Sehari dua ni tangan kanan tak berapa senang bekerja. Jari telunjuk dah terhiris dengan tin susu, satu lagi jari kena ais freezer, melekat kejap masa saya nak bersihkan ais tu. Hehe.. macam nilah jadi orang rumah. Accident pun kat dapur jugak. Lambat pulak nak baiknya. Menambahkan darjah kemalasan nak masak. Mujur2 kat sini penjual makanan banyak. Ibarat toleh kiri toleh kanan jumpa je gerai... :)
Tadi di gerai yg jual kuih RM1 utk 4 biji di TTS ni, dah keluarkan notis. Mulai 1/3, harga kuih akan dinaikkan ke 30 sen sebiji.. bukan 25 sen lagi. Betullah tu.. Kat tempat2 lain kat Jitra ni dah memang harga tu. Padahal harga barang sama je, walau kat KL yg kuih berharga 40-60 sen sebiji. Kat Jitra ni masih dengan resipi yg baik. Contoh kalau makan kuih seri muka tu, terasa lemak manisnya. Tak macam di KL yang rasa tepung belaka. Saya cakap seri muka sebab hari2 dah rasa macam nak beli je. Memang sedap dan penuh kasih sayang!
Kerana itu, saya pun semakin malas bereksperimentasi. Sebab mudah je kalau beli. Sedap pulak tu. Cuma orang2 sini yang belum berani beli produk saya. Yang tanya ramai. Bila saya beritahu apa yang patut, terus tak jadi.. hehehe! Takpela, kukira tiada rezeki di sini. Kita perlu memandang ke depan dan mencari jalan. Cuma jalan tu yang akak tak jumpa2 lagi. Saya fikir tak mau menjerat diri hanya kerana nak buat sale dan hasilnya tidak berkualiti. Itu prinsip. Tetiba teringat frozen yogurt saya buat petang tadi...sedapnya :D
Wednesday, February 27, 2013
Tuesday, February 26, 2013
Perasaan Ibu..
Hari ni birthday Mak akak ke 63.. "Selamat Harijadi Mak!". Walau anak mak ni 'lain' sikit, tapi saya tak pernah lupa doakan kesejahteraan mak. Moga2 Allah angkat doa ni setiap kali ku memohonnya..
Sekejap tadi hati akak berbunga kegembiraan. Bila sikecik yang sangat susah disuruh menulis, melainkan melukis gambar monster, dinasour dan yg seangkatan, melakarkan sesuatu. Selepas penat melukis monster di doodle boardnya, dia menulis angka 1, 2, 3, 4... dengan caranya tersendiri. Kalau nak tau, dalam umur yang nak menjangkau 6 tahun, inilah pertama kali dia melakukannya. Dikala rakan2 lain dah mahir, dia masih terkial2 mencuba. Bukan tak pernah dilatih, disuruh, dipaksa... tapi amat sukar menjinakkannya. Di sekolah susah, apatah lagi di rumah. Sedari tadika 5 tahun, buku tulisan alphabetnya memang kosong. Hanya subjek atau kerja2 tertentu yang dia mau buat seperti Maths, English dan Sains yang tidak perlu menulis. Kemahirannya ialah memadankan benda, menyambungkan titik2, atau mencari jalan.. Untuk ibu seperti saya, perkembangan kecil sebegini (menulis 1, 2, 3), sesungguhnya amat mengujakan.
Selesai sesi sekolah tadi, dia beritahu saya dengan pelat yang selalunya cuma saya yang faham.
F: Fawwaz nangis..
M: Kenapa nangis?
F: Outside.. (fahaman saya dia kena berdiri 'outside' kelas.. atau denda la tu)
M: Kena standing outside the class?
F: Yes...
M: Why?
F: .... Fawwaz don't know buku.. (Fawwaz don't want book)
M: Oo... cikgu bagi buku? Cikgu marah Fawwaz tak mau tulis? Cikgu suruh berdiri outside?
F: Yes...
Hehe... itulah senarionya. Saya pun dah cakap ikut grammar macam Fawwaz. Mungkin cikgu kelas bagi buku dan suruh buat kerja. Tapi dia tak mau buat macam selalu. Cikgu denda suruh dia berdiri di luar kelas dan dia menangis. Mungkin saja.. sebab dia tak pandai nak bercerita dengan jelas. Dan dia mengulang adunya kepada abi di rumah. Abi tercengang2 tak faham... huhu. Abi memang sentiasa memerlukan 'translator' untuk percakapan Fawwaz.
Takpelah nak.. Itulah prosesnya. Kalau tak mau ikut cakap cikgu, memang kena denda. Lama2 kena rotan. Ia akan membina ketakutan dan seterusnya disiplin untuk lebih maju. Sekarang ni Fawwaz dah mula mau ikut mama. Membaca doa, hafazan, menulis/lukis, baca buku, mengeja.. Hafazan tu masih terlalu pelat dan tak betul sebutan. Tapi saya tetap teruskan, asalkan dia ada kemahuan. Itupun ikut mood dia. Tak boleh nak paksa sebab ragamnya lain macam. Selalunya masa nak tidur, mood elok, saya masuk jarum. Senjata mama ni setakat doa yang sentiasa berpanjangan dan Alhamdulillah, ada kesannya. Agak mencabar juga.. tapi yakinlah yang doa ibu itu makbul.

Kami selalu ajak Fawwaz untuk aktiviti2 yang macam ni.. dia memang suka :)
Beruang Kutub
Sejak Ahad haritu, sampai ke hari ni masih hujan di Jitra ni. Setelah kami berpanasan lebih sepurnama. Dari malam tadi hingga ke waktu ni yang menghampiri 12 tgh hujan masih tak berhenti. Akak rasa kalau di KL dah mula ancaman banjir. Hujan ni tak lebat sangat tapi membuatkan akak teringat2kan beruang kutub. Mujur2 kuat semangat. Taklah rasa nak berselimut bawah gebaq. Taklah perut rasa kruk krak lapar. Cuma rasa nak makan/minum benda2 panas.
Sunday, February 24, 2013
Mendung di Bandar Darulaman
Setelah sekian lama panas kering di sini, pagi tadi buka2 tingkap nampak basah di luar. Bila nak hantar Fawwaz ke sekolah, hujan masih turun. Tapi tak lebat.. Sampai sekarang masih redup, mendung, gloomy dan sejuk... Itulah penangan hujan pagi tadi. Dan.... bila dah begini cuacanya, akak cuba menahan diri dari dari melintasi dapur. Well.. ada keropok lekor, karipap, kek coklat kat sana tuuu... :D
Antara aktiviti akak kat sini...
Saturday, February 23, 2013
Kadang-Kadang Terkenang..
Tiba2 rasa nak klik kisah2 lama... Masa zaman mula2 sampai di Bahrain. Tiba2 rasa rindu. Walau masa di sana selalu jadi macam orang dungu. Takda kawan bersembang. Tak tau nak keluar sorang2. Sama juga sebenarnya masa di Singapura. Pun rasa macam burung dalam sangkar. Bezanya di situ suasana iklim lebih kurang sama dengan negara sendiri... Tahun2 tu memang selalu stress. Dengan anak yang sangat beragam.
Dah sekarang, tak jauh bezanya. Saya memang sentiasa dibawa pergi jauh dari kawan2 dan saudara. Duduk kiri kanan takde orang. Jiran2 semua bekerja. Cuma, saya ada pilihan untuk memandu ke mana2. Kalau nak.. Tapi disebabkan dah terbiasa, saya lebih suka bertugasan di rumah. Mungkin inilah yang tertulis untuk saya. Setelah berpuluh tahun bebas bergerak tanpa arah.. Masa untuk mengikat kaki mungkin... dan untuk tidak rasa stress.
Fawwaz dapat kurma..

Pendapat Saja...
Akak ni naik mual dengan berita2 politik terkini. Tapi entah kenapa, kalau tak baca habis pun, sebaris dua tetap nak baca. Paling2 tajuk besarnya.. Nak buat macamana, memang akak suka baca suratkhabar terutama aliran perdana. Kadang2 je tukar tune baca Kosmo dgn Metro (pun adik beradik jugak eh..?!). Tengok berita TV pun bosan jugak, tapi tetap nak buka. Sebab memang tak cukup syarat kalau tak tengok atau baca berita dalam sehari..
Pada akak rakyat marhaen ni la, yg tak dapat apa2 duit yg macam orang2 lain dapat, tapi syukur merasa pelbagai subsidi yg tak nampak... Sekurang2nya akak lebih menghargai subsidi apabila merasa tinggal di luar negara. Merasa beli tepung RM1.35 kat sini dan gula, minyak masak murah berbanding tempat lain...
Pendapat akak, memang sesetengah rakyat dah tak perlu yang pelbagai ni. Tak perlu pembangunan. Mereka dah bersyukur dengan apa yg ada. Nak kata zuhud tak juga, tapi cukup la kot... Itu pasal dorang menolak apa jua yang diberi (tolak??) atau digula2kan oleh kerajaan, terutamanya. Angpa buat apa pun dorang tetap kata. Jadi, tak payah la buat... Berikan pada yang mahu je. Salurkan ke negeri2 lain. Contoh kalau majoriti rakyat Selangor tak mau MRT, toksahlah terhegeh2 nak buat. Nanti jalan jammed sebab construction! Rakyat Kelantan tak mau air putih bersih lagi bening, takyah la dok tersua2... Selagi air tu boleh suci lagi menyucikan, OK la tu. Jangan hari2 semua saluran dok cerita itu je. Mujo2 ada cerita gosip lain yg hangat.. :P
Tapi ini pendapat bodo2 akak je lah... Betapa bosannya hidup saling benci membenci, kata mengata... Paling hodoh, buruk memburuk sesama Islam dan Melayu.. Yang akak tau, majoriti rakyat Malaysia ni sukakan keamanan. Ianya jauh lebih bernilai dari emas dan permata. Once it's gone, you'll never get back! Tengok saja negara2 yg rakyatnya berjaya menggulingkan pemerintah... Tapi orang kita bukanlah jenis berani mati macam Iraq, Syria, Libya semua tu... Jenis ikut2 je, pastu kena terjah lari!!

Thursday, February 21, 2013
Yang Terhangat...
Hari ni akak nak tulis pasal berita artis laa... Tetiba dalam kemeriahan kisah2 politik yang memualkan dikala pilihanraya nak muncul tapi tak muncul2 ni, kisah artis kulihat mendahului... Boleh kata menyeimbangkan kisah mual tuduh menuduh kepada yang lebih kurang sama juga... hahaha! Tapi sekurang2nya, drama realiti artis2 tu ada babak sedih, menci, kasihan, dan macam2 laa... Lagi berwarna-warni.
Bermula dengan kisah sedih Shila & Sharnaaz. Sedih la kiranya sebab akak pun pernah muda dan putus kaseh. Kiranya boleh menjiwai watak Shila tu.. Apa2pun, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Harap2 semuanya memperolehi yang terbaik. Itu yg tagline akak "life is not a bed of roses" tu..
Lepas tu akak kesiankan Almy Nadia. Dalam duk kecoh haritu boifren dia kata nak meminang dan dia pulak macam blur dan bengang, dan wartawan pun tak bosan2 menulis pasal dorang, rupanya si boifren pinang orang lain. Walaupun bukan peminat, akak terus tak berkenan dgn si ustaz Aidil tu. Alih2 berita terkini si boifren lagi menggegarkan Malaya. Meletop kebabooomm kata org sekarang. Na'uzubillah.. Kesian pun ada.
Udah2 la.. akak bukan nak ajak gosip. Cuma nak tak nak terpaksa follow kisah sinetron ni. Nak tau kesudahannya. Tapi diam2 baca sudahh... Mujor juga aku dah tak duduk opis. Kalau tak, mau duk cerita itu je.. hohoho! Kita jadikan ini sebagai peringatan sebagai manusia, ibubapa, saudara..
Tapi, ada kisah yang agak menenangkan perasaan. Bila akak baca kisah Hattan nak kawin semula ngan x-wife dia. Paling tidak, dalam orang nak memutuskan silaturrahim, ada yang lain nak menyambung semula. Dulu selalu tengok dorang ni together2 tengok AF.
Ehh... makin sedap pulak kerepek kentang Mister Potato ni. Makan sorang2.. Saja sorok dari Fawwaz. Sebolehnya tak mau bagi dia makan jajan macam ni. Tapi kadang2 bagi kelonggaran juga terutama kalau dalam perjalanan panjang di lebuhraya... supaya dia tak bosan.

Subscribe to:
Posts (Atom)