Pages

Monday, November 26, 2012

Al Fatihah Buat Ayahanda

Hari Rabu 21 November 2012 bersamaan 8 Muharam 1434, ayahanda saya, Abu Sujak b Hassan telah kembali ke Rahmatullah.  Begitulah perjanjiannya dengan Allah.  Sebagai anak, saya hanya mampu redha.  Yang tinggal hanyalah doa kita sebagai anak buatnya. Semoga rohnya tenang dan sentiasa dirahmati Allah di sana.

Arwah memang menghidap pelbagai penyakit dan sering keluar masuk hospital.  Dalam 2-3 tahun ni, sering dalam emergency mode. Tapi, rasanya tahun ni hanya sekali dia dimasukkan ke hospital pada awal tahun.  Dan selepas beberapa hari keluar, seperti biasa dia sudah mampu menaiki motosikal ke mana2 hingga ke saat akhir. Itulah semangatnya dan peluang yang Allah kurniakan.

Segalanya bagai tak disangka.  Arwah bapa sempat menikmati durian sehari sebelumnya.  Malah waktu saya balik pada Awal Muharram lepas pun emak mengadu dia menghabiskan sebiji durian. Walhal dia menghidap darah tinggi. Emak risau, saya kata takpelah, buat ubat teringin.  Malam terakhirnya dia sempat juga ngeteh di warung kegemaran selepas solat Isya' di masjid.  Selagi terdaya menunggang motosikalnya, memang bapa akan solat di masjid. Dan di tengah malam tu lah, menurut emak, bapa mengadu sesak nafas, tidak boleh tidur.. Dan pagi itu sekitar pukul 7, bapa menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak.

Sejujurnya saya tidak berapa rapat dengan bapa berbanding adik beradik lain, kerana tidak tinggal bersama sedari kecil.  Namun, setiap kali pulang ke kampung, saya wajib menziarahinya walau sekejap saja.  Agak kerap juga saya menjenguk dia kerana saya memang kerap balik kampung.  Hampir setiap bulan dan kadang2 tak sampai sebulan.  Kenangan bersamanya sedari kecil hingga dewasa tetap ada.  Sayangnya, kala dia pergi, hati anaknya ini tidak tenteram. Bukan kerana menangisi pemergiannya, tapi lebih kepada terguris kerana perkara lain. Kecewa kerana merasa tidak dihormati dan diadili oleh insan penting dalam hidup saya. Tidak mengapalah... Biarlah daku menjadi insan pemaaf.  Tapi mampukah untuk melupakan? Ya Allah, bantulah daku untuk menjadi insan yg sentiasa redha, merendah diri, sabar dalam segala perkara dan menjauhi sifat2 mazmumah.

Semoga bapaku ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.  Sebagai anak, jangan lupakan doa terhadap ibu bapa terutama selepas solat.  Juga sentiasa hadiahkan al fatihah kepada mereka walau hidup atau telah tiada.  Baru kita akan tenang dan bahagia, kerana dari situlah berkatnya.

2 comments:

  1. takziah kak, sudah ketentuan-Nya arwah pergi meninggalkan kita,sama2 kita sedekahkan alfatihah..

    akak sgt kuat m'hadapi semua ni..tp tu la kan, berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..kadang2 rasa nak lari duduk jauh2 nak tenangkan hati, melayan rajuk hati..tp x de kesudahan bila dipikirkan balik.. cuba nak jd insan pemaaf mcm akak, tp x sampai juge ke tahap tu

    ReplyDelete
  2. Thanks ayu.. In shaa Allah.

    Memang kena kuat. Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.. hehe! Bila melihat satu kekurangan pada seseorang, kumpulkan pula kebaikan2 yg dia buat pada kita.. huhuhu!

    ReplyDelete