"Pagi ini kupelajari sesuatu... berdakwah itu tidak semudah yg diucapkan secara lahiriah. Jauh di dalam hati kena ikhlas dan merendah diri... Jangan pernah terfikir ilmu kita sudah tinggi, hati kita sudah sangat baik, untuk memperlekehkan kerja orang lain. Memang kita mudah melihat salah orang lain, tanpa sedar orang juga menilai kita... Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik di dunia ini." - status fb saya kejap tadi.
---------------------------
Pagi tadi saya sempat menangkap hanya sebaris ayat seorang ustaz dengan nada kesal di Radio IKIM iaitu "pada zaman ini berdakwah cara Rasulullah dianggap ekstreme..". Kerana saya agak kalut nak keluar, saya tak mendengar terus ucapan2 tersebut. Jadi saya tinggalkan persoalan yang saya sendiri tidak arif..
Kemudian, saya bertemu seorang ustaz lain dengan tujuan berbeza, bersama makcik saya. Katanya pula, kita ni kalau tak cukup ilmu atau tak tahu jangan buat2 tahu. Kalau kita belajar pun (dapat ilmu), kalau tidak ikhlas nak buat apa? Nak cuba menyampaikan kepada orang, tetapi hati kita sendiri tidak bersih (macam longkang? huhu...)
Sebenarnya 2 perkara ini sering berlegar-legar di fikiran saya kebelakangan ini. Yang membuat saya sering di persimpangan dilema... Agak sukar untuk saya jelaskan, tetapi cukuplah untuk PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI. Kata kuncinya ialah menjauhi sifat yang terarah kepada RIAK, merasakan kita sudah cukup ilmu terutama yg berkaitan dengan agama. Kita mungkin mahu berdakwah, tetapi dalam waktu yg sama, nada kita itu keras. Kita mempertikaikan kebaikan orang lain, tahap ilmu orang lain, mengungkit kebajikan yg dilakukan orang lain... Sedangkan penilaian atas sesuatu kebaikan itu bagi saya Allah yg empunya hak untuk menilai dan memberi kredit. Sedangkan kita berbuat sedekah dan kebaikan kepada sang anjing, binatang najis mughallazah itupun Allah bagi pahala...
Kita menegur orang untuk berbuat baik, sedangkan kita tidak menjadi contoh yang baik..kita sendiri melakukan apa yg kita selalu tegur tu. Tak apalah, asal niat kita baik itu, InsyaAllah ada juga kreditnya... Tetapi sungguh muak kalau terus-terusan melihat kesalahan orang sehingga memaksa orang2 menilai diri kita. Memaksa untuk orang2 menjauhi kita. Dan kita akan menyalahkan orang yg menjauhi kita itu, tanpa memikirkan kenapa?
Cuba lihat pada diri kita dan membuat pertanyaan sendiri... Kenapa dengan hanya pertemuan singkat orang boleh menilai keburukan kita? Kenapa orang menjauhi kita? Kenapa orang tak mesra dengan kita? Kenapa orang gerun tengok kita? Kenapa orang tak kenang jasa kita? Betulkah nawaitu kita selamakini? Ikhlas dan bersihkah hati kita? Adakah kita benar2 "walk the talk"?
Banyak pula ye nak tanya... Bukan apa, saya risau jika diri ini tersasar.. Dalam waktu yg sama, leka untuk sampai-menyampaikan. Saya juga sedang mencari dan menggali, bimbang belum sempat, orang gali dah lubang kuburku. Tapi jika kita ikut pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat..", maka semakin ringan beban fikiran ini. Apa2pun, apabila melihat sesuatu yang bukan di tahap ilmu pengetahuan atau di luar kotak pemikiran kita, maka belajarlah untuk bertanya, mendengar dan melihat dengan matahati. Bukan untuk "jump into conclusion". Wallahualam bissawab.
No comments:
Post a Comment