Pages

Monday, November 29, 2010

Hari Kurang Berhasil...

Hayya Cik Siti... masih berlegar2 di Kuala Lumpur.  Esok baru nak balik kampung yg terchenta..

Pagi ni konon2 nak cepat2 keluar... breakfast pun ala kadar, setakat nescafe secawan dan sesuap dua kek coklat yg kakak bagi semalam.  Tapi, tiba2 Fawwaz macam takde mood pula.. muka macam sakit perut.  So, kena tunggu few minutes tapi dekat sejam, sebelum confirm dia tak apa2 dan mood dia OK balik.  Masa tu dah pukul 9 lebih.  Nak pegi spital gomen, mana ada orang keluar lambat2?  Takpelah, teruskan je niat tu... Pegi Hospital Ampang yg belum pernah kujejak tu.  Then, ada lagi lokasi berdekatan nak pergi iaitu Pos Laju Tmn Shamelin Perkasa.  

Nak ke hospital betul2 100% nak berpandu pada signboard... Masuk MRR2, dah nak exit ke Pandan Indah, tapi tak nampak lak signboard tu.. teruuus je la.. Rupanya dah lajak dan kenalah U-turn jauh kat simpang Ampang tu.. Fawwaz dah boring, terus lelap.  Alamak!  Camna nak bawak jumpa Dr nih!!  Teruskan juga perjalanan... jumpalah hospital yg papan arahnye tak menyerlah berbanding Hospital Pantai, LHDN dan lain2. Pusing2 jap kat pekan Pandan Mewah sebelah tu (sebenarnya tak jumpa pintu masuk..).. Mak Aihhh!! kotor betul tempat tu nampaknya... Rakyat M'sia ni masih kurang kesedaran bab2 kebersihan sebenarnya... Mula terfikir peranan MPAJ, tapi rasanya kenalah semua orang/pihak sedar2 diri jaga kawasan masing2...

Berbalik kepada tujuan ke hospital... nak meneruskan hajat bawa Fawwaz jumpa pakar kanak2.  Tapi camna, dahle tidur lena, tak bawa buggy, pusing setiap tingkat parking lot takde kosong... Sudahnya saya turun semula dan batalkan niat tu.  Terus drive ke Shamelin pula, nak kena cari tempat lagi... Mujur tak jauh drive nampak bangunan Shamelin, kemudian signage pos laju.  Ikut je lah arah tu... senang je, terus jumpa.  Fawwaz masih lena, buka tingkap sikit, kunci pintu, sayapun jalan laju ke tempat collection.  Sambil tunggu tertanya2 apakah yg aku dapat?  Wooww!! Rupanya buku... 6 buah semuanya!  Bila masa aku oder?  Takpelah, ambik je... gembira + hairan  hehehh..

Masih awal lagi, Fawwaz pun sedap pulak tidurnya..  So, terus ke workshop hyundai kat Bukit Serdang.  Dari balik yg lepas nak tukar tayar, tapi tak sampai2 tayar tu.  Bila masuk kaunter, org tu kata boleh tukar tapi ada 4 keta tgh Q, kena tunggu 2-3 jam.. Alamak!!  Esok je lah... before balik kampung.  Dah malas nak kemana2 walau lapar... Ingat bolehle beli cendol ke, rojak ke kat depat rumah... hampeh! Takde la pulak... Order la spaghetti creamy carbonara Pizza Hut kegemaran Fawwaz.  Dia kata kena tunggu 45 min.. wahh, dulu 30 min je rasanya.  Rider takde katanya.. Adik2, pizza hut ada keja kosong tu..hehe.  Akak je buat iklan, ntah ye.... Memangle, dapat2 suma dah sejuk..  Kalau dulu selalu sup tu panas macam baru keluar pot..

Hehh.. banyak pula komplen hari ni.  Dahle semua tak berhasil, mujur dapat buku banyak hadiah Pa&Ma..  Nak pi berkemas nak balik esok... Mak, anak mak yg paling malas tepon dah nak balik neh... :D  20 thn akan datang kalau Fawwaz malas tepon mama dia, sedarlah daku kenapa..huh!  Kena kumpul tenaga banyak2 nak drive sana sini esok.. 2-2 tangan masih sakit lagi ni sebab angkat mengangkat kat aiport ari tu... 

  

Saturday, November 27, 2010

Kembali Lagi..

Bestnya!  Waktu ini hujan tengah turun dengan lebatnya... siap ada kilat dan guruh.  Dah lama tak menikmati saat2 begini di tanahair... Kejap tadi rasa nak tidur dah, tapi Fawwaz duk kejut je suruh buat susu.. terus tak jadi tidur!


Saya baru balik nih... baru beberapa jam sampai rumah.  Semalam flight delayed 3 jam. Jam asal 840pm waktu Bahrain.. masa kat rumah dapat SMS delayed 930pm.. So, keluar lambat sket.  Dah sampai parking airport, baru dapat message delay lagi ke pukul 1130pm.. tak sempat nak adjust, terus je check-in.  So, lamalah tunggu kat dalam tu dgn Fawwaz.. mujur tak berapa ada ragam.  Tapi ramai la pulok bebudak kecik dan kerenahnya.. yg sukaria jerit2, yg nangis, yg tido..huhuu macamtu lah kalau travel dgn anak2.  Masa nak boarding, Fawwaz dah tertidur..nyenyak sgt.  Tapi ada jejaka terusik kaki dia, terus terkejut dan buat jeritan soprano!  Inilah yg makcik lemah nih... mujur tak lama adegan tu.

Alhamdulillah, boarding tetap pukul 1130pm dan tak delay lagi... anakku pun OK je.  Kejap tido,pastu bangun, tido lagi... tak berbunyi pun, cuma sengih je.  Kita pun legaaaa....  Anak perempuan orang Arab sebelah lak asyik bunyi je..serba tak selesa dia.  Syiannn...dah hujung malam baru dapat tidur. Kejap ke depan, kejap nak ke belakang...  Dah lepas menikmati hidangan di dinihari, mulalah tidur2 ayam.. Bukan dapat lelap sangat.  Tapi demi dapat nikmat lelap tu, tiba2 En Fawwaz menjerit!!  Huwaaa... entah apa yg buat dia terkejut, tunjuk2 atas..mata lak pejam. Tak sedor la tu!  Nak kata nampak antu, takkanlah..hehee.  Lamanya dia berguling2 bawah seat tu...dahla sempit.  Jenuhle nak tepuk2 pipi, buka matanya..biar sedar.  Ayoyo.. tak juga sedar dan diam.  Tak pasal2 orang keliling terjaga dari tidur yg lena.. tengok jam M'sia dah pukul 8 pg pun..huhh! Tapi belum habis rentas India lagi...  Org seat depan yg konon2 mencari keselesaan tidur di tempat kosong, lari entah kemana... haha!  Kitapun terus ke tpt cabin crew minta air suam nak buat susu... dan basahkan tangan. Basahkan muka dia.. marah! Lagi kuat jeritnya..adoiii fawwaz, jgnlah buat mama camni... usap2 badan dia, dada, pujuk dgn lembut... pastu dia tunjukkan kakinya.. so, mama pun picit2 ler hujung jari tu... maka diamlah si anak kecik nih.  Fuhhh lega!!!!!  3 tahun lebih dah situasi begini berulang2... apalah sensitif nye telinga anakku nih.  Nak kena mandi air tujuh telaga dari tujuh masjid gamaknye ekekee... suka pulak aku!  Tapi saat itu kukelihatan seperti ibu yg sangat penyabar, walau hati sebenarnya stress... ohhh!!!

Keluar dari flight, masuk dalam bangunan, naik bas, immigresen, tunggu luggage semua OK... Pastu lapor lak perut ni, ingat nak makan nasi lemak berlauk sedap kat food garden tkt 2. Murah sikit pun ye.  Lorrr... cik mat (nama lain lak..:D) tak mau.. rupanya dia masih ingat aktiviti yg selalu kami buat berdua di KLIA.  Mula2 pi ATM, kuar duit... pastu makan nasi lemak kat Wok Express ke apa namanya kat depan ATM machine tu... ala, nasi lemak mahal tapi sejuk tu... dengan teh tarik RM23.80..  Takde orang lain pun sudi makan situ, kami je.  Potong betul la chek ni fawwaz!!!  Lepas makan, beli roti delicia kat Eraman.. harini saya menyaksikan org2 memborong roti tu berbakul2!! Pastu baru ke kaunter taxi, sebelum masuk taxi...  Itu semua aktivti yg Fawwaz dah hafal walau 2-3 bulan tak balik.  Mujur tadi dia tak tunggu juga depan tren yg tengah bercuti tu, kalau tak haruuu..

Apa2 pun, kini sudah di rumah yg dirindui.  Eh, hubby yg jauh tu tak rindu la pulak ye?  Mmm biorle dia kan.. hehe ku memang isteri ala2 kejam lalalaa... Nak kena mop rumah, tapi tak larat lagi... Lapar, tapi apa yg ada ye? Hujan tak boleh keluar nih.  Tidur dah tentu hutang beberapa jam... Ni kalau kat Bahrain baru pukul 12 tgh lebih... Takpelah, nak solat Asar dulu... pastu fikir apa nak buat dan nak makan.  Kalau oder kat pizzahut pun dah tentu dorang susah antar... mmmm...

Tuesday, November 23, 2010

Closing with Mee Siam..

Kala ini cuaca di Bahrain agak sejuk walau matahari sedikit memancar.. Sekejap tadi, saya dan Fawwaz berjalan menyusuri lapangan berpasir menujuk ke Sharjan Centre di mana letaknya supermarket kecil bernama Al-Jazeera.  Adalah 5 minit perjalanan.  Cuma selalunya malas sikit nak jalan ke sana sebab kena melintas jalan besar dan sibuk. Kena ada benda penting dan urgent nak beli baru pegi tanpa driver.  Kalau sorang takpe, ni nak kena sorong buggy lagi...  Masa jalan2 tadi, terasa best sangat bila angin bertiup sepoi2 bahasa..  Rasa macam duk kat resort, tepi pantai... Tapi sememangnya Bahrain ni sebuah pulau, kecik lak tu, so anginnya pun dah tentu angin dari laut...  Kalau kat rumah, selalu buka sikit tingkap dapur tu kasi angin masuk.. cumanya, bila makin sejuk ni lalat banyak la pulak nak jadi tetamu dapur..  tinggi betul lalat tu terbang ye!  Sampai tingkat 6...  




InsyaAllah esok, nak buat penutup jualan breakfast yg menyeronokkan ni dengan mihun goreng atau popular utk Singaporeans sebagai Mee Siam mengiringi karipap aka epok2.  Minggu lepas buat ramai yg tak tau.. bila sorang dua cerita, the next day kedai tutup sebab nak raya, so melepas hehee... Pagi ni kedai mee siam dibuka semula sampai esok.  Khamis terus tutup sampai Januari 2011!!  

Mee siam ni bukan le istimewa sangat pun... biasa2 je.  Yang buat istimewa sebab kat sini takde jual kot.. Mihun pun susah nak cari jenis Thai punya.  Kalau jenis Philippines yg ala2 suhun tu banyak.  Dengan accessories simple, saya jual 500 fils (RM4+)..  Kalau kat M'sia boleh dapat RM1.50 kot hehe..  Tapi bukan boleh untung sangat, barang mahal... cuma macam awal2 saya kata, untuk amal jariah dan mengurangkan kerinduan dorang pada makanan sendiri... tolong buatkan breakfast utk para perantau ni.  Teringat kat magazine company tertulis "Emirates Plaza (apartment ni la..) happens to be the food centre for the staff that are missing Singaporean food here in Bahrain".  Sayalah pelopornya hehe.. lepastu ada auntie tu buat nasi lemak.  So, lengkap.  La ni auntie tu pun tengah cuti/balik Singapore sebulan.  Sian dorang, minggu depan kena pandai2 prepare breakfast sendiri ye!





Aduhh... tak sabar nak menjejakkan kaki kat bumi Malaysia walau baru je 2 bulan lepas balik..  Nak cari nasi lemak lauk kerang & paru..  Tapi yang paling penting nak melawat mak, ayah dan pakcik Juri ku yg harini dengarnya nak buat procedure for CA colon.  Kesian... sememangnya keluarga saya amat familiar dengat CA jenis ni.  Dah masuk 3 orang...  Hopefully, segalanya berjalan dengan baik dan successful!!  I'm praying for the best for all my lovely families... and Allah knows best!!!



Monday, November 22, 2010

Dubai II & Sharjah 2010..

Pagi Ahad kami ronda2 keluar Dubai.. ke Sharjah, Ajman dan kawasan yg sewaktu... Main redah je...  Sharjah ni nampak kurang sikit kemajuannya dari Dubai.. tapi naluri saya lebih menyukai tempat ni.  Sebabnya lebih hijau dengan pokok2 di sekitar jalan dan kurang construction juga bangunan2 tinggi.  Tempat ni kurang sikit panasnya dari Dubai.. Tapi kalau baca kat paper, musim sejuk ni kadang2 membawa ke banjir kilat bila hujan lebat.  Dorang ada drain sistem tp tak berapa berfungsi macam kat Dubai.. katanyalah!

Gambar ni kat Bahar Souk di Sharjah.. saja tgk2 abaya, murah sikit dari di Bahrain tapi kain dan design tak berapa menawan... 
  
Di tepi pantai... memang kalau kat Dubai atau UAE ni kiterang cari beach je.. nak relax.  Cuma bila siang sikit, panasnya sampai ke otak!  Huhuu...  Kali ni kami drive sepanjang pantai Sharjah... best!

Central Souk di Sharjah yg panjang dan ada macam2 terutama karpet... singgah kejap, tumpang lalu dan tengok je.. :D

Tidur melopong cik mat... kepenatan!

Art Museum...

On the way balik, singgah di Sharjah Aquarium... tiket dewasa 20 dirham (less RM20) per person.. Fawwaz free... Mula2 takut dia sebab gelap, lama suka... biasalah tu!

 


Menutup hari percutian di Dubai, pagi selepas subuh (tapi dah terang) kami pergi ke Jumeirah Beach... udara sejuk lagi waktu2 camni, dalam pukul 7.30am.  Matahari belum naik sangat..  Fawwaz & abah je mandi, mama duk tepi je dengan abaya hitam.. kehkeh, attire yg tak sesuai di tepi pantai!  Tapi kalau kat Bahrain, sebenarnya biasa pemandangan org pakai abaya hitam di beach atau mana2 park... cuma kat Dubai, akak je giteww.. kes nak jimatkan penggunaan pakaian, orang pun tak berapa ada lagi utk menyaksikan keganjilanku... Itu pun bila nak balik, still kena beli satu lagi beg xtra.. tak tau apa additional items nya... sebab bukan shopping pun!



Terkulai lagi cik mat kat airport... kesian, penat!  Flight delay pulak.. dapat free McD meals untuk 3 orang!  Hehehh...

Kesimpulannya, Dubai sentiasa meriah dan happening!  Murah?  Emmm... kena pandai cari.  Tapi kalau tak biasa dan nak manfaatkan masa dan wang, better guna travel agent...

Saturday, November 20, 2010

Dubai 2010

Sekarang ni kami kat Dubai.. Percutian terakhir saya sebelum balik Malaysia minggu depan.  Haritu ingat nak stay kat Sharjah, tapi kemudahan internet agak payah sikit kat mana2 hotel apartments.. Susah sikit untuk hubby yg oncall forever nih!  So, decided untuk stay di Bur Dubai saja...  4 hari 3 malam di Rose Garden Apartment.

Hari ni (Sabtu) dah masuk hari ketiga.  Kelmarin dari Bahrain lagi nampak gaya parking airport penuh!  Cuti lama ni dorang keluar negeri la kott... risau gak kalau tak dapat parking.  Alhamdulillah, berkat doa "Rabbi Yassir.." tu dapat juga tempat walau kereta banyak yg queue dan tercari2... Sampai Dubai dalam pukul 12 tgh.. disambut dengan azan zohor... Ambil kereta sewa, teruslah mencari2 tempat ni... kejap je jumpa dan lepak...

Kali ni sewa Nissan Tiida... dalam 110 Dirham/RM100+ sehari... OK lah kan.. murah sket dari sewa kereta kat M'sia (Hertz)..


Sampai je kat lobbi apartment, susu kena keluar dulu dari beg... :D




Kali ni stay kat Rose Garden Apartments, ambil 1 room apt.  Kemas dan bersih... lengkap semuanya.. memang sesuai untuk family yg nak stay lama sikit...




Hidangan utk lunch dan dinner sebab dah terlewat sgt keluarnya di Hatam Restaurant, Burjuman Mall...   Macam biasa makanan yg macam ni boleh tahanle harganya di sini... grilled shrimps 57 dirham, grilled chicken 39 dirham, fries, maggo juice, foc roti arab+ herbs.. all together dalam RM130++.  Mujur suasananya tenang dengan pancuran air dan alunan piano... Hari2 makan ayam.  Dah masuk hari kedua duk terbayang nasi campur kat M'sia... murah dan sedap... memang tak dinafikan makanan kat M'sia amatlah murah!!!



  


Burj Al-Arab - one of the landmarks... bila ntah nak mampu duduk kat hotel 7 star nih!!
 

Cultural Village...  


Penat sangat budak nih.... asyik ronda2 je.. dahle panas terik betul tempat ni!  Kena banyak sabar kalau jalan2 bawa budak kecik nih.. macam2 perangai dan ragamnya... sekurang2nya hadirnya menambah zikirku kepadaNYA!  :D

 One of Dubai attractions - indoor ski @ Emirates Mall.  Tengok dari luar je hehehh!!!


Dah tak larat nak upload gambar... Dubai untuk short stay memang best.  Suka tengok bangunan2 cantik mencakar langit walau selalu fikir sapa nak sewa/duduk kat situ... macam tak terkawal. Then, ronda2 sekitar pantainya yg cantik.. hubby kata ala2 LA & California.  Kali ni tak pergi langsung Deira Souks yg popular dengan barang2 murah.  Memang tak larat walau haritu dah berangan nak tengok itu ini! Kadang2 rasa lagi stress dan hectic bila bercuti macam ni. Macam2 nak kena urus.  Yang saya selalu tak tahan bila jalan2 kat tempat orang ni ialah bab2 makan... tekak ni mudah betul jemu dengan makanan orang.  Nak nasi + sambal jugak!  Memang purely kampung daku ini...

Siang tadi pergi ke Sharjah, kat sebelah Dubai ni je.. masih dalam UAE.  Lebih hijau dan sejuk walau sedikit tertinggal dari segi bangunan2 tingginya... Saya suka tempat ni lagi.. esok2 bila free baru letak gambar.. :D

Dah penat, nak tidur nih... tapi masih tunggy En Hubby yg tak balik2 lagi.  Saja bagi pelepasan sikit untuk dia keluar sorang2... tanpa tekanan dari co-pilot dan passenger kecik tuh! Esok (Ahad) dah nak balik ke Bahrain..


Wednesday, November 17, 2010

Eid Al-Adha 2010

SALAM EID MUBARAK!!

Untuk pertama kali setelah bertahun-tahun merantau, semalam (Selasa) kami beraya di luar Malaysia.  Sebenarnya ada beberapa kisah yg menggeramkan hati, kelakar pun ada sebelum raya menjelang... Sabor je lah akakk...huhu! Kat sini cuti Eid je selama 4 hari termasuk hari Arafah sebelumnya.. (Tapi dorang kata puak2 Syiah baru nak raya harini (Rabu)... entahlah..).  Sejak hari Isnin sebelum subuh hingga tengahari semalam, saya sangat sibuk!  Sampai tergeliat urat belakang... Sebelah malam pula sambung ke rumah Siti & friends di tingkat bawah.  Lagi meriah rumah Siti with all Singaporeans!  Di situ baru saya sedar yg epok-epok aka karipap saya menjadi pojaan hati, sampai ke ambassador dorang dah rasa... keh keh!! Terkembang2 akak... biasalah, jarang kena puji.... :P


Masjid penuh dari biasa... pukul 6 pagi dah solat raya...

Hidangan untuk tetamu... rendang ayam, lontong, kuah sate, sambal, mi goreng, kek coklat dan buah2an.. 



 



Raya mesti ada air sirap & oren... :P


Antara tetamu2 yg datang... staff muslim SIAEB yg duk Emirates Apt ni je & family..



kami lagi...
  
Tetamu M'sians yg datang ialah family Wan & Umi dan kenalan baru family Rashidi & Kak Intan... Tak mampu kederat ni nak menjemput lebih ramai orang.  Tapi walaupun penat sebelumnya nak menyediakan pelbagai juadah di samping mengambil tempahan karipap dan donut hari sebelumnya, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.  Malam tadi terus flat...

Yang kelakarnya antara topik yang menarik nak disembangkan selain dari epok-epok dan mee siam yg baru sempat jual sekali untuk season ni ialah rempah kari dan sardin cap ayam yang dirindui oleh ramai orang dari 2 negara ni... sememangnya takde tandingan sardin Cap Ayam tu.  Kalau kat sini yg ada antaranya ialah sardin cap Lego buatan Philippines.  Isinya kecil, sedikit rapuh dan mudah hancur... memang tak best!  At least kalau kat M'sia sardin Pertima, Kings dsb tu OK la jugak... Salah sorang regular customer saya Dilip dan isterinya (jumpa di rumah Siti) pula bagitau selain sardin yg tak best, dorang tak pernah beli rempah kari kat sini... Nak kena ada kari Babas juga.. keh keh!  Sama laa... akak punya rempah kari Babas & Faeza pun dah abis.. nasib baik minggu depan dah nak balik!  Nak kena beli sekotak pulak ke nanti?  Huhuuu...

Apa2pun, cerita raya dah habis...kolestrol je yg tinggal kat badan.  Esok kami nak bertolak ke Dubai pula.  Ingat nak cari Abaya lagi... makin selesa memakai pakaian ni.  Ada sapa2 nak oder Abaya ke?  I wish to open my online Abaya Shop here... Abaya from Bahrain with beautiful design and good material (sejuk walau tebal) and Abaya from UAE which is slightly cheaper than Bahrain made Abaya.  Price range RM200 - RM400.  Hahh... perancangan je, tgh tengok2 nih...  :D