Pages

Sunday, January 9, 2011

Selamat Tinggal..

Pagi tadi telah kutinggalkan kampung halaman bernama Sg Air Tawar dengan penuh kesayuan... Setelah lebih sebulan kami ber'cuti2 Malaysia'..  Sedih tau!  Tapi simpan dalam hati je... Sepanjang jalan sikecik Ahmad Fawwaz diam je.. agaknya dia pun sedih.  Tak mau babai2 dgn semua orang.. Lalu depan masjid tepi jalan pun sekadar tengok sampai berpusing kepala tu.. Selalu mesti dia sebut "Mosque!"..  Tak lama melalui jalan besar daerah Sg Besar, diapun tidur sampaila tol Sunway.. Kini hati makin diulit sedih dan rindu apalagi dengan cuaca yang muram ni.. huhuuu hua huaaa..

Sekarang dah bertapa di Anjung Hijau.  Apartment yg sunyi sepi ni..  Dalam perjalanan tadi kita dok berangan nak pindah rumah lah!  Macam makin tak best, dengan pelbagai rules by the mgt.  Memanglah bagus utk keselamatan, kecantikan, dsb.  Tapi kekadang merimaskan!  Tiba2 teringin nak duduk di rumah yg bertanah, yg ada 'friendly neighbourhood', ada surau, aktiviti dll.  Yg boleh tukar2 makanan ke, lauk ke... hehe!  Tapi kenalah tunggu lepas selesai aktiviti travel ku ini... kalau tak, sapa nak jaga rumah & kereta?  Sabar ye makcik siti...

La ni mula nak menghitung hari.  Sabtu 15/1 dah nak berangkat semula ke Bahrain.  Dah terasa2 sejuknya kat sana ketika ini... dan terbayang2 wajah en hubby yg dirindui..hehe! Tapi makcik ni kan kadang jenis cerewet tak bertempat... kalau mula2 sampai tu, jenuh juga makcik nak atur rumah ikut citarasa... Maklum, kalau dah lama tinggal, mesti banyak benda berubah tempat... Tapi, paling tak sabar nak test skill masak balik.  Saya kalau sebulan balik kampung, sebulan jugalah tak potong ayam... tak buat karipap, tak putar telur buat kek.  Nasib baik hari tu ada juga buatkan kek coklat utk cousins...hehehh!  Makcikku yg pakar buat karipap pun dan sesaing dgnku.. sampai balik, keledek yg dah didadu tu duk terperuk lagi dalam fridge, tak bertumis.. mesti kena jangkitan.. keh keh!!


Sedikit demi sedikit kotak nescafe yg kuminta dari pekerja Giant haritu dah berisi.  Macam tak cukup besar pulak kotak tu.. ayo! beg makin besar, kotak pun besar.. sapa nak angkat turun bawah nanti?  Sendiri mau ingat.. huhu!  Dah terasa2 sakit badan mengangkatnya.. dahlah cita2 nak berurut masa cuti ni tak tercapai.  Sejak masuk 40an ni, silap gerak sikit, urat tergeliat.. Maklumlah, dulu kecik2 daku ni masuk kategori buruh kanak2.. :D  Satu benda penting belum beli... iaitu kicap jalen.  Teringat iklan "takde kicap jalen, saya pun tak lalu makan...".  Bilalah kicap2 buatan M'sia nak masuk pasaran Middle East...

No comments:

Post a Comment