Pages

Thursday, March 8, 2012

Aku, Vemma dan Plants vs Zombie

Kata2 di bawah ini saya perolehi dari Irfan Khairi melalui buku "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor yang dibacanya.

"mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan"

Dalam semangat yang sedang membara ini, saya suka membaca perkara-perkara yang lebih berunsur motivasi dari mendengar kata-kata yang negatif.  Walau setakat ini belum ada yang terang-terangan merendah-rendahkan semangat saya ini, pasti ada di luar sana prasangka buruk terhadap perniagaan seumpama ini.  Tak caya cuba lah google.  Mesti ada!

Tapi, kalau kita ikut kata-kata mereka yang telah terbukti berjaya, akan kita temui jawabannya.  Contohnya, ada yang mengatakan business penipu!  Dan jawabannya, kalau kita rasa ini skim cepat kaya yg tanpa usaha boleh dapat ribuan ringgit, dah tentu salah! Memanglah penipu!  Samalah juga dengan bisnes yg lain2 tu.. perlulah ada usaha.  Perlu rajin...

Dalam keadaan begini, kadang-kadang kawan dan saudara memainkan peranan.  Kawan yang baik, akan memberi galakan dan sokongan walau tak turut serta.  Paling2 mereka doa untuk kita... Kawan yang patut dijauhi ialah yang dan-dan tu cakap bisnes penipu.  Kawan yang mengetawakan kita.  Kawan yang sinis dengan semangat kita.  Kawan yang tak pernah cuba, tapi tau nak menggagalkan kita. Mungkin mereka pernah cuba dan gagal, tapi tak bermakna orang lain pun akan turut gagal.  There's nothing easy in the world!!

Takpelah.. yehaaa!! Saya masih happy sebab en abe yang paling menggalakkan usaha saya.  Dia dah balik ke Kedah ni.. baru kejap tadi saya hantar ke SkyPark Subang. So, saya akan lebih kreatif kejap lagi tanpa dia di  sisi.  Jahatkan aku!?  Iyalah.. kalau tidak berebut tempat ni je, walau lappy ada banyak.  Wahhh.. banyak?  Memang, termasuk iPad, ada 4 biji.  Abe kita pun buat sesuatu secara online bertahun2 lamanya, dah terbukti dia mampu menjana pendapatan tanpa perlu menjadi engineer semula.
Bila dia dan conquer netbook comel lagi baru saya ni, saya pun akan membawa diri ke dalam bilik dan bermain 'plants vs zombie" hahahh!  Macam ketagihan baru selepas tumblebugs dulu2...  Fawwaz pulak jadi tukang sorak.  Konon2 dia lebih terer dari mama dia ni.

Moga-moga mudah perjalanan saya ni.. Allahumma yassir wala tu'assir... Moga2 inilah jawaban untuk dhuha saya selamakini..

Kenapa Saya Join Vemma

  • Saya memang selalu membaca tentangnya melalui internet.  Sangat 'impressive'.  Saya fikir ada masa depan
  • Saya mahukan kebebasan wang dan masa
  • Saya mahu menjaga kesihatan dengan produk yang terbaik dan sangat eksklusif ini.  Harganya sangat mahal dan saya mahu mendapatkannya secara percuma dengan cara yang ada
  • Saya tidak mahu terbelenggu dengan tugas-tugas pejabat yang tiada kesudahan di samping politik pejabat yang pasti wujud (sebenarnya saya dah tak ada peluang pun sebab keluarga memerlukan saya di rumah)
  • Saya tak mahu diarah boss apalagi rakan sepejabat
  • Saya tak mau buat laporan (report) dan proposal banyak2..!
  • Saya tak mahu menongkah jalan jam di pagi dan petang hari.  Saya mudah stress nanti
  • Saya mahu melakukan perniagaan yang tidak perlu berjumpa atau menjual barang kepada pelanggan.  Cuma perlu 'promote' saja secara online atau offline sikit2.. Saya phobia jual barang
  • Segalanya boleh dilakukan dengan hanya di hujung jari.  Ada sistem bantu..
  • Kerana saya perlu mengeluarkan modal, saya perlu bertanggungjawab ke atas pelaburan tersebut.  Jadi, kenalah bekerja keras sikit.. cergaskan otak ni, please.. ;)
  • Saya mahu mencabar diri saya!!!  Berani menongkah arus.. Kerana peluang itu ada dan jangan biarkan ia berlalu pergi begitu saja.  Buang negative mindset jauh-jauh!!
  • Saya mahu mengubah diri saya yang semakin 'lena' ini.. Saya bimbang saya menjadi malas dan kehabisan wang simpanan
  • SAYA NAK JADI SIHAT DAN KAYA!!! Dan boleh membantu insan lain nanti...

Wednesday, March 7, 2012

Khasiat Supplement Vemma



Anda perlu mengambil:
  • 2.66 biji oren untuk mendapatkan Vitamin C
  • 9.6 buah avocado untuk mendapatkan Vitamin E
  • 3.09 jambak brokoli untuk mendapatkan Zat Besi
  • 55.55 biji telur untuk mendapatkan Vitamin D
  • 1.78 cawan bayam untuk mendapatkan Vitamin A
  • 3.88 cawan kacang pea untuk mendapatkan Thiamin
  • 19.76 biji pisang untuk mendapatkan Riboflavin
  • 62.5 auns keju cheddar untuk mendapatkan Vitamin B 12
  • 5.14 biji ubi kentang untuk mendapatkan Niacin
  • 61.54 cawan tomato untuk mendapatkan Asid Folic
  • 2.46 biji tembikai untuk mendapatkan Vitamin B 6
  • 37.17 ketul cendawan untuk mendapatkan Asid Pantothenic
  • 17.89 auns buah ceri untuk mendapatkan Nilai ORAC

yang ada di dalam 2 auns Jus Manggis Vemma

Sumber: USDA Nutrient Data Laboratoty, High ORAC Foods May Slow Aging - Agricultural Research Service, Februari 1999

Tuesday, March 6, 2012

Jom Bekerja Dari Rumah

Petang ini, setelah berbulan-bulan saya memikirkan, akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai Vemma.  Saya sendiri yang mula menghubungi melalui email Siti Hajjar (kini upline saya), yang berpangkat 'Executive' di Vemma Malaysia.  Bukan eksekutif macam kat ofis tu ye chek.. tapi ni pemimpin ranking ke-6 dari 12 yg ada.. :)  Kemudian kami pun merealisasikan perjumpaan pada petang ini di McD TPM.

Ya! Saya kini sudah melangkah ke dunia business yang tidak perlu untuk 'terhegeh-hegeh' nak jumpa orang!  Saya phobia nak menjual barang kat orang.  Tapi yang ini, saya cuma perlu buat sambil melayan FB, blog dan lain2 di sini.

Berniaga Vemma ni dibantu oleh sistem auto-responder.  Ianya juga boleh dilakukan secara part time atau full time, ikut kehendak kita sendiri.  Ianya juga buka skim cepat kaya atau skim tunggu wang turun dari langit.  Mestilah nak kena ada usaha.  Kalau rajin macam upline saya dan rakan taulannya tu, pasti dan2 tu anda akan rasa nak berhenti kerja.  Boleh join korum saya yg memang dah berhenti ni.

Vemma adalah produk kesihatan.  Kita beli, kita makan sendiri (atau beri kepada ahli keluarga, rakan2, dll).  Sapa yg nak beli, kena buat macam kita juga.  Silalah jadi DOWNLINE ku.. :D  Kalau rasa tak yakin lagi, sila google akan kehebatan Vemma dan skim ini.  Lepas tu silalah jadi DOWNLINE saya juga.. hehehe!  Kita boleh sama-sama bekerja dengan tanpa gangguan orang lain.. tanpa politik pejabat yg menjadi2.. tanpa perlu pening memikirkan anak2 dan keluarga di rumah.  Kan ini pekerjaan idaman ramai wanita???

So, kalau malas nak google, saya link kan pada website yg lengkap info nye ni.  Bila dah terbuka hati, bolehle PM saya ye!!  JOM KAWAN2... JOM! JOM! JOM BERSAMA VEMMA!!!!

Akan datang saya akan cerita tentang testimoni, plan dan sebagainya ye.  Saya tengah bersemangat ni!! Bye..


Monday, March 5, 2012

Redup Cuaca

Pagi ni saya menerima senyuman manis dari ibu yg saya 'mengata' tempohari.. Hehe.. Alhamdulillah.  Semoga hari ni hidup kami lebih ceria dan bahagia..  Bahagia saya lebih sebab Fawwaz tak banyak kerenah pagi ni untuk ke sekolah.  Yg saya suka lagi, saya dah ada 'assistant' kecik yg akan menyambut di pintu pagar.  Bila ada dia, Fawwaz pun mudah sikit nak masuk.  Siap nak tolong pegangkan beg lagi.  Ohhh.. rasa macam abang2 je, padahal sebaya :D

Dan... balik tadi Fawwaz lambat sikit muncul di depan pintu pagar kecil tu.  Sampai2 je dia menunjukkan tangannya, tapi tak bagi pegang.  Sampai rumah pun tak bagi kita tengok. Hampir sejam kemudian baru saya perasan yang seluar sekolah tu dah berlubang.  Mmm... dah 2 helai berlubang.  Sah2 jatuh.. tergarut sikit kat lutut dan tapak tangan.  Tak bagi langsung sentuh.  Ini mesti terlebih speed berlari masa balik tadi.  Tau lah budak2 tadika ni.. Terlepas je dari kelas, masing2 jadi sprinter!  Takpe.. mama dulu pun sama.  Sampai la ni ada lagi parut2 tu kat lutut hehehe... Strong boy! Kena tahan sakit... ;)

Hari ni sebenarnya akak takde mood sangat.  Agaknya sebab cuaca redup je kat luar tu.. bikin hatiku juga redup.  Takde benda yg menarik nak dibuat.  Dari tadi duk merenung hp tu.  Nak contact seseorang.  Tapi tak buat pun.. Memang saya lemah bab2 nak telefon orang.  Macam ada sekatan PBB.  Cheitt.. talking about PBB, akak terus teringat LGBT.  Semoga kerajaan kita tidak langsung mengiktiraf golongan itu hanya kerana hak asasi manusia.  Memang gila!  Takut betul dengan perkembangan macam ni.. Dorang tu tak pernah kot baca kisah kaum Nabi Lut tu.. Humbankan je dorang kat laut mati tu!  Itulah kota orang seangkatan LGBT tu yang dah diterbalikkan sampai apa2 pun tak boleh hidup kat situ.

Bila redup dan sejuk macam ni apa yg best ekk?  Saya duk terbayang benda bergoreng dan panas.  "Benda" tu dan tentu "makanan" hahaha..  Gelak sorang aku!  Takde benda lain nak fikir selain makanan.  Boleh laa.. macam naik juga sekilo dua untuk balance kan BMI ku.  Karipap panas, pisang goreng panas, kuih cakoi panas.. Oh! Ada lagi karipap frozen tu..  Yg itu dulu buat untuk tempahan kawan, Finaz minggu lepas.  Tapi takde jalan lagi nak hantar ke rumah dia waktu weekend.. dan rasanya dah tak sesuai nak bagi yg tu (sebab jual kan..).  Nak kena set masa lagi dan nak buat yg baru (kalau dia masih nak).  So, kenalah perabih sendiri yg mana ada.. Sebenarnya dah jemu, tapi kalau takde yg lain akak belasah jeee... :D

Saturday, March 3, 2012

Senyuman Mama

Dulu-dulu, ada orang berkata yg saya mempunyai 'muka senyum'... Tapi itu dulu2.  Mungkin masa muda-muda.  Atau masa belum berumahtangga?  Yelahh.. kan akak lambat bertemu jodoh..^-^.  Kadang2 memang saya perasan yg saya dah susah nak senyum apalagi nak ketawa.  Terutama bila terlalu leka dan tekun membuat sesuatu.  Saya perasan sejak keluar masuk Malaya ni, dan duduk obesee.

Mungkin letih... mungkin stress yg terbawa2.  Mungkin saya dah boring tahap gaban! Saya rasakan yang saya lebih garang dari zaman mengerjakan bajet ofis pagi petang siang malam.  Zaman sesekali saya meraung atau melaung dari hujung pejabat.  Kenapa ya?  Takkan teringin nak buat kerja tu semula... eh! tidaaak tidakkkk.  No no no no!!!

Kebelakangan ni, dalam seminggu dua ni, ada seseorang yg cuba mengubah riak wajah saya ni.  Hahaha!!!  Sapa lagi kalau bukan si Che Mat yg sorang tuu.. Dia akan datang kepada saya dan memegang kedua hujung bibir saya dan menyuruh senyum.  Diubahnya mulut ni dengan tangan kecik dia tu ke atas macam mulut McDonald.  Memang saya kena gelak juga sebab kelakar.  Pandai betul anak mama ni.  Agaknya dia pun risau tengok muka mak ni dah tak berseri... Kejap2 terutama bila nak minta air botol, dia suruh saya senyum dan ketawa.  Kemudian dia akan mencium kedua pipi mama ni... sweeet sangat!

Friday, March 2, 2012

Tertipu atau Aku Yg Tak Faham?

Netbook baru ni... Kalau bahasa pantai timurnya ialah perkara "bedo'oh"! Manakan tidaknya.. tulis kat sini 10hrs long battery life.  Tapi tak sampai beberapa jam dah kosong balik.. Huhu! Agaknya 10 hrs tu kalau tak pakai langsung.. biarkan dia tidur sepanjang hari.  Hibernate.

Samalah macam iPad2 yg didakwa tahan 2 hari tu.  Padahal budak main angry bird kejap je dah nak abis.. Memangle akak tak faham bahasa gadget nih... Redha je lah!  @-@