Pages

Thursday, May 12, 2011

Panas Tapi Indah...

Indahnya kehidupan di kampung.. Tak sedar, dah 12 hari akak duk melepak kat kampung ni.  Walau cuaca sangat panas kebelakangan ni kesan ribut aere, malamnya masih tetap sejuk dan berangin.  Rumah kampung kita ni, macam kebiasaan ada 2 bahagian.  Yang di atas rumah papan, di bawah pula batu.  So, siang hari duduk je kat bawah sebab sejuk dan redup (bahagian atas berbahang) dan bila malam pindah ke atas sebab kayu ni dia cepat meresap sejuknya.  Hari ni pula seharian agak sejuk dan redup.  Sangat nyaman dan selesa... Alhamdulillah!

Saya cuba untuk tidak memikirkan kepanasan di bumi Bahrain kala ini. Kepanasan di sana yg akan mencecah 40C dan menghampiri 50C terutama menjelang bulan Jun.  Hubby dah beritahu 11 Jun saya & Fawwaz akan berangkat ke sana.. Huhuhu.. Mesti nanti saya akan merindui air sejuk yg keluar dari paip di kampung terutama diwaktu pagi... Selalunya kalau summer di sana, airnya sentiasa panas atau suam.. Heater akan berehat untuk beberapa purnama.. Aircond pula akan lebih bekerja keras.  Sesekali meragam dan rosak.. almaklum saja, benda percuma.. Hahaha.. tak payah le nak fikir benda yg sebulan lagi.. Tapi yg kena plan ni ialah stok ubat gatal yg paling power sebab daku tak sanggup nak menggaruk kulit yg kering ni.  Nak kena ambil collagen banyak2 supaya kulit sentiasa lembab... adakah??

Berbalik cerita di kampung ku yg tercinta ini... Fawwaz ada aktiviti baru.  Tengok jelah kat gambar ni..
Seksi sekali cikmat ku ini... Dahle tak mau pakai baju, suka benor main sodok2 batu kerikil... Sejak sebulan lebih ni, memang susah nak pakai baju.  Apalagi musim panas ni... Mama dia takmau paksa2, asalkan dia bahagia... Malam masa tidur je berbaju lengkap huhu!

No comments:

Post a Comment