah ckp terima kasih dan doakan mereka murah rezeki. Tapi itulah dia kebesaran Allah.. Aku rasa kerdil sangat dgn bantuan yg Allah bagi dlm saat kecemasan macam tu...
perasan tak ct...bila jauh di perantauan membuat kita banyak terpikir pasal kehidupan...time keja sibuk memanjang....nikmatila saat2 berharga ni...menginsafi diri...insyaAllah...
ReplyDelete@Naz... aku selalu doa jgn la tayar pancit kat jalan... Setakat ni kalau pancit mesti kat rumah huhuu... suspen jugak kan
ReplyDelete@Maddy.. time keja 24jam aku ingat duit company cukup ke tak, report siap ke tak, article camna nak buat.. hahaha