Pages

Monday, May 30, 2011

Suka...

Subhanallah... sesungguhnya Allah maha mendengar dan mengasihani... Akhir2 ni saya amat berat hati nak meneruskan treatment Fawwaz di Hosp Ampang.  Apatah lagi bila melihat banyak perkembangan positif pada dirinya, juga pandangan dari orang2 sekeliling.  Tapi hati tetap serba salah sebab itu janji saya dulu...

Esok sepatutnya ada appointment untuk audiology test.  Lepas test tu, rancangan saya nak terus balik kampung sambil membawa mak yg sekarang ada di Ampang.  Tapi dalam hati tu berbelah bagi nak ke hospital... Sambil memikirkan 'kerelaan' si tuan badan tu.. Almaklum, dia kan suka buat show kat situ hahaha...

Tiba2 tengahari tadi, ada panggilan telefon dari hospital.  Minta untuk menunda tarikh ujian tu ke bulan Julai sebab ada masalah sedikit kat hospital.  Wah! Bagai pucuk dicita ulam mendatang... tak payah saya susah2 memikirkan utk ketika ini.  Terus cakap saya akan telefon hospital bila perlu appointment sementelah dah nak balik ke Bahrain ni.  So, ada masa lagi untuk membuat pemerhatian dan terapi sendiri terhadap si jantung hati yg seorang ni.. :);D

No comments:

Post a Comment