Akak sakit gigi ni.. adoi!! Sangat tak suka sakit gigi. Dah sejak minggu lepas rasanya, tapi saya buat endah tak endah. Bukan apa, terpaksa. Sebab takde masa sangat nak jumpa dentist. Terkejar2 sana sini. Nak jumpa dentist kena kat Sg Besar pulak tu. Klinik Norhaya yang entah berapa kali saya miss nak ke situ. Sehingga memaksa saya pergi ke klinik lain dan berakhir dengan rasa tak puasa hati.
Terakhir, saya ke klinik kerajaan. Memang harus untuk tak puas hati sebab bayarannya cuma seringgit dua. Layanan amat baik, cuma rawatan tak mencapai tahap yang saya mahu. Yelah.. dah cuma bayar seringgit berbanding seratus ringgit di Klinik Norhaya.. :D Yang paling tak faham, datang hari ni untuk periksa.. rawatannya paling cepat minggu depan atau minggu2 lain. Kalau kat swasta tu, sekali harung boleh selesai, siap di 'polish'nya gigi kita ni. Ada satu dentist yang saya pernah jumpa di Puchong, dia siap floss lagi gigi akak.. Agaknya akak floss tak cukup baik hihi..
Sakit gigi ni ibu kepada segala kesakitan.. Pening fikir camna nak solve sebab sapa je nak jaga si Fawwaz ni. Lagi pening, akak baru je balik kampung, so terlepas sudah. Kena cari yang dekat2 je. Lepas tu tak sedor diri, makan benda2 manis je.. kek la, nescafe la.. mmmm adodoii!
P/s: Lagi buat tak best ni, dah lah sakit gigi... TV (unifi) tak boleh nak display sejak semalam balik dr kampung. Report kat CS, dia suruh buat macam2 benda tak bijak seperti betulkan kabel, pastikan kabel di tempat yag betul (walau akak tau itu basic prosidur dia utk layan komplen).. Lepas tu dia suruh off router dan decoder. Masa tu akak guna phone rumah (unifi).. Abis le conversation tahap tu dan malas nak call balik. So, problem not solved.. harap2 masuk dalam list complaint jugak. Lepas tu sejak dulu nak register online tak dapat hingga kini.. macam2 lagi lah! Jengkel hati akak... Terpaksa esok menapak ke kedai unifi. Nasib baik ada satu kat tempat sebelah ni je.. Tu pun tak tentu lagi... erkkk! Tak tau nak bebel apa lagi.. Mujo juga internet nya OK. Ni je lah penawar duka.. Fawwaz lak, mujo ada DVD player.. ulang2 je lah Pocoyo ngan Tom n Jerry tu.. So far, no complaint from him ahaks!
No comments:
Post a Comment