Tuhanku
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh
Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Teringat pulak bait2 lirik lagu ni... macam terngiang2 suara Allahyarham Zubir Ali... Lagu2 kumpulan Harmoni dulu memang hampir kesemuanya aku hafal dan suka... tapi dah lebih 20 tahun ni, byk yang aku lupa.. Seawal umurku 12 tahun dah suka dkt kumpulan ni sampai sekarang... Lagu2 yg penuh puitis.
Hari ni dah masuk hari ke-4 di bumi Bahrain. Percaya atau tidak, setakat ni belum lagi melangkah jauh keluar pintu. Setakat buka tutup dan letak plastik sampah kat luar.. Sebenarnya boring juga, tapi inilah kehidupanku di sini. Berkurung je... Dah 4 hari pun jiwa masih belum kerasan.. nak buat apa pun dihasut perasaan malas. Ditambah dengan cuaca sejuk.. dan pagi tadi hujan pula. Tak dapat bayang kalau kena duduk kat kawasan yg ada snow.. entah hapa daku ini!! Padahal dulu zaman muda2 berangan nak duduk obesee.. kawin mat salleh.. budus betul time tu! Tapi memang pernah hampir terjadi sebelum pak hubby ku enter-frame. Haha.. nak menyingkap kisah silam pulak!
Hari ni sebenarnya macam mood tara baik.. Tak taulah kenapa. Ditambah ragam cikmat taknak pakai itu, taknak pakai ini, pantang dia kalau nampak label kat baju atau seluar... minta susu pun main sebut "SUSU" je... jenuh ajar cakap "nak susu... atau saya/fawwaz nak susu...". Biorle panjang sikit ayat tu. Lama2 nangis kukerjakan.. ish! garang benor teman ni ye.. tak layak jadi cikgu tadika.. Assistant is desperately needed!
Sejuk2 ni perut pun lapar je.. bukan sekadar nak mengudap, tapi ingat nasi je. Macam rasa ke arah nak gemuk.. iyakah? Elokle kalau ada isi sikit, org kata kalau berisi boleh nampak muda sikit.. hehe. La ni kalau aku duduk sebelah kakak2ku, terasa daku yg tertua dan kusam.. Kadang2 terfikir jugak, adakah aku menternak cacing di dlm perut? Sebab makan banyak pun tak tambah2 berat.. eeee geli la pulak kalau bayangkan! Fikir bukan2 la pulak... Tapi memangla manusia ni.. bila gemuk fikir nak kurus, bila dah kurus teringin gemuk pulak! Bukan ngada2 kah... terutama si penulis ini!
Apa kaitan lagu DOA di atas dgn bebelan ku ini? Hehee.. sebenarnya tadi macam stress dan takde mood (dah cakap tadi). Pastu teringat kata2 "Tuhanku aku hilang bentuk, kembara di negeri asing...". Setiap kali balik sini, perasaan meroyan mula nak kembali.. :P Mujur ada blog ni utk meluahkan perasaan.. Inilah gunanya medium ni, walau komunikasi sehala. Nak sembang, takde kawan.. Fawwaz lak tak faham2 nak diajak borak.. Kalau en hubby ada, tak rasa pulak nak sembang... maklum topik selalu tak selaras.. Sat lagi dah nak zohor.. sila cari ketenangan. Layan dulu fawwaz yg tengah nyanyi2 nih.. Then start buat karipap biar penuh sikit masa... adios!!
No comments:
Post a Comment