Pages

Saturday, February 2, 2013

Drama Korea tu dah habis

Selama beberapa minggu saya terikat dengan drama Korea ni. Yg saya pernah cakap dulu, kat TV AlHijrah. En Abe pun sama2 join. Kadang2 dia yg lebih2. Tapi 2 episode terakhir dia tak tengok pulak! Hehe.. Nasib le ditayangkan hari2 (kecuali masa Maulidur Rasul), jadi cepatle habisnya. Ada lebih 50 episode.

Kelmarin, hari Khamis dah tamat. Kiranya happy ending walau ada yg sedih sebab atuk dalam cerita tu meninggal. Watak utama iaitu "beloved sister"nya pergi ke luar negeri utk melanjutkan pelajaran dengan restu ibu mertua, suami, dll. Habis gitu2 je. Hahaha... agak potong stim di situ.

Ni dah bermula cerita baru. Jewel in the Palace. Rasanya dah pernah ditayangkan di TV AlHijrah ni. Saya pula dah tengok lebih 6 tahun lepas di NTV7 rasanya. Cerita tu dalam 80 episode kot, dan saya tengok habis. Memang best cerita tu. Abe je yg belum tengok. Dan nampak gaya, dia yg akan tunggu cerita tu nanti.. hehehh.


No comments:

Post a Comment