Pages

Monday, March 5, 2012

Redup Cuaca

Pagi ni saya menerima senyuman manis dari ibu yg saya 'mengata' tempohari.. Hehe.. Alhamdulillah.  Semoga hari ni hidup kami lebih ceria dan bahagia..  Bahagia saya lebih sebab Fawwaz tak banyak kerenah pagi ni untuk ke sekolah.  Yg saya suka lagi, saya dah ada 'assistant' kecik yg akan menyambut di pintu pagar.  Bila ada dia, Fawwaz pun mudah sikit nak masuk.  Siap nak tolong pegangkan beg lagi.  Ohhh.. rasa macam abang2 je, padahal sebaya :D

Dan... balik tadi Fawwaz lambat sikit muncul di depan pintu pagar kecil tu.  Sampai2 je dia menunjukkan tangannya, tapi tak bagi pegang.  Sampai rumah pun tak bagi kita tengok. Hampir sejam kemudian baru saya perasan yang seluar sekolah tu dah berlubang.  Mmm... dah 2 helai berlubang.  Sah2 jatuh.. tergarut sikit kat lutut dan tapak tangan.  Tak bagi langsung sentuh.  Ini mesti terlebih speed berlari masa balik tadi.  Tau lah budak2 tadika ni.. Terlepas je dari kelas, masing2 jadi sprinter!  Takpe.. mama dulu pun sama.  Sampai la ni ada lagi parut2 tu kat lutut hehehe... Strong boy! Kena tahan sakit... ;)

Hari ni sebenarnya akak takde mood sangat.  Agaknya sebab cuaca redup je kat luar tu.. bikin hatiku juga redup.  Takde benda yg menarik nak dibuat.  Dari tadi duk merenung hp tu.  Nak contact seseorang.  Tapi tak buat pun.. Memang saya lemah bab2 nak telefon orang.  Macam ada sekatan PBB.  Cheitt.. talking about PBB, akak terus teringat LGBT.  Semoga kerajaan kita tidak langsung mengiktiraf golongan itu hanya kerana hak asasi manusia.  Memang gila!  Takut betul dengan perkembangan macam ni.. Dorang tu tak pernah kot baca kisah kaum Nabi Lut tu.. Humbankan je dorang kat laut mati tu!  Itulah kota orang seangkatan LGBT tu yang dah diterbalikkan sampai apa2 pun tak boleh hidup kat situ.

Bila redup dan sejuk macam ni apa yg best ekk?  Saya duk terbayang benda bergoreng dan panas.  "Benda" tu dan tentu "makanan" hahaha..  Gelak sorang aku!  Takde benda lain nak fikir selain makanan.  Boleh laa.. macam naik juga sekilo dua untuk balance kan BMI ku.  Karipap panas, pisang goreng panas, kuih cakoi panas.. Oh! Ada lagi karipap frozen tu..  Yg itu dulu buat untuk tempahan kawan, Finaz minggu lepas.  Tapi takde jalan lagi nak hantar ke rumah dia waktu weekend.. dan rasanya dah tak sesuai nak bagi yg tu (sebab jual kan..).  Nak kena set masa lagi dan nak buat yg baru (kalau dia masih nak).  So, kenalah perabih sendiri yg mana ada.. Sebenarnya dah jemu, tapi kalau takde yg lain akak belasah jeee... :D

2 comments:

  1. rajinnye akak.. me..tak jadi lagi bakin cik RV..bila la nak jadinya..cream cheese yg beli utk cik RV dah jadi bahan baked macaroni dah pun..hehehe

    ReplyDelete
  2. rajin la jugak tuu ayu - baking macaroni.. hehehe

    ReplyDelete