Pagi Ahad kami ronda2 keluar Dubai.. ke Sharjah, Ajman dan kawasan yg sewaktu... Main redah je... Sharjah ni nampak kurang sikit kemajuannya dari Dubai.. tapi naluri saya lebih menyukai tempat ni. Sebabnya lebih hijau dengan pokok2 di sekitar jalan dan kurang construction juga bangunan2 tinggi. Tempat ni kurang sikit panasnya dari Dubai.. Tapi kalau baca kat paper, musim sejuk ni kadang2 membawa ke banjir kilat bila hujan lebat. Dorang ada drain sistem tp tak berapa berfungsi macam kat Dubai.. katanyalah!
Gambar ni kat Bahar Souk di Sharjah.. saja tgk2 abaya, murah sikit dari di Bahrain tapi kain dan design tak berapa menawan...
Di tepi pantai... memang kalau kat Dubai atau UAE ni kiterang cari beach je.. nak relax. Cuma bila siang sikit, panasnya sampai ke otak! Huhuu... Kali ni kami drive sepanjang pantai Sharjah... best!
Central Souk di Sharjah yg panjang dan ada macam2 terutama karpet... singgah kejap, tumpang lalu dan tengok je.. :D
Tidur melopong cik mat... kepenatan!
Art Museum...
On the way balik, singgah di Sharjah Aquarium... tiket dewasa 20 dirham (less RM20) per person.. Fawwaz free... Mula2 takut dia sebab gelap, lama suka... biasalah tu!
Menutup hari percutian di Dubai, pagi selepas subuh (tapi dah terang) kami pergi ke Jumeirah Beach... udara sejuk lagi waktu2 camni, dalam pukul 7.30am. Matahari belum naik sangat.. Fawwaz & abah je mandi, mama duk tepi je dengan abaya hitam.. kehkeh, attire yg tak sesuai di tepi pantai! Tapi kalau kat Bahrain, sebenarnya biasa pemandangan org pakai abaya hitam di beach atau mana2 park... cuma kat Dubai, akak je giteww.. kes nak jimatkan penggunaan pakaian, orang pun tak berapa ada lagi utk menyaksikan keganjilanku... Itu pun bila nak balik, still kena beli satu lagi beg xtra.. tak tau apa additional items nya... sebab bukan shopping pun!
Terkulai lagi cik mat kat airport... kesian, penat! Flight delay pulak.. dapat free McD meals untuk 3 orang! Hehehh...
Kesimpulannya, Dubai sentiasa meriah dan happening! Murah? Emmm... kena pandai cari. Tapi kalau tak biasa dan nak manfaatkan masa dan wang, better guna travel agent...
No comments:
Post a Comment