Pages

Friday, February 15, 2013

Ulaq..

Selain kisah picnic depan pintu, sebenarnya akak seriau jugak nak buka pintu.. atau nak biarkan tingkap terbuka. Tetiba takut ada tetamu tak diundang nak masuk..

Alkisah pagi tadi, waktu akak sibuk nak sediakan sarapan untuk mak dan anak je.. Tiba2 Fawwaz ke dapur... mami mami!! pastu ajak ke depan. Rupanya kat rumah sebelah ada orang panggil akak..
"Kak.. suami kak ada tak?"
"takde... ngapa?"
"Ada ulaq dalam ghumah... duk kat rak buku.. Camana nak halau ulaq tu.."
Opocot!! Rasa gementar akak dengar nama sang ulaq disebut... Alergic sungguh..

Rumah sebelah ni kosong sekian lama. Sejak akak duk sini, adalah 1 malam tuan rumah (perempuan) datang tidur. Dah lebih sebulan rasanya.. Pastu katanya dia nak mai sini tengahari tadi. Nak jenguk la kot.. Pastu suruh orang cuci dulu. Tu yang orang tu tadi datang cuci dgn anak dia, agak2 umur 10 thn kot.. Dia dah settled bahagian atas. Tiba2 anak dia cakap ada ular kat ruang tamu tu. Kat rak buku, duk diam je..huhuhu!

Dipendekkan cerita, selepas tolong dia tepon sedara tuan rumah, akak pun masuk sarapan. Rasa nak tutup pintu rapat, takut ular lari sini. Tapi takut dikata sombong lak. Jadi akak buat macho je lah. Naik atas, gosok pakaian sampai habis. Tengok ramai juga rescuer datang.. Tapi bila akak turun dari menggosok, tengok dah takde orang. Jadi, tak tau apa kisah ulaq tu. Dah ditangkap ka, masih di situ ka, atau melarikan diri. Yang pasti, tuan rumah tak jadi datang kot... n akak duk seram geli geleman! Na'uzubillah... janganlah masuk rumah aku walau di mana ku berada!!

Abe selalu pesan, jangan sebarang buka lubang laluan air. Kalau boleh, salur washing machine pun jangan masukkan ke dalam lubang air tu. Takut ular masuk. Kat utara ni banyak ular katanya... huhuhu lagi! Hari tu kat Pra pun jumpa kulit ular kat peti letrik tu.. Mujur bukan akak yg nampak. Mulalah membayangkan kalau duk tepi tasik yang bersemak samun tu nanti... adeh dehhh. Tulungg...


Gadget, Aku dan Picnic Fawwaz..

Menjelang tengahari tadi adalah insiden mak ala2 mengamuk bila anak tak bagi mak guna netbook sendiri. Terus2 mak tutup dan sorok kat atas. Dan2 tu juga pak nak tenangkan hati anak dengan menyerahkan Samsung Galaxy Note nye utk dimainkan... ahhh SGN yg hampir2 menjadi milik akak, tapi dengan rela hati menyerahkan semula kepada yg nak beri.. Akak tukar fikiran bila tengok Nokia E5 abe tu buruk sangat. Kak cakap nak kamera biasa je.

Bagilah gadget canggih mana, bukan reti nak guna sangat atau nak menghayati. Kak cuma perlu function SMS dan call, adakala camera & video.. Utk browsing atau apa2 yg berkenaan internet, tak lawan nikmatnya guna komputer. So old skool kann... Tapi, mak tetap jadi technician atau system analyst berkaliber di rumah ni di kala kecemasan berlaku hahaha..
Sejak kamera hilang dalam perjalanan dari London, belum beli penggantinya lagi. Entah ngapa nak berjimat sangat. Sebenornya nak yg free je macam yg sebelum ni. Tapi tak mari2... tak faham2.. hehehe! Terpaksa guna kamera lama yg dah nak jadi tukun, atau kamera HP yg hampir obsolete dan sesekali guna en abe punya yg penuh gambar peristiwa dia. Nak update masak2 pun macam malu2 sebenornya.  Udahlah tak kreatif mcm orang2 lain..

Takpelah... janji hati gumbira. La ni, kala menulis, akak dah keluarkan netbook ni semula. Sebab lokasi berubah, Fawwaz pun tak berapa mendesak nak main game. Tadi dah gumbirakan hatinya dengan 'mock picnic' di depan pintu. Aduhh... kejamnya mak! Belum ada masa lagi nak ajak picnic kat luar macam yang diminta. Semalam dah buka table kat depan tasik di tapak rumah, tak bawa makanan pulak. Dan tengahari tadi nak bentang tikar kat tempat porch (luar rumah), cuaca panas sangat. Jadi bentanglah depan pintu. Fawwaz seronok.. Letak basket dan isi dengan apa2 yg patut. Mak pun ikut sama makan nasi kat situ. Tak lama selesai picnic, dia pun tidur.. Itu tanda hatinya seronok le kot.. Selalu tak tidur siang pun.

 OK laa... dari depan pintu pun indah pemandangan kat luar tu... ;)

Mak makan nasi ulam... lauk ikan masin & kembung goreng :D

Terjumpa gambar peristiwa.. masa on the way balik kampung haritu.. Macam nilah gaya Fawwaz kat jalan tanpa bantuan gadget. Dah dia sorang je kat belakang, buat tempat tu macam rumah dia... Dah nak masuk 6 tahun. Inilah gaya travel kami... light n easy!


Thursday, February 14, 2013

Letih Tak Sudah


2-3 hari ni badan rasa tak berapa best! Terutama mata ni.. Mudah sangat mengantuk pada waktu yang tak sepatutnya.. Lepas tu, walau malam dapat tidur dengan lena, bila bangun pagi tetap tak rasa segar.. Macam ngantuk tak sudah. Dah lama tak rasa macam ni... Dulu2 selalu jugak.

Agaknya tak berkualiti tidur ku ini. Sejak balik dari cuti2 balik kampung. Nak kata penangan memandu jauh2, kira dah berapa hari ni... Tapi saya lawan juga perasaan mata ni dengan pergerakan yang seperti biasa. Paksa diri untuk cergas. Cuma mata ni rasa kelat je.. Nak dilayan tidur, otak pulak fikir macam2 nak buat. Macam sekarang ni laaa.....

Ni nak berangan kejap... bestnya kalau ada makcik urut menenyeh2 badan ni. Terutama kat betis dan tapak kaki... Pastu kat pundak belakang ni... duuuhhh duh wak!! Lagi kuat, lagi enakk... :P  Tapi kat Jitra ni adake "wak"???


Monday, February 11, 2013

Balik Kampung & Beruas

Alhamdulillah... dah sampai Jitra semula. First time sejak menetap di sini, saya dan Fawwaz balik kampung. Kami berdua je. Berdebar2 juga mulanya. Sebab bukan nak lalu highway PLUS sampai ke sudah macam kalau ke KL. Tapi kena ambil jalan dalam melalui Changkat Jering yg saya pun tak pernah lalu dari sini. Puas juga study map, nak ambil jalan mana. Setakat tanya orang2 yang berpengalaman memang takkan faham. Tak dapat nak gambarkan. Ikut abe, dia suruh je ambik exit Tapah atau Bidor yg lebih mudah. Tapi pn sri takmo... hehehe!
Jalan pertama masa pergi, saya redah je sampai Beruas. Lepas tu tak tau ambik simpang mana walau dah nampak perkataan Lumut/Sitiawan. Kaedahnya eksen sikit tak mau masuk Lumut. Sudahnya akak masuk Parit yg kiranya jalan jauh. Janji aku jumpa road sign ke Bota yg dah di simpan dalam otak. Walau tak sama macam jalan kebiasaan adik beradik, akak berjaya sampai rumah dalam masa 6 jam. Ayoyo... terasa jauhnyeeee. Fawwaz siap muntah lagi... ciannn. Sepanjang jalan dari Beruas tidur dengan TShirt dan drypant je hahahhh! Anak korang adee??? :D

Balik ke Kedah pula.... Challenge bermula bila exit ke Lumut/Sitiawan. Lepas tu main teka2 je. Pun tak mau ambik jalan Lumut sebab ternampak sign "laluan pilihan ke Utara". Rupanya masuk Ayer Tawar yg tak masuk langsung dalam senarai tempat utk dilalui. Nampak signage 'Beruas' je, akak dah cukup gembira. Adalah bertanya utk kepastian dgn adik Shell untuk ke Beruas dan Encik Polis untuk ke Trong. Malu bertanya, sesat perjalanan kan. Janji tak patah balik atau U Turn macam selalu akak buat! Dan... Fawwaz muntah lagi sebelum masuk jalan bengkang-bengkok. Nampaknya dia pun belum biasa dengan liku2 jalan ni. Pakai drypant n T Shirt je lagi sepanjang dari Ayer Tawar ke Darulaman. Asal dia selesa dan tidur tanpa mengganggu mama memandu. Keretaku, rumahku, syorgaku kaedahnye... Hari ni kami berhenti sebanyak 7 kali.. huhu!!

Jadi, untuk panduan akan datang, laluan utama ialah - S/Bernam - Sitiawan/Kg Koh - Ayer Tawar - Beruas - Terong - Changkat Jering - terus masuk highway ke Utara. Ada paham adek manis... Dan akak masih blur mana nak masuk ikut Gelung Pepuyu tuu... Nak GPS! Nak GPS!!

Apa pun, hahhhhh... lega!! Akan datang boleh cuba jalan yg lebih baik lagi. Sebab dah nampak roadsign ke satu lagi laluan shortcut yang ku cari2 sebelum ni. Hidup kena berani dan adventurous. Guna gerak hati dan kekuatan minda je. Macam tak percaya pula yang akak ni dah bertukar lokasi tempat tinggal selepas berpuluh tahun hidup. Untuk selamanya pulak. Apa2 pun, kesimpulannya, balik kampung kali ini amat menggembirakan dan meriah sekali. Dapat jumpa semua isi rumah agam tu. Dapat juga jumpa kesemua adik beradik walau sekejap. Yang penting dapat jumpa mak2 yang 2 orang tu - mak kandung dan mak tiri. Gembira dapat memeluk dan mencium mereka.

Sekarang mata sudah ngantuk. Tapi belum boleh tidur sebab budak sebelah ni duk menggelisah je.. zzzzz

Thursday, February 7, 2013

10 Sen Pun Hutang..


Memang tensen bila outstanding balance kad kredit kita cuma 10 sen. Macamanalah boleh tercicir bayar. Bila telefon customer service sebab nak tukar alamat, dia kata kena bayar jugak. Tapi tak boleh guna mesin sebab minimum guna mesin ialah RM10. Jadi, nak taknak terpaksa guna M2U.. Bayar 0.20 (kasi extra kot interest jalan) dan bank charges RM2. Arghhh... bank charges jauh lebih tinggi! Tapi apa nak buat kan...


Saturday, February 2, 2013

Drama Korea tu dah habis

Selama beberapa minggu saya terikat dengan drama Korea ni. Yg saya pernah cakap dulu, kat TV AlHijrah. En Abe pun sama2 join. Kadang2 dia yg lebih2. Tapi 2 episode terakhir dia tak tengok pulak! Hehe.. Nasib le ditayangkan hari2 (kecuali masa Maulidur Rasul), jadi cepatle habisnya. Ada lebih 50 episode.

Kelmarin, hari Khamis dah tamat. Kiranya happy ending walau ada yg sedih sebab atuk dalam cerita tu meninggal. Watak utama iaitu "beloved sister"nya pergi ke luar negeri utk melanjutkan pelajaran dengan restu ibu mertua, suami, dll. Habis gitu2 je. Hahaha... agak potong stim di situ.

Ni dah bermula cerita baru. Jewel in the Palace. Rasanya dah pernah ditayangkan di TV AlHijrah ni. Saya pula dah tengok lebih 6 tahun lepas di NTV7 rasanya. Cerita tu dalam 80 episode kot, dan saya tengok habis. Memang best cerita tu. Abe je yg belum tengok. Dan nampak gaya, dia yg akan tunggu cerita tu nanti.. hehehh.


Siti di Alam Fantasi


Sejak tak kerja beberapa tahun, memori akak semakin susut tentang cuti2 Malaysia dan haribulan. Tak alert bila dan bila ada public holidays. Mujur juga anak dah sekolah. Sesekali tengok kalendar. Mujur2 kat Malaysia ni ada kalendar kuda. Senang sikit nak tengok walau dari jauh..

Malam tadi tiba2 nak tengok kalendar tahun baru Cina. Orang kita suka sebut raya cina.. Terkejut mak dek!! Rupanya tak sampai seminggu dah. Maknanya Jumaat depan dah boleh balik kampung! Padanlah abe pi service kereta semalam. Nak bagi isteri dan anak selamat memandu. Dia, seperti biasa tak join the club. Akan kutinggalkan dengan hati yg riang gumbira.. Terus fikir bila nak baking untuk adik2 yg macam anak burung tunggu kek tuu... hahaha!!!

Siti di Alam Fantasi zaman akak dulu, pelakon glamernya ialah Amy Mastura. Akak siap keluar tanduk, ponteng kerja tengok teater tu kat Istana Budaya di petang hari. Dengan sorang lagi office mate, Ayu. La ni bila akak search for image, rupanya dah tukar ke Liana Jasmay. OK lah.. comel jugak. Sesuai je..