Akak ni naik mual dengan berita2 politik terkini. Tapi entah kenapa, kalau tak baca habis pun, sebaris dua tetap nak baca. Paling2 tajuk besarnya.. Nak buat macamana, memang akak suka baca suratkhabar terutama aliran perdana. Kadang2 je tukar tune baca Kosmo dgn Metro (pun adik beradik jugak eh..?!). Tengok berita TV pun bosan jugak, tapi tetap nak buka. Sebab memang tak cukup syarat kalau tak tengok atau baca berita dalam sehari..
Pada akak rakyat marhaen ni la, yg tak dapat apa2 duit yg macam orang2 lain dapat, tapi syukur merasa pelbagai subsidi yg tak nampak... Sekurang2nya akak lebih menghargai subsidi apabila merasa tinggal di luar negara. Merasa beli tepung RM1.35 kat sini dan gula, minyak masak murah berbanding tempat lain...
Pendapat akak, memang sesetengah rakyat dah tak perlu yang pelbagai ni. Tak perlu pembangunan. Mereka dah bersyukur dengan apa yg ada. Nak kata zuhud tak juga, tapi cukup la kot... Itu pasal dorang menolak apa jua yang diberi (tolak??) atau digula2kan oleh kerajaan, terutamanya. Angpa buat apa pun dorang tetap kata. Jadi, tak payah la buat... Berikan pada yang mahu je. Salurkan ke negeri2 lain. Contoh kalau majoriti rakyat Selangor tak mau MRT, toksahlah terhegeh2 nak buat. Nanti jalan jammed sebab construction! Rakyat Kelantan tak mau air putih bersih lagi bening, takyah la dok tersua2... Selagi air tu boleh suci lagi menyucikan, OK la tu. Jangan hari2 semua saluran dok cerita itu je. Mujo2 ada cerita gosip lain yg hangat.. :P
Tapi ini pendapat bodo2 akak je lah... Betapa bosannya hidup saling benci membenci, kata mengata... Paling hodoh, buruk memburuk sesama Islam dan Melayu.. Yang akak tau, majoriti rakyat Malaysia ni sukakan keamanan. Ianya jauh lebih bernilai dari emas dan permata. Once it's gone, you'll never get back! Tengok saja negara2 yg rakyatnya berjaya menggulingkan pemerintah... Tapi orang kita bukanlah jenis berani mati macam Iraq, Syria, Libya semua tu... Jenis ikut2 je, pastu kena terjah lari!!
No comments:
Post a Comment