Sehari dua ni tangan kanan tak berapa senang bekerja. Jari telunjuk dah terhiris dengan tin susu, satu lagi jari kena ais freezer, melekat kejap masa saya nak bersihkan ais tu. Hehe.. macam nilah jadi orang rumah. Accident pun kat dapur jugak. Lambat pulak nak baiknya. Menambahkan darjah kemalasan nak masak. Mujur2 kat sini penjual makanan banyak. Ibarat toleh kiri toleh kanan jumpa je gerai... :)
Tadi di gerai yg jual kuih RM1 utk 4 biji di TTS ni, dah keluarkan notis. Mulai 1/3, harga kuih akan dinaikkan ke 30 sen sebiji.. bukan 25 sen lagi. Betullah tu.. Kat tempat2 lain kat Jitra ni dah memang harga tu. Padahal harga barang sama je, walau kat KL yg kuih berharga 40-60 sen sebiji. Kat Jitra ni masih dengan resipi yg baik. Contoh kalau makan kuih seri muka tu, terasa lemak manisnya. Tak macam di KL yang rasa tepung belaka. Saya cakap seri muka sebab hari2 dah rasa macam nak beli je. Memang sedap dan penuh kasih sayang!
Kerana itu, saya pun semakin malas bereksperimentasi. Sebab mudah je kalau beli. Sedap pulak tu. Cuma orang2 sini yang belum berani beli produk saya. Yang tanya ramai. Bila saya beritahu apa yang patut, terus tak jadi.. hehehe! Takpela, kukira tiada rezeki di sini. Kita perlu memandang ke depan dan mencari jalan. Cuma jalan tu yang akak tak jumpa2 lagi. Saya fikir tak mau menjerat diri hanya kerana nak buat sale dan hasilnya tidak berkualiti. Itu prinsip. Tetiba teringat frozen yogurt saya buat petang tadi...sedapnya :D
No comments:
Post a Comment