Pages

Friday, February 15, 2013

Ulaq..

Selain kisah picnic depan pintu, sebenarnya akak seriau jugak nak buka pintu.. atau nak biarkan tingkap terbuka. Tetiba takut ada tetamu tak diundang nak masuk..

Alkisah pagi tadi, waktu akak sibuk nak sediakan sarapan untuk mak dan anak je.. Tiba2 Fawwaz ke dapur... mami mami!! pastu ajak ke depan. Rupanya kat rumah sebelah ada orang panggil akak..
"Kak.. suami kak ada tak?"
"takde... ngapa?"
"Ada ulaq dalam ghumah... duk kat rak buku.. Camana nak halau ulaq tu.."
Opocot!! Rasa gementar akak dengar nama sang ulaq disebut... Alergic sungguh..

Rumah sebelah ni kosong sekian lama. Sejak akak duk sini, adalah 1 malam tuan rumah (perempuan) datang tidur. Dah lebih sebulan rasanya.. Pastu katanya dia nak mai sini tengahari tadi. Nak jenguk la kot.. Pastu suruh orang cuci dulu. Tu yang orang tu tadi datang cuci dgn anak dia, agak2 umur 10 thn kot.. Dia dah settled bahagian atas. Tiba2 anak dia cakap ada ular kat ruang tamu tu. Kat rak buku, duk diam je..huhuhu!

Dipendekkan cerita, selepas tolong dia tepon sedara tuan rumah, akak pun masuk sarapan. Rasa nak tutup pintu rapat, takut ular lari sini. Tapi takut dikata sombong lak. Jadi akak buat macho je lah. Naik atas, gosok pakaian sampai habis. Tengok ramai juga rescuer datang.. Tapi bila akak turun dari menggosok, tengok dah takde orang. Jadi, tak tau apa kisah ulaq tu. Dah ditangkap ka, masih di situ ka, atau melarikan diri. Yang pasti, tuan rumah tak jadi datang kot... n akak duk seram geli geleman! Na'uzubillah... janganlah masuk rumah aku walau di mana ku berada!!

Abe selalu pesan, jangan sebarang buka lubang laluan air. Kalau boleh, salur washing machine pun jangan masukkan ke dalam lubang air tu. Takut ular masuk. Kat utara ni banyak ular katanya... huhuhu lagi! Hari tu kat Pra pun jumpa kulit ular kat peti letrik tu.. Mujur bukan akak yg nampak. Mulalah membayangkan kalau duk tepi tasik yang bersemak samun tu nanti... adeh dehhh. Tulungg...


No comments:

Post a Comment