Pages

Saturday, May 21, 2011

Alfatihah Buat Arwah Nenekku Hjh Siti Makiah..

Adalah sebabnya mengapa saya teringat arwah nenek yg paling saya sayangi semasa hayatnya... Nenek atau juga saya panggil ibu/mbok, selain berkongsi tarikh kembali ke alam baqa' dengan tarikh hari lahir dan anniversary saya, adalah juga pembela ku semasa hayatnya.  Saya merasakan dia sentiasa berbangga dengan cucu yg dibelanya sedari kecil ni... :-)

Nenek adalah seorang yang berhati mulia dan pemurah.  Selagi ada dia akan menderma.  Tak pernah saya lihat dia membenci orang melainkan ada satu ketika dia sangat berkecil hati dgn insan sekeliling, dan timbul marahnya.  Namun tak lama keadaan itu.  Dia sebenarnya seorang yg sangat pemaaf dan redha.

Nenek membuat kami bersatu dan menjadi keluarga besar lagi unik.  Antara penyumbang keunikan itu adalah saya sendiri.  Apabila ibubapa saya berpisah dan masing2 berkahwin lain, maka saya dibela oleh nenek.  Saya menjadi salah satu jambatan hubungan antara bapa (bekas menantu) dan ibu tiri (isteri bekas menantu) dengan nenek.  Selama bertahun2, apabila raya nenek yg seorang inilah bakal didatangi oleh anak cucu termasuk ibu (bapa tiri dah meninggal), bapa, ibu tiri, adik beradik saya sesama juga berlainan ibu dan bapa.  Unik bukan?  Semua datang satu masa dan makan bersama... Seronok sangat masa tu.

Kemudian pakcik kedua bongsu meninggal diusia muda akibat kanser... meninggalkan seorang isteri tanpa anak.  Beberapa tahun kemudian, makcik tu kawin lagi... Bertambah besar keluarga kami sebab nenek masih menerima kehadiran mereka sebagai sebahagian keluarga kami.  Kebetulan suami baru makcik juga baik orangnya.  Hingga kini, walau nenek sudah pergi, mereka masih pulang ke kampung kami.  Makcik masih bermalam di rumah tu.. Kalau nenek masih ada, mesti dia suka..

Sebab tu bila saya membuat satu keputusan mengejut suatu waktu dahulu, nenek sentiasa terbuka hatinya.. Tidak langsung dia menolak.. malah mungkin dia mendoakan yg terbaik.  Nenek adalah yg terbaik hatinya... Sebab tu dulu ramai yang sama2 memanggil dia ibu dan memandang tinggi padanya.  Walau kekadang nenek garang dan tak sabar, sentiasa ada kasih sayang dalam dirinya....

Rindunya daku pada nenek... semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah dan di tempatkan bersama hamba2Nya yg soleh..

1 comment:

  1. aku nangis baca ni... rindu embah.... nenek kita memang terbaik... tiada galang gantinya.... T_______T

    ReplyDelete