Pages

Friday, June 29, 2012

Kisah Hati

Dah lama saya tak merapu di sini.. eh! Lama sangatkah? Boleh la tahan lamanya.. Dah lama juga tak buka blog yang satu ini.  Konon-kononnya sibuk hahahh.. Harini saya buat kek seperti di bawah.. bermula dari pukul 8 pagi, siap deco dah dekat pukul 3 ptg.  Otak jam sikit masa nak deco tu..

Sejak rajin mem'baking' dan bermain-main tepung di dapur, saya dah agak kekurangan masa.  Setakat di FB tu adalah lagi... untuk mempromosi kek-kek saya tu.  Alhamdulillah, ada juga sambutan sikit-sikit dari kawan-kawan.  Rejeki.. rejeki.  Pertamanya, saya seronok bila kawan-kawan suka dengan hasil airtangan saya.  Seronok dapat berkongsi rasa.. Dan setiap kali saya masak, akan saya sertakan selawat dan doa agar pemakannya dikurniakan kesihatan yang baik dan juga kasih sayang.  Bukan doa pengasih ye! Lain macam pulak.. hehehe!

Tapi kadang tu, walau hari-hari kita buat tu, masih berlaku kesilapan.. kecuaian.  Entah kenapa saya agak 'clumsy' bila buat kerja di dapur.  Mungkin saya jenis kelam kabut nak lakukan semua benda dengan cepat.  Dapat pula kalau si kecik ada kat rumah atau tak sekolah.. menambah kecelaruan macam hari ini.  Kisahnya, hari ni Fawwaz tak ke sekolah.  Saya bagi 2 options, sekolah boleh atau tak sekolah pun boleh.  Sebab dah lebih 2 hari dia sakit perut.  Malam semalam jumpa Dr, dia kata memang ada kembung sikit.  Digestion problem, tu yang macam angin kat perut.  Dr pun bagilah ubat... 3 jenis kesemuanya - muntah, sakit perut dan angin.  So, kalau tak sekolah, saya boleh bagi dia makan ubat yang boleh menyebabkan dia kerap membuang air besar.

Rasa2 boleh ke nak bagi dia makan ubat-ubat tu?  Mmmm... hampeh!  Seawal pagi saya dah masukkan ubat tahan muntah ke dalam susu (ikut saranan Dr jika susah nak makan gitu2 je).  Dia tak mau minum.. Kesian, saya tukar susu yang lain.  Sampailah ke petang, tak berjaya pun... Lemahnya mak bab2 nak kasi makan ubat ni. Tu yang selalu cari ubat alternatif macam klinik elektronik haritu.. Ubatnya ala2 pil manis je.  Suka je dia makan satu persatu walau banyak.  Kadang-kadang perkara yang kecik ni pun boleh buat mood saya tergelincir sikit.

Dan pagi ni juga saya dok layan fikiran2 separa negatif yang mengimbas zaman-zaman saya masih bekerja hingga saat ini.  Apa yang saya hilang dan apa yang saya dapat.. Apa yang saya bisa luahkan dan apa yang bulat2 saya telan.  Ohh.. sebenarnya saya seorang yang sukar meluahkan atau bercerita tentang sesuatu.  Bila tercuit perasaan, saya hanya akan bercerita kepada diri sendiri.  Boleh dikatakan hanya seorang dalam lingkaran hidup saya yang tahu dan faham kehidupan saya.  Kerana kami punyai persamaan yang sangat hampir.  Kami umpama cermin kepada diri masing-masing.  Kami ditakdirkan untuk redha atas segalanya.

Pagi ini dalam kepala ni asyik nak berfikir tentang tanggungjawab... Kemudian kesukaran dan cabaran dalam memperbaiki kehidupan ni.  Teringat pula saat2 saya bersemangat nak masuk kerja semula.  Kesukaran nak cari penjaga serta taska bercirikan muslim.  Akhirnya saya menyerah untuk tidak bekerja. Apatah lagi bila suami menyuarakan hasrat membawa kami pindah ke Utara.  Tiba-tiba, dalam minggu ini, saya ternampak satu poster taska islamic yang sangat dekat dari rumah ni.  Mmm.. selepas 6 bulan!  Selepas saya tidak berfikir tentangnya.  Memang bukan rezeki saya..

Apa-apapun, saya bersyukur dengan rezeki hari ini.  Jawaban Allah kepada dhuha saya.  Jawaban Allah kepada doa dan zikir2 saya.. Alhamdulillah.  Dalam kehidupan ini, jangan ada perasaan menyerah.. Kikis segala perasaan kecewa. Berusahalah selagi terdaya.  Gunakan kebolehan dan kelebihan yang Allah beri.  It is all gifted!  Jika orang lain waima yang terdekat tidak faham hati dan kehendak apatah lagi perasaan kita, Allah sentiasa ada untuk memahami malah bisa memberi lebih dari itu.  Ya Allah, segalanya adalah kerna Mu..

No comments:

Post a Comment