"Hello abi! It's me.. Fawwaz"
Hehe.. skema je Fawwaz angkat dan jawab telefon bila abi dia called. Lepas tu cepat2 dia pass kat mama dia telefon tu. Langsung tak mau layan abi sampai ke sudah.
Mama tak habis2 fikir sekolah tadika macamana yang sesuai untuk Fawwaz tahun depan. Dah nak masuk sesi 6 tahun. Cakapnya banyak dalam English walau maknya cakap melayu mamanjang. Kalau mak speaking tu maknanya biar cepat dapat respon.
Nak sekolahkan aliran Melayu, bimbang macam tahun ni, tak berapa meningkat pemahaman dan struktur bahasanya. Minat pun tak seberapa sebab walau tunjuk buku Bahasa Malaysia, sebutannya tetap English. Nak masukkan ke tadika aliran English, bimbang menjadi masalah bila masuk tahun 1 nanti. Duk fikir sorang2 je, takde pulak abi nak bagi pendapatnya huhuhuu.. Jadi mak memang selalu terlebih fikir.
Lagi satu, dah cemuih mak duduk memerap kat rumah. Tak boleh nak keluar sangat. Tak boleh nak ber'projek' secara efisien sebab susah nak keluar cari bahan mentah. Semua sangkut. Sebabnya, dia tak mau ikut.
"Fawwaz, jom keluar.. mama nak pegi kedai"
"Don't know (don't want)... (nak) tunggu.."
OK... mama tak jadi pegi... :'(
No comments:
Post a Comment