Pages

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Alhamdulillah... aku masih berpeluang melihat dunia ini pada 01012011.  Bermakna bakal bertambah lagi usia dalam bulan terdekat..  Seharusnya minda juga semakin matang.

Sebenarnya, pada tahun baru kali ini, saya tidak merasakan sesuatu yang istimewa.  Tak ada azam yang perlu diwar2kan.. bukan tak ada, cuma biarlah hati yg menyimpan.  Meninggalkan tahun 2010 dengan berbagai plan yg tak menjadi, penuh kekurangan, penuh keletihan, dsb... Jadi, tak pasti tahun ini macamana pula.  Pastinya ada impian yg ingin digapai... cuma jarak, tempat, situasi dan masa adakala menjadi kekangan dalam hidup.  Yg indah semakin tak indah... harap2 semangat kembali berkobar agar segalanya menjadi kembali bercahaya.  Wahh... mula nak berbunga2 akak nih...

Yang pasti, 2011 saya kan cuba memperbaiki diri.  Memperoleh kesihatan yg lebih baik... itu yg sangat penting! Terasa pilu hati melihat orang2 terdekat menanggung kesakitan... Kekesalan sedikit sebab terlalu perlahan tindakan pihak hospital kerajaan sedangkan ada yg sudah berkeadaan kritikal.  Meleret2 prosesnya.. adusss!!!  Tak tau nasib diri kita macamana di masa akan datang.

Saya perlu mengurangkan keluhan yg sering membawa stress... Kalau ditanya keluhan apa?  Sebenarnya saya sudah letih travel berulang alik ke sana ke mari... Dah nak masuk 4 tahun!  Dah tahap nak muntah!!  Sesekali memang seronok, tapi lama2 terasa akan pembazirannya... dari segi masa, wang ringgit dan kestabilan hidup... Banyak perkara agak tercicir dalam usia yg semakin meningkat.  Tapi itulah namanya perngorbanan..  Kalau sebelum ini orang berkorban untuk kita, biarlah kita juga melakukannya.  Cuma kalau boleh, nak memberi sedikit ruang kepada diri sendiri dan diberi peluang sebelum nyawa dibawa pergi.

Malas dah nak cakap banyak... Apa2 pun semalam dan hari ni suasana di dalam rumah ni agak meriah.  Semalam makcik sekeluarga bermalam di sini selepas menziarah pakcik Juri di HKL.  Kesian, dorang asyik menunggu je dari masa pergi (janji di Sg Buloh - teman lewat 1/2 jam, silap estimate) sampailah lewat petang (lambat jemput di HKL sbb dorang tak tau jalan ke sini).  Fawwaz keseronokan tak terhingga, maklum mbah kesayangan tak pernah datang sini.  Pagi tadi dah balik semula ke kampung.  Tapi cik nya & cik yun ada lagi sampai esok.  Esok nak kena hantar dorang balik U.

Baru dapat berita beberapa saat tadi, pakcik dipasangkan alat bantuan pernafasan... semoga Allah berikan dia yang terbaik dan keajaiban sebagaimana yg Dia pernah berikan pada ayahku... Amin.

No comments:

Post a Comment