Pages

Wednesday, June 6, 2012

Apabila Pergerakan Terbatas

Sejak balik semula ke KL Ahad lepas, sebenarnya macam-macam yang saya fikirkan.  Selain dari masalah IPTV dan sakit gigi.  Kes IPTV (unifi) ni dah selesai semalam.  Rupanya senang je nak rectify the problem tu.  Switch off main plug tu ganas2 sikit.  Hari tu CS tu cuma sempat suruh switch off router dan decoder, lepas tu terputus perbualan sebab saya guna phone rumah yg juga menggunakan router yg sama.. kihkih!  Semalam dia suruh tutup plug yg menyambung kesemua TV, router, modem dan decoder.  Tap! Saya tutup terus.  Lepas tu on balik.. keluar perkataan 'network error' kat TV.  Kemudian saya reboot decoder tu.. tadaaa! Keluar gambar. Sonang yo rupo eh!!!

Perihal gigi pulak... Saya terjumpa ubat titik Hurix yang penuh rasa cengkih tu.. Dulu itulah bekal ubat saya ke Bahrain.  Pernah sakit gigi masa mula2 balik sana, saya guna ubat tu je sampai balik semula ke Malaysia lebih sebulan kemudian.  Bagus ubat tu untuk sesiapa yg alergic nak jumpa dentist yg tak digemari.  Malam kelmarin saya sapu dan terus sakit tu hilang. Dapat tidur lena. Tapi malam tadi Ahmad Fawwaz sudah main dan kasi pecah dan tumpah semua ubat yg sebesar sampel minyak wangi tu.  Satu ruang bau cengkih! Nak bagi pengajaran sikit umi sapu sikit ubat tu kat mulut dia. Ha! Kejam tak aku? Menangis2 cikmat sambil sapu-sapu mulut dia.  Mesti berangin je.. pedas jangan tanya. Baru umi basuhkan mulut dia dan suruh minum air banyak2.  Usik lagi benda2 yg bukan permainan... (garang tak akak?).

Hari ni rasa nak buat macam-macam bila menyedari potensi diri yg sebenar.  Tapi sebenarnya dah lama tau, cuma tak semangat je. Nak bisnes macam-macam. Untuk bulan puasa, raya, hari-hari, hari depan.. pergh! lots of ideas gitu!  Kalau dapat keluar ni mesti makin bercambah.  Tapi apakan daya, dah duduk di Malaysia pun masih terbatas pergerakan. Agak-agak nak jalan jauh sikit, pandang Fawwaz, terus hati kata tak jadi. Malam tadi dia tidur cuma <> 6 jam.  Sepatutnya dia akan tidur siang bila-bila masa. Tapi tak jugak, aktif je sampai petang ni. Dan selalunya, kalau masuk kereta je dia pun layu kena angin aircond agaknya.  Umi tak mau ambik risiko. Walau teringin nak jenguk kawan di hospital, takut sampai sana dia tengah tidur lena.. atau tak boleh masuk wad (pernah jadi kat HKL masa weekday).  Nak pergi MyMydin kat sebelah ni pun terus takde hati.

Takpelah, sekurang-kurangnya selain update blog, saya juga buat kerja lain. Tengah buat perancangan juga kajian untuk diaplikasikan nanti.  Biar lambat, tenang dan bergaya.  Saya tak impikan hidup yang huru hara sangat, tapi tetap nak kaya.  Mesti nak ada masa untuk keluarga di rumah dan juga rakan2. Dan, semuanya biarlah kerana Allah Taala.


4 comments:

  1. Salam Cik Siti:)

    Saya terjumpa blog melalui google search. Sekarang saya tinggal di Saudi, tetapi selalu ke Bahrain shopping:)

    Just nak tanya... kat mana nak beli abaya di Manama (or area berdekatan)?

    ReplyDelete
  2. Salam Kookaburra :)

    Nak cari abaya dgn reasonable price di Manama Souk. Explore ke dalam sikit dan akan jumpa banyak kedai abaya dan mesti tawar menawar. Selalunya utk customer M'sia akan dapat price murah berbanding org Bahrain sendiri (kata penjual lah..) :D

    Atau ke Muharraq Souk.. bagi saya design lebih cantik dan modern tp lebih mahal sedikit.

    ReplyDelete
  3. tq so much:) insya allah nak cuba tengok end of this month.

    terima kasih ya?

    ReplyDelete
  4. OK.. no problem. Selamat bershopping.. ;)

    ReplyDelete