Apakan daya.. aku hanya mampu berangan. Abis nak tinggal budak kecik ni dgn sapa? Nak pegi urut kaki yg 1/2 jam tu pun tak sempat bertahun2 lamanya. Huhuhu..
Hari ni cuba menyempurnakan tempahan pau yg terakhir untuk seorang kawan lama. Dia nak 10 peket je. Patutnya dah siap.. Dan kalau dah siap tu, rasanya terus nak cuti mengepau sampailah tahun depan. Dah tak mampu nak guna kederat ni. Mesin tu nak kena hantar ke kilang balik untuk repair. Patutnya esok. Nampak gaya tak dapatlah sebab berat sangat. Ingatkan dia nak datang buat kat rumah..mmmm. Harap2 abe datang nanti sempat nak hantar dan ambik. Kalau tak, ku simpan je dalam stor nanti.
Batch pau terakhir tadi ialah inti ceklat. Dapatlah 4 pek. Oklah sebab customer nak inti pelbagai. Tapi bila saya test masa panas2, terasa masam sikit inti tu. Padahal baru buka bungkusannya dan belum pun expire. Terus makin longgar kurasa sendi2 nih! Penat menguli tak hilang lagi. Kalau dah masam, tak bolehlah jual. Saya pun tak pasti rasa inti yg sebenar2 sebab yg selalu makan pau inti ceklat ni Fawwaz lah. Tak sempat nak rasa dia habiskan dulu haha. Nampak gaya kali ni tak dapat nak memenuhi permintaan pelanggan sangat. Dari 3 inti, yg boleh supply cuma 1 iaitu inti kacang. Itu pun mujur cousin bawa dari kampung sebab yang kat kedai sini takde tanda halal.
Nak berangan pergi SPA lagi. Takpun buat facial yg lepas tu dia urut2 belakang & bahu kita.. Takpun buat reflexology kat Marvell tu. Huwaaa... bestnya! Bila ada orang teman Fawwaz, kita pulak tak dapat pegi. Ada je sebabnya. Balik kampung hari tu pun tak dan nak panggil makcik urut. Sehari ke rumah mak, sehari umah bapak.. gi umah mak lagi. Habis sudah cuti :) Macam tu lah saya ni. Sesekali balik kampung, harus untuk bahagi2kan masa. Takpelah, sementara masih ada mak & bapak. Itulah uniknya hidup akak ni. Yang seronok Fawwaz lah. Betapa enjoynya dia di rumah tu sampai mama dia ke mana pun tak mau ikut. Sama macam kalau kat rumah KL ni. Rela duduk sendiri kat rumah.. Ingat dia dah besar ke??
Tadi abe pun dah calling2, cerita pasal rumah. Macam dah dapat rumah sementara tu, tapi belum tengok dalamannya. Dekat dengan tapak rumah, so senang nanti nak monitor projek. Akak ala2 angguk2 je. Rasa makin lemah bila fikir nak pindah, hijrah, dsb. Tetiba rasa nak syahdu. Tetiba nak rasa serabut. Rasa malas nak meneruskan yg pending ni. Apa je lah ye... Agak2 best ke ye duk tempat baru? Mesti lepas ni payah dah nak gi KL ni. Kalau yak payah pun, malas sebab jauh. Sobs!!
Terasa2 buat ni..
Kaki orang.. bukan kaki akak :D
No comments:
Post a Comment