Pages

Monday, May 30, 2011

Suka...

Subhanallah... sesungguhnya Allah maha mendengar dan mengasihani... Akhir2 ni saya amat berat hati nak meneruskan treatment Fawwaz di Hosp Ampang.  Apatah lagi bila melihat banyak perkembangan positif pada dirinya, juga pandangan dari orang2 sekeliling.  Tapi hati tetap serba salah sebab itu janji saya dulu...

Esok sepatutnya ada appointment untuk audiology test.  Lepas test tu, rancangan saya nak terus balik kampung sambil membawa mak yg sekarang ada di Ampang.  Tapi dalam hati tu berbelah bagi nak ke hospital... Sambil memikirkan 'kerelaan' si tuan badan tu.. Almaklum, dia kan suka buat show kat situ hahaha...

Tiba2 tengahari tadi, ada panggilan telefon dari hospital.  Minta untuk menunda tarikh ujian tu ke bulan Julai sebab ada masalah sedikit kat hospital.  Wah! Bagai pucuk dicita ulam mendatang... tak payah saya susah2 memikirkan utk ketika ini.  Terus cakap saya akan telefon hospital bila perlu appointment sementelah dah nak balik ke Bahrain ni.  So, ada masa lagi untuk membuat pemerhatian dan terapi sendiri terhadap si jantung hati yg seorang ni.. :);D

Thursday, May 26, 2011

Adoihhh...

Pasaipa lah grrrr je rasa hati... Macam2 betul nak mencabar kesabaranku yg kurang sikit nih..

Broadband
Saya guna Celcom broadband.. Subscribe awal2 dulu, masa harga modem ni tak silap RM180.  La ni sapa melanggan, byk yg free je modem tu.. Dahle lagi laju speednya.. Dulu2 OK je.. awal2 balik tu pun masih OK.. kalau terputus pun kekadang je.  Masa kat kampung haritu pun (tanpa 3G) tak pernah pun putus selagi kita tak disconnect.  Tapi sejak balik KL seminggu ni adoihlaa... hampeh sungguh! La ni setiap minit disconnected.  Paling lama connected agaknya 5 minit.  Tu pun kalau akak tak pegang langsung lappy nih.. Fening laaa...  Padanle muka aku, kata nak terminate sejak 3 bulan dulu, tapi tak buat pun.  Balik le pakai dial up tu.. Bukan apa, kita on off kat rumah ni susah le kalau nak langgan streamyx ke apa2 yg melekat, melainkan line telefon yg tak pakai tu (set pun entah di mana sebab dulu fawwaz suka main).  Bulan2 sedekah je sewa kat Telekom.. Contoh situasi sekarang - connect > buka fb > trrrr (disconnected le tu!) > baca atau tulis n send comment/status > connect > trrrrr... Terus blah.  Baik buat kerja lain. Kalau ku makan ini modem, mesti rasa macam jamu mak dara kott... erkkkk

Lupa
Tahap lupa semakin kronik... macam juga broadband tu (huhu).  Cth harini... dahle nak keluar rumah satu perkara yg berat, perut menggelodak lak tu.. Dah sampai area Kinrara, tengok tangan.. jam tak pakai.  Tengok bag.. hp tertinggal.  Masuk Giant & keluar, lupa beli itu ini (ala2 penting)... Nak potong kuku, nail clipper tak jumpa (padahal tak sampai 1/2 jam simpan)... lagi?  Jangan makcik lupo sapa nama makcik dahle... huaaaa

Fawwaz
Takde apa... dia baik2 je.  Tadi pergi playland & Giant Kinrara dia sgt 'behave'.  Hobi baru, tolong sorong trolley.. Walau tiap kali masuk kereta nak buka baju, keluar tu mesti nak pakai...haha!  Kalau tak mesti semua pandang kami kan..  Kat rumah, ummi tengah high masuk alam tidur, mesti tak kasi peluang... nak susu la, ajak main duplo la, kuka kuka la, shishi la... Sakit dada ummi nih kekadang tu esp bila kena buat 2 benda satu masa.. No compromise! Tapi ummi tetap doakan yg terbaik untuk anak ummi... :)

Kesihatan
Batuk lagi... hidung duk meleleh je.. tapi ada sikit kurang bila saya sapu vicks kat dada dan belakang sebelum tidur malam semalam.  Eh, mujarab juga vicks tu ye..?!  Malam semalam kira dekat 1/2 kotak tisu kot habis.. belum kira face towel lagi. Bersin sekerap internet disconnected..  Hari ni lak upset stomach.  Rasa macam tak makan apa2 yg luar biasa.. nasi goreng, tepung goreng, air coklat collagen.. tapi senak n terus ala2 diarrhea n sebu perut hingga kini.  Saya cuba minum collagen tu utk alternative sakit otot & sendi sebelum ambil keputusan ambil glukosamin.. ada la improvement sket..  Sambil tu, kot2 boleh perbaiki kulit sekali sebagai persediaan nak balik ke Bahrain di musim panas ni.  Tapi entahlah yg ni... Rasanya kulit kita ni dah tahap susah kot.. (takut lak nak sebut kronik macam broadband atas tu..).  Jeragat ni pun payah dah nak hilang.. bior le dia ye!  Malas dah akak nak fikir hal ehwal kecantikan nih walau hati tetap suka...

Wednesday, May 25, 2011

Mengidam... Tapi Aku Tgh Malas

Hari ni akak menghabiskan saki baki puasa yg ditinggal... Ingat nak ambil sunat hari Isnin, tapi dah terlepas... Nak sunat hari Khamis, takut ada rintangan (mana kita tau dak...?!).  So, InsyaAllah habis ni, boleh buat yg sunat2 je.. Lagi pulak nanti kat Bahrain, sebelum 3.30am dah subuh... Summer katakan..

gambar ambil dr blog lain... tak ingat lak nama dia huhu..

Puasa2 pi blogwalking la pulak... Blog kak ida 1001 resipi.  Pastu nampak dia tayang gambar macam lepat labu di Restoren Rebung.  Dan2 tu mak teringin yuuu... Pantang betul aku nih!  Kalau nak buat sendiri mmg tak cost effective... Nak cari kat kawasan sini tak yakin ada.  Tunggu jelah minggu depan balik kampung ye... jangan2 masa tu dah tak ingin pun... (biasa macam tu lah!!)

Cousin akak lak post kat fb nak cheese tart... hah! ngidam la tu... kata demam, tapi nak makan cheese.  Kan muak tu.. (alasan taknak buatkan la nih..).  Disokong pulak ngan adik akak yg memang ngidam tu... Bukan dia tak pandai buat, tapi baby dalam perut tak kasi dia masuk dapur.  Awat camtu baby....

Serba salah akak... Sebab antu malas sudah meresapi diri dalam seminggu ni.  Dengan cikmat selalu nak ambil bahagian, dengan susah nak turun kedai cari bahan, pastu badan tak sedap sebab baru batuk & selsema... Baru je semalam dapat selsema ni, sebab cik mat yg pass virus.  Maknye seronok anak peluk2 n laga2 hidung.. Sudahnya berair hidung petang tu jugak hehe...


Takpelah wahai adinda2 ku... simpan dulu ngidam tu lama2 sket.  Nanti geraf rajin akak naik, InsyaAllah buat.. Jangan pulak rajin tu datang masa dah nak berangkat ke Bahrain nanti... postpone le jawabnya huhuuu!  Alaa.. apa susah, kat bakeri ada je jual... KL ni macam2 adaaaa....

Sunday, May 22, 2011

Rindu Terlerai... tapi sekejap

Dah lebih 6 tahun tak bersua muka dengan sahabat saya yg seorang ni.  Sejak hari persandingan dia... Tadi tanya anak sulung dia dah 6 thn, maknanya lama sungguh tak jumpa Zulfa.  Dulu housemate ku merangkap tempat mengadu...

Sementelah lama sungguh di tanahair, gagah le diri ini menjejak kasih nun di Setia Alam.  Bukan jauh pun dari Bukit Jalil ni.. cuma selamakini masa sedikit celaru lagi pulak mengenang si tuah cikmat yg ada ragam.

Pagi ni mood dia baik sedikit walau ada kekacauan sikit masa nak buat baulu polkadot untuk dibuat buahtangan.  Kebetulan internet pun tingtong, kejap2 terputus.  Boring le dia..  Sudahnya baulu apam tu pun tingtong juga.. endingnya lagi dahsyat, dahle lobang2, sampai tisu dan pembungkus masuk kat air pengukus tu tanpa kusedari.  Terus reject!  Nasib baik ada yg jadi sikit2...

Lepas keluar dapur, ajak cikmat tukar baju dan keluar.  Smooth je.. tak susah macam sesekali tu.  Tapi laa.. baru kat 1st tol di Kesas dah pejam mata dia, walhal belum pukul 11 pg.  Sampai rumah Zulfa pun dia masih tidur lena.  Tinggal je kat kereta sebab kalau angkat selalu dia mengamuk.  Tapi ni pun dia buat hal juga bila terjaga tanpa umi di sisi. Tak boleh pujuk.  Maka baru beberapa minit tiba, makcik dah kena balik le... Baru nak warm up.. Zulfa pun baru je angkat air minum ke depan..(bayangkan betapa kejapnye..).

Sampai stop le kat tepi highway tu layan kerenah dia.  Last2 mak yg meragam, anak terus diam.  Itu je senjatanya.. tau pulak dia mak dia sedih.  Terus ronda highway sampai putrajaya... tapau lunch dan beli cendol penyejuk hati dan tekak kat depan apartment ni je.  Sampai rumah, makan, solat dan tidur sepuasnya (dah lama tak tido gitu..).

To Zupp, dapat tengok muka mu dan anak2 mungil mu tu dah cukup lah... Tunggu nanti Fawwaz besar, kita jumpa lagi hehehhh...

Saturday, May 21, 2011

Alfatihah Buat Arwah Nenekku Hjh Siti Makiah..

Adalah sebabnya mengapa saya teringat arwah nenek yg paling saya sayangi semasa hayatnya... Nenek atau juga saya panggil ibu/mbok, selain berkongsi tarikh kembali ke alam baqa' dengan tarikh hari lahir dan anniversary saya, adalah juga pembela ku semasa hayatnya.  Saya merasakan dia sentiasa berbangga dengan cucu yg dibelanya sedari kecil ni... :-)

Nenek adalah seorang yang berhati mulia dan pemurah.  Selagi ada dia akan menderma.  Tak pernah saya lihat dia membenci orang melainkan ada satu ketika dia sangat berkecil hati dgn insan sekeliling, dan timbul marahnya.  Namun tak lama keadaan itu.  Dia sebenarnya seorang yg sangat pemaaf dan redha.

Nenek membuat kami bersatu dan menjadi keluarga besar lagi unik.  Antara penyumbang keunikan itu adalah saya sendiri.  Apabila ibubapa saya berpisah dan masing2 berkahwin lain, maka saya dibela oleh nenek.  Saya menjadi salah satu jambatan hubungan antara bapa (bekas menantu) dan ibu tiri (isteri bekas menantu) dengan nenek.  Selama bertahun2, apabila raya nenek yg seorang inilah bakal didatangi oleh anak cucu termasuk ibu (bapa tiri dah meninggal), bapa, ibu tiri, adik beradik saya sesama juga berlainan ibu dan bapa.  Unik bukan?  Semua datang satu masa dan makan bersama... Seronok sangat masa tu.

Kemudian pakcik kedua bongsu meninggal diusia muda akibat kanser... meninggalkan seorang isteri tanpa anak.  Beberapa tahun kemudian, makcik tu kawin lagi... Bertambah besar keluarga kami sebab nenek masih menerima kehadiran mereka sebagai sebahagian keluarga kami.  Kebetulan suami baru makcik juga baik orangnya.  Hingga kini, walau nenek sudah pergi, mereka masih pulang ke kampung kami.  Makcik masih bermalam di rumah tu.. Kalau nenek masih ada, mesti dia suka..

Sebab tu bila saya membuat satu keputusan mengejut suatu waktu dahulu, nenek sentiasa terbuka hatinya.. Tidak langsung dia menolak.. malah mungkin dia mendoakan yg terbaik.  Nenek adalah yg terbaik hatinya... Sebab tu dulu ramai yang sama2 memanggil dia ibu dan memandang tinggi padanya.  Walau kekadang nenek garang dan tak sabar, sentiasa ada kasih sayang dalam dirinya....

Rindunya daku pada nenek... semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah dan di tempatkan bersama hamba2Nya yg soleh..

Monday, May 16, 2011

Hujan di Sabak Bernam

Malam ni hujan turun membasahi bumi Sg Air Tawar (atau mungkin di seluruh Sbk Bernam).  Dah lama tak hujan dan kepanasan di sini... Belum masuk pukul 11 mlm dan sunyi rumah ni.  Paksu & Cik Nyah tumpang semangkuk tpt tidur Fawwaz kat dpn TV ni.. :D  Org2 di rumah bawah pun macam dah senyap dan gelap.. Akak pulak macam tak ngantuk, sat lagi plan nak main tumblebugs buat cergaskan jari dan otak. Tidur kat luar bilik, depan TV ni memang 'cool'.. Sejak balik hari tu adalah 2-3 kali je tidur kat dalam bilik, selebihnya kat luar ni je.  Kekadang sang nyamuk ikut sukahati, curi makan...

Sepatutnya nak balik BJ hari ni, pastu tunda ke esok... tapi rasanya hari Rabu la kot baru gerak.  Bukan apa, tengok Fawwaz macam seronok sangat kat kg ni... tak sampai hati nak meragut kebahagiaan dia.  Macam ni lah jadi mak kan, selalu pentingkan anak.. :-)  Nanti kat KL berdua je, mulalah aku stress balik huhu!

Terasa lama nak tunggu Jun nanti.  Terasa lama juga tak menatap wajah suami.. Rindu sudah pasti. Sesekali saya disedarkan tentang aturan Allah... yelah, kadang kita ni merancang macam2.  Fikir pun macam2.. Masa nak balik M'sia haritu, saya plan nak sekejap je.. dalam 3 minggu je.  Tapi keadaan di sana tak membenarkan utk saya & Fawwaz ikut suami balik semula, dan entah berapa kali tangguh.  Sebelum tu saya suarakan hasrat pada suami nak balik terus Jun nanti (entah berapa kali buat permohonan..).  Saya dah tak tertahan nak bekerja semula dan makin tak betah tinggal berlama di sana.  Suami pula macam kasi dan tidak..  Rupanya Allah tak mengizinkan untuk saya merealisasikan impian itu.  Kini saya semakin redha dengan apa yg di hadapan saya.  Kerana inilah pilihan dan jalan yg saya pernah tentukan.

Tak tahulah Jun nanti macamana.... aku berhenti mengharap... ikut arus je~ Rasa nak tidur pulak.. sejuk, best!

Thursday, May 12, 2011

Panas Tapi Indah...

Indahnya kehidupan di kampung.. Tak sedar, dah 12 hari akak duk melepak kat kampung ni.  Walau cuaca sangat panas kebelakangan ni kesan ribut aere, malamnya masih tetap sejuk dan berangin.  Rumah kampung kita ni, macam kebiasaan ada 2 bahagian.  Yang di atas rumah papan, di bawah pula batu.  So, siang hari duduk je kat bawah sebab sejuk dan redup (bahagian atas berbahang) dan bila malam pindah ke atas sebab kayu ni dia cepat meresap sejuknya.  Hari ni pula seharian agak sejuk dan redup.  Sangat nyaman dan selesa... Alhamdulillah!

Saya cuba untuk tidak memikirkan kepanasan di bumi Bahrain kala ini. Kepanasan di sana yg akan mencecah 40C dan menghampiri 50C terutama menjelang bulan Jun.  Hubby dah beritahu 11 Jun saya & Fawwaz akan berangkat ke sana.. Huhuhu.. Mesti nanti saya akan merindui air sejuk yg keluar dari paip di kampung terutama diwaktu pagi... Selalunya kalau summer di sana, airnya sentiasa panas atau suam.. Heater akan berehat untuk beberapa purnama.. Aircond pula akan lebih bekerja keras.  Sesekali meragam dan rosak.. almaklum saja, benda percuma.. Hahaha.. tak payah le nak fikir benda yg sebulan lagi.. Tapi yg kena plan ni ialah stok ubat gatal yg paling power sebab daku tak sanggup nak menggaruk kulit yg kering ni.  Nak kena ambil collagen banyak2 supaya kulit sentiasa lembab... adakah??

Berbalik cerita di kampung ku yg tercinta ini... Fawwaz ada aktiviti baru.  Tengok jelah kat gambar ni..
Seksi sekali cikmat ku ini... Dahle tak mau pakai baju, suka benor main sodok2 batu kerikil... Sejak sebulan lebih ni, memang susah nak pakai baju.  Apalagi musim panas ni... Mama dia takmau paksa2, asalkan dia bahagia... Malam masa tidur je berbaju lengkap huhu!

Friday, May 6, 2011

SANA HELWA YA HABIBI..



Happy birthday to my beloved husband and abi for Ahmad Fawwaz 
- Ghazali Md Isa 
Kenalah menyambutnye sendirian di sana ye!  I thought of cooking and baking s'thing special for him... but unfortunately till today, am still here in M'sia.  Kita redha je lah ye abe... huhu!  Semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan dilimpahi rahmat Allah senantiasa.. 
Ameen!  

ZIANA ZAIN


Kala ni saya tengah menyaksikan ziana kat TV (RTM1).  Banyaknya nostalgia pada lagu2 dia...haha!  My favs among others are KEKAL and KEMELUT DI MUARA KASIH.  Kalau zaman muda2 dulu memang jiwang abis bila dengar lagu2 tu..

Antara lirik lagu kekal:
"Sayang dengarkanlah, syair kau tulis kulagukan... Moga jadi siulan suatu zaman.. dan moga engkau kan tersenyum dengar irama indah.. hanya itu yg mampu kuberi..."

Lirik lagu KDMK yg dulu selalu kunyanyi2kan:
Mengapa
Kau juga yang ku rindu... 
Walau sudah ku tahu payah bersatu hidup denganmu... 
Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku... 
Tak pernah walau dalam sekalipun... 
Kau mintaku membalas... 
Semuanya itu lambang kesetianmu... 
Bukannya mengaburi mata ini atau sebaliknya... 

Sangat le mendalam maknanya tu.... Tapi tetiba terngiang2 lagu Shania Twain "Still the One" ....I'm so glad we made it, look how far we've come my baby... huhu kejam pun ada akak nih!!!