Baru je balik dari kampung ni.. sejak Khamis petang dah balik ke sana. Jumaat Fawwaz ponteng sekolah huhu! Demi nak memenuhi appointment dgn Cik Dentist di klinik gigi kerajaan yang comel dan manis tu.. Haha! Punya susah payah nak jumpa dentist je kena balik kampung... Sebabnya, saya dah memulakan lama dulu, masa mula2 balik dari Bahrain. Jadi kena teruskan le, dah alang kepalang berulang alik ke klinik tu. Saya ni mudah give up separuh jalan. Sejak dua menjak ni, kurang sikit.. Tu yang gigih driving ke kampung dengan Fawwaz.
Sebelum sampai ke rumah kuning, singgah dulu rumah mak. Nak hantar sebotol lagi VeMMA sambil tengok keadaan dia. Mak baru lepas demam 2 hari. Yang sakit2 dan panas badan sebelum ni dah hilang. Yang keluar tepung2 putih kat celah2 jari kaki yang bengkak pun dah tak keluar.. Saya andaikan sendiri, itu toksin keluar dari kaki yang bengkak tu. Tapi mak kata kaki tu macam dah kurang bengkaknya... peha pun dah kurang sakit..Alhamdulillah. Ini penangan selepas minum VeMMA. Mudah-mudahan ada kesan positif selanjutnya... Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar mak sihat sepenuhnya macam dulu. Mak tu belum la tua sangat.. awal 60an je.
Saya sempat juga singgah rumah bapa untuk beri sebotol juga.. Memang saya bagi sikit2 botol dulu supaya selalu saya singgah/balik.. Itulah antara taktik untuk menjadi anak solehah yg lebih istiqamah.. hihi! Bapa lagi hebat penyakitnya.. dari gout, darah tinggi, jantung, macam2 lagi lah.. duk keluar masuk spital je! Mudah2an murah rezeki saya untuk supply VeMMA ni sampai mak & bapa sihat dan sembuh.
Saya pula masa driving balik KL tadi, terfikir-fikir yang kaki saya yg selalu lenguh-lenguh dan ngilu ni dah tak meragam macam selalu. Walau memandu ke sana-sini, kaki OK je. Kalau tak... asyik nak picit2 dan nak sapu yoko2. Macam balik yg lepas, siap kejang kat tengah jalan. Itulah... dulu kecik2 kita tak minum susu, tapi minum kopi... sampai ke tua hehehh!
Moga2 semua mereka yang minum VeMMA ni benar-benar memperolehi penawar kepada penyakit2 tu dengan izin Allah. Ingat, VeMMA bukanlah ubat, tetapi supplement yang kaya dengan khasiat alam semulajadi. Selain ianya berbentuk cecair yg lebih mudah menyerap ke badan (mcm gambar tu..), ianya juga adalah produk yang dipasarkan dan diiktiraf di merata dunia. Jangan berkira dengan harganya, kerana bila kita dah sakit, harga itu bukan ukuran. Kos akan menjadi lebih tinggi lagi untuk pelbagai rawatan. Mencegah lebih baik dari merawat..
No comments:
Post a Comment