Pages

Tuesday, November 2, 2010

Menjana Wang Dari Rumah

Diketika ini seisi rumahku berbau kari..hahaa.  Baik punya intro.. tapi setiap kali saya nak memulakan sesuatu pekerjaan tak kira memasak atau menulis blog, mesti sikecik ni mula nak interframe.. ajak mainlah, suruh duduk kat lantai lah.. dan macam2 lagi. Memang potong stim!  Kena stop kejap.. atau kadang2 makcik buat dek je.  Sesekali kena rasuk juga nih...

Macam nilah kehidupanku... slowly saya nak tukar imej dan identity ni.  Gara2 kebelakangan ni banyak membaca blog motivasi dan e-book hehe.. Yang sekarang saya baca bertajuk 'Menjana Wang Dari Rumah'.. macam yg sekarang saya buat... Bisnes kecil2an menjual kuih-muih di sebuah negeri arab bernama Bahrain.  Walaupun kecil, tapi kadang tak tau nak buat apa dengan cash money tu, melainkan rolling balik (sikit je) beli bahan mentah dan jajan coklat atau bahan2 buat kek.  EKSEN betul cik siti nih...lalala.  Semalam dapat call dari sorang Singaporean (bukan staff SIAE) oder beberapa biji karipap untuk function dorang.. masuk ni dah 2 kali dia oder. Orang Malaysia cuma satu keluarga tu yg sesekali oder banyak.. lagipun saya tak pernah advertisekan pun kat sesapa.. Jarang jumpa M'sian di sini untuk bersembang2 macam kebanyakannya tu.  Satu, sebab kami duduk di kalangan orang2 S'pore, dll (komuniti SIAE) dan yg lagi satu, tak pernah diajak ber'sosial' oleh sidia... padahal ada juga kadang2 member m'sian yahoogroups tu organise perjumpaan.

Kawan2 terutama yang bekerja termasuk kakakku yang selalu sibuk tu pasti ada yg berangan atau teringin jadi fulltime housewife macam saya ni.  Kakakku yg sedang berjinak2 dengan bisnes keknya tu, memang handal.. siang manager bank, malam baking... kan dekat2 sama tu - bank & baking.  Dipendekkan cerita, kalau nak duduk rumah tu ada pelbagai pilihan.  Samada fulltime urus rumahtangga dan tunggu elaun En Hubby atau menjana pendapatan sendiri.  Kalau En Hubby pemurah bagi elaun khas (mcm en hubby ku..hehehe) OK laa... kalau tak?  Saborje lah ye, terutama yg biasa dapat ribu riban campur bonus masa kerja kat ofis.  Kenalah pandai2 adjust... Saya pun masih kena adjust juga tau. Sebenarnya banyak juga peluang kat M'sia tu.  Saya tengok ramai benar wanita buat bisnes kat internet.  Hebat dorang tu... saya pun ikut sama 'motivated' bila saja2 browse.

Nak buat kat sini macam payahla pulak...  saya nikan puteri lilin aka mak dara pingitan.  Tu yang kejap2 macam meroyan... boring sehh.  Bayangkan, saya tak keluar rumah pun atau kawasan apartment ni melainkan hari Jumaat utk shopping groceries dan Sabtu untuk bersiar2 atau makan di luar.  Paling2 turun naik tangga dari level 7 ke LG ke L7 balik..kes kena dera anak..heheh.  Pergerakanku sangat terbatas.  Istilah 'kawan' pulak memang dah takde.  Kalau kat M'sia, sekurang2nya keluar ke kedai runcit beli suratkhabar atau beli nasi lemak kat tepi jalan tu.  Ohhh... I miss my Matrix already!

Saya nak menyeru kepada diri saya sendiri untuk melakukan seperti mereka tu tanpa perlu berharap kepada makan gaji.  Janganlah diungkit2 kelulusan anda (hehee... akaklah tu!).  Belajar dengan mereka yang telah berjaya atau mahir... InsyaAllah...  Kalau anda yang membaca turut terseru, silalah yee... xoxo!!!

No comments:

Post a Comment