Saya baru saja 'browsing' dan terjumpa artikel yang sangat baik ini untuk menaikkan semangat kita yang masih baru dalam dunia bisnes. Artikel tersebut adalah dari http://alamonline.net/ yang saya 'bookmark' untuk bacaan akan datang.
Apa yang menarik minat saya dalam tajuk 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan ini ialah teknik 'affirmations' bagi mem'program' semula minda separa sedar kita yang sering dipengaruhi oleh fikiran-fikaran yang negatif. Contoh yang saya boleh beri di sini ialah ayat "Betul ke boleh buat duit dengan benda ni? Nanti rugi macamna? Aku dah keluar duit banyak ni...".
Jadinya, silalah tukar ayat tersebut dengan "InsyaAllah aku boleh buat.. Aku dah berjaya jadi usahawan ni. Tak lama lagi aku jadi JUTAWAN macam dorang tu.." :)
Tips seumpama affirmation ini sebenarnya boleh digunakan untuk apa saja tujuan kita samada dalam bisnes, pelajaran dan apa saja. Ia umpama menentukan matlamat (goal) kita. Tuliskan pada kertas, kalau boleh besar-besar, agar minda separa sedar kita dapat menangkapnya, lantas meresap masuk ke tubuh kita dan mengeluarkan energi positif. Letakkan di mana-mana tempat yang kita mudah melihatnya, atau jika kita punya board khas utk itu lebih baik. Baca setiap hari atau setiap masa kita lihat.
Oleh itu, suka saya tuliskan di sini, bahawa
"Saya sedang menyedut kekayaan, kebahagiaan dan kesihatan untuk datang dan melingkari diri saya ini"
No comments:
Post a Comment