Pages

Thursday, March 8, 2012

Aku, Vemma dan Plants vs Zombie

Kata2 di bawah ini saya perolehi dari Irfan Khairi melalui buku "The Outsider's Edge" oleh Brent D Taylor yang dibacanya.

"mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan"

Dalam semangat yang sedang membara ini, saya suka membaca perkara-perkara yang lebih berunsur motivasi dari mendengar kata-kata yang negatif.  Walau setakat ini belum ada yang terang-terangan merendah-rendahkan semangat saya ini, pasti ada di luar sana prasangka buruk terhadap perniagaan seumpama ini.  Tak caya cuba lah google.  Mesti ada!

Tapi, kalau kita ikut kata-kata mereka yang telah terbukti berjaya, akan kita temui jawabannya.  Contohnya, ada yang mengatakan business penipu!  Dan jawabannya, kalau kita rasa ini skim cepat kaya yg tanpa usaha boleh dapat ribuan ringgit, dah tentu salah! Memanglah penipu!  Samalah juga dengan bisnes yg lain2 tu.. perlulah ada usaha.  Perlu rajin...

Dalam keadaan begini, kadang-kadang kawan dan saudara memainkan peranan.  Kawan yang baik, akan memberi galakan dan sokongan walau tak turut serta.  Paling2 mereka doa untuk kita... Kawan yang patut dijauhi ialah yang dan-dan tu cakap bisnes penipu.  Kawan yang mengetawakan kita.  Kawan yang sinis dengan semangat kita.  Kawan yang tak pernah cuba, tapi tau nak menggagalkan kita. Mungkin mereka pernah cuba dan gagal, tapi tak bermakna orang lain pun akan turut gagal.  There's nothing easy in the world!!

Takpelah.. yehaaa!! Saya masih happy sebab en abe yang paling menggalakkan usaha saya.  Dia dah balik ke Kedah ni.. baru kejap tadi saya hantar ke SkyPark Subang. So, saya akan lebih kreatif kejap lagi tanpa dia di  sisi.  Jahatkan aku!?  Iyalah.. kalau tidak berebut tempat ni je, walau lappy ada banyak.  Wahhh.. banyak?  Memang, termasuk iPad, ada 4 biji.  Abe kita pun buat sesuatu secara online bertahun2 lamanya, dah terbukti dia mampu menjana pendapatan tanpa perlu menjadi engineer semula.
Bila dia dan conquer netbook comel lagi baru saya ni, saya pun akan membawa diri ke dalam bilik dan bermain 'plants vs zombie" hahahh!  Macam ketagihan baru selepas tumblebugs dulu2...  Fawwaz pulak jadi tukang sorak.  Konon2 dia lebih terer dari mama dia ni.

Moga-moga mudah perjalanan saya ni.. Allahumma yassir wala tu'assir... Moga2 inilah jawaban untuk dhuha saya selamakini..

No comments:

Post a Comment