Perjalanan dari Bahrain sangat baik. Macam biasa naik GFA340.. carrier yg ni nampak baru sikit, tak macam airbus yg selalu tuu.. tapi aku lebih suka boeing 777 cuma dah takde. Flight delayed 1 jam. Jenuh juga tunggu dan fawwaz dah mula nak buat hal. Tapi kali ni tak penuh macam selalu. Aku dan Fawwaz borong 4 seats sekali.. yg terpakai cuma 3 heheh! Fawwaz tak meragam langsung, tapi tidur menggelisah je.. kejap2 bangun. Panas kot atau letih sangat.. So, aku pun tak boleh lena melainkan tidur2 ayam sepanjang malam.
Sampai KLIA pukul 10 pagi. Demi touch down, Fawwaz tidur balik. Mana nak angkat bag galas aku, bag toys, dan dia yg dah besar.. ada bantal kecik lagi.. Tapi semua beres. Belasah je.. Mujur keluar je pintu kapal, dia pun celik dan OK jee.. siap tunjuk jalan nak ke tren dan tunggu kat mana. Pandai dia ke aku? hehehh...
Nak tunggu luggage, pergi ke ATM.. ahh sudahh.. Kad Kawanku ala2 rosak.. Yang kat luar pun still tak boleh nak baca.. Kad Bank Islam apake lagi. Walaupun bankard, semua ATM yg ada tak terima.. Aku mula gabra. Duit BD banyak laa.. RM cukup utk order spagetti carbonara Fawwaz je sampai rumah nanti. Plan asal nak relaks, sambil makan nasi lemak dulu. Masa emergency gini ada untungnya ada mastercard atau visa..huhuu! Selamat sampai Anjung Hijau dengan taxi driver bernama Bahrin ke Bahrain?.. kebetulan sungguh!
Sampai di rumahku yg lantainya putih macam bersih tp sebenarnya berhabuk walau nak balik dulu dah mop.. habis hitam kaki. Terpaksa dalam penat buat cleaning... tak tau nak cakap. Tips bila penat tapi terpaksa berbuat sesuatu yg memenatkan adalah jangan fikir sangat.. buuuuat je! Mandikan anak, diri sendiri, machine baju, lepas tu check pigeon hole, check kereta.. Sedar2 dah asar... siap solat proceed ke Giant. Dekat maghrib balik.. pukul 11pm baru dapat tidur.. perghh.. baru rasa betul letihnya!
Pagi ni dah selamat pegi kedai mamak depan tu pekena roti canai dan nasi lemak. Canai tu tuk Fawwaz laa.. aku rasa sikit je. Terus cari booster seat utk Fawwaz kat IOI Mall. Dah besar, tak bolehla duk kat car seater tu lagi, walau masih muat dan selesa. Kasi pencen itu seater. Tapi kesian dia asyik panjangkan leher nak tengok depan. Tu yg carikan booster tu.. Kat Jusco takde, beli je kat Anakku.. Murah je, jenama Disney.. dah takde yg lain. Tapi macam ringan sangat, asyik lari2 dan macam tak selesa terutama kalau tidur. Takpe.. slowly cari akal camna nak buat ianya selesa terutama utk perjalanan jauh ke kampung esok pagi.
Charger hp takde rupanya kat rumah. Yg satu tinggal kat Bahrain, suppose ada 1 lagi.. mmm tu yg menguatkan aku utk balik kg cepat. Nak kena cilok 1 bawak sini... lalala. Satu lagi, terasa panas betul KL. Aku yg jarang2 buka kipas banyak2, kini on semua kipas siling. Tapi saat ini hujan mula nak turun.. baru je terfikir nak bawa Fawwaz ke playground. Kuyup laa org2 kat jomheboh yee..? Aku apa kisah, asal sejuk nak tidur malam ni seperti selalu... :D
Sunday, February 28, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Macam-Macam Cerita
Hari ni selepas beberapa minggu, kuih tak abis.. alaaa 8 biji je + mihun 1 pek. Biasalah, apa bisnes pun mesti ada 'ups and downs'. Lagipun hari ni supply xtra sikit sebab aku dah nak balik kampung, konon2 kasi pulun..
Kalau tak abis atau memang extra buat, ia akan menjadi rezeki pekerja2 apartment ni iaitu Saiful dan 2 org housekeeper (semua Bangladeshi). So, pagi ni mihun yg 1 pek aku kasi Saiful, termasuk kuih2 tu utk share 3 org. Aku ni suka terpengaruh dengan Saiful yg kadang bahasanya susah nak faham... :) Tapi lebih senang faham kalau cakap BM, sebab dia pernah 5thn kerja kilang kat Penang. Dia ni kalau puji Malaysia yg amat best, kembang2 aku..heheh!
Bila aku kasi mihun dia tanya..
"Awak tara makan..?" selalu dia panggil aku 'mem'..
Aku pun jawab "tara.. saya sudah kenyang.."
Apa kehalnya? Aku pun ikut jadi Bangla, cakap "tara..tara.."
Selalu kalau cakap English pun aku dah ikut cara dia cakap... Selebihnya main angguk2 je, sebab faham tak faham.. terutama bila bercakap dengan housekeeper.
Apa-apapun pekerja asing dari Bangladesh, India, Pakistan, dll ni ada macam2. Yang untung dan rugi. Dorang ni tak tau kategori apa, sebab ramai kat luar tu yang kerja jual bunga ros kat jalan2 dan cuci kereta dengan pendapatan tak tetap. Asal keluar kereta je (kecuali kat Mall), ada je dorang tunggu nak cuci, ramai sangat.. Adakah dorang masuk Bahrain hanya untuk cuci kereta, tak taulahh... Harap2 tak kena tipu macam banyak kes kat Malaysia. Kesian dorang merantau nak cari rezeki. Sama la macam kitorang... SIAEC pun dah tanya kat staff dia sapa nak stay dan sapa nak balik Singapore. Mostly nak balik.. tapi husband ku suka kat sini. Aku biasa2 je, cuma kat sini memang damai... tak serabut dengan masalah jenayah, politik dll yg aku suka ulang cakap.. :D

Tuesday, February 16, 2010
Foods business
Kasturi
Pagi ni dekat pukul 8, loceng pintu berbunyi. Ingatkan Saiful, apartment caretaker cum receptionist nak pulang bekas2 kuih. Rupanya staff SIAEC, tanyakan bila hari buat mi siam (mihun goreng). Sanggup balik kerja naik cari aku... Bukan apa, minggu ni dia night shift, so pagi baru balik. Kebelakangan ni bila sampai apt, kuih dah habis.. tak dapat la makan. Mihun pulak aku tak mampu buat banyak, sekadar 7-8 pek sehari sebab tak cukup masa, tenaga, kuali, dll. Buat pulak selang sehari atau seminggu 2x. Tak sangka banyak peminat.. Aku jual se'pack' RM4.. Sempoi macam kalau kt KL RM1-1.50. Bihun mentah made in Thai kalau ada, harga dia satu dkt RM5.. kita baru singgit lebih. Setakat ni cuma Geant yg jual, tu pun cuma beberapa pek.
Pagi ni aku dah 'up' kan penjualan karipap + kasturi dari 30 biji (1st wk) kepada 99 biji (gandaan 3). Tapi masih tak dapat nak menampung permintaan. Takpelah, tak payah tamak dan paksa diri. Yang penting Fawwaz kena dapat layanan cukup, kerja rumah settled & kemas. Mujur dia dah rajin main sendiri... Cuma masalahnya sekarang aku dah kehabisan stok rempah kari dari Malaysia. Terpaksa beli yg made in India... warnanya merah betul dan terlebih jintan tak macam M'sia punya yg light sikit walau jenama Babas (aku guna kari Faezah..). Kesannya, inti karipap jadi kurengg... Hari2 aku tukar formula masak nak cari yang betul2 'kena' dengan citarasa, tapi belum jumpa. Harap2 dorang tak perasan laa... huhuh!
Tadi Saiful (Bangladeshi yg kerja 7 hari seminggu, bossnya kedekut off day..) tu pulangkan bekas pukul 8 lebih sikit... Dari dalam aku dengar benda jatuh.. buka pintu, berterabur bekas2 tu... hahaha dah disusun 4 tingkat, mana tak jatuh... Apa2 pun aku sempat lagi masak 'virtually' kat fb.. itu adalah umpama reflexology..

Saturday, February 13, 2010
Kegembiraan berganda
Seperti biasa hujung minggu shopping groceries kat hypermarket spt Geant, Carrefour, Lulu atau Ramez. Sebab nak cari benda2 berbeza yg kadang ada di sana tapi takde di sini terutama sejak buat kuih-muih ni, kenalah pergi sekurang2nya 2 tempat setiap minggu selain market basah.
Pagi tadi selepas pergi market terus ke Ramez dan Lulu. Malam tadi ke Geant pulak sambil dinner.. Happy sangat sebab aku disapa oleh seorang kakak dari M'sia masa pilih barang di Geant. Namanya Kak Sarah, dalam 50's tapi cantik lagi, secantik namanya.. Sempat sembang dan tukar no phone.. dan dia duduk tak jauh, di Juffair juga. Rupanya boleh tahan juga aktiviti dorang di sini. Kat masjid depan apartment aku pun ada tiap minggu iaitu belajar bahasa Arab. Aku harap selepas ni bertambah seronok aku duduk di Bahrain, sebab dapat kawan. Selain seronok sebab kuih2 aku dah ada 'die hard fans'.. hihi..
Tapi 2 minggu lagi dah nak cuti2 M'sia.. so, kenalah melupakan seketika. Aku nak balik 26/2 - 26/3... harap2 semua OK di Bukit Jalil i.e. rumah & kereta.. jgnlah pancit ye..

Monday, February 8, 2010
Life Path
Aku dah terpengaruh dengan post Lynn & Yazid hahaha... friends are always tiru meniru :P
Benda2 macam ni memang seronok.. kebetulan selalunya betul. And watch out! This is me.. huhuh.. am taking a break, being a kuih seller now :P
----------
LIFE PATH NUMBER 1
You are a leader and an initiator. The best in life comes to you when you accept roles of responsibility and authority. Strength and individuality are your trademarks; others have always seen it, and you wear it well when you choose to display it. Be confident, original and willing to stand alone if you have to.
You should not accept compromise in pursuing your direction in life, however, if this non-compromising attitude carries over to social interactions, you will alienate others through over-aggressiveness. You will be Number 1 at something in your life. Express yourself with pride, flair, and courage. These attributes will help give you confidence in yourself.
Your greatest obstacle is that of being too arrogant and self-centered, leaving no room in your life for anyone other than an appreciative audience.

Thursday, February 4, 2010
Khidmat Masyarakat
Sejak ada aktiviti baru aku seronok walau penat.. Sebab apa, dapat buatkan breakfast untuk staff yang nak pergi dan balik kerja. Dorang mostly technicians, kerja shift dan datang single kat sini... dan sekurang2nya kurang sikit rindu pada kuih muih macam kat S'pore. Seawal 6 pagi dah ada karipap panas menanti kat reception, 2nd shift pukul 7.30 pagi. Hari ni je jual 60 biji termasuk kuih kasturi/kacang hijau. Minggu depan nak buat mihun goreng lak.. Sebenarnya bukan buat duit sangat, balik modal & lebih sket cukuplaa.. sekadar khidmat masyarakat.
Tuesday, February 2, 2010
Penyair Dari Gunung
Waktu menidurkan Fawwaz malam tadi, tiba2 aku teringat lagu motivasi "Penyair Dari Gunung".. Lagu tu adalah lagu tema semasa kem motivasi waktu aku tingkatan 5 di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kg Pandan. Antara bait2 liriknya yg aku suka ialah "..tanganku kugenggam ku julang ke udara, akan kujeritkan bagaikan halilintar...". Masa tu akan bergegar dewan dengan laungan kiterang yg konon2 bersemangat. Sebab apa 'konon', lepas seminggu kem berlalu, lupa dahh..
Sebenarnya sampai sekarang, hari2 aku memotivasikan diri sendiri. Lebih2 lagi dalam 1 - 2 thn ni. Kadang2 tertanya2 "what's next and next..?". Bukan aku tak bahagia, tapi perkara lain iaitu dalam membina kehidupan dan kerjaya. Dalam kehidupan, aku banyak menentukan jalan hidup sendiri. Membuat keputusan sendiri2 ikut gerak hati tanpa pandangan orang lain, melainkan sokongan keluarga. Aku berdikari sejak kecik, sebab aku duduk dengan nenek/atuk. Bila semua makcik/pakcik aku kahwin, kerja dan duduk jauh, aku uruskan diri sendiri. Tu sebab aku comot je masa kecik huhu!
Aku dapat masuk asrama Yayasan S'gor iaitu ATPN, sekolah di CBN. Ada baik dan buruk di situ.. tapi sangat2 berjasa kepada aku dalam banyak perkara. Lepas SPM, dapat masuk ITM. Aku buat Dip. Public Admin utk 3 thn tapi sebenarnya tak berapa fokus. Masa tu ITM banyak yg free tak macam sekarang. Aku belajar pun dengan duit yg kadang ada kadang tak.. tp aku boleh survive. Habis belajar terus kerja temporary sbg secretary kat banyak private company termasuk Shell Co. Best friends semua sambung belajar kat UUM. Then aku dapat kerja tetap kat ITM Sek.17 sbg exec officer, sebelum ambil keputusan berhenti dan sambung belajar. Buat Business Admin (HRM) pulak. Macam biasa, ikat perut utk survive walau dapat loan MARA. Loan ni dah convert ke biasiswa, syukurr...
Nasib selalu baik sebab sebulan rehat terus dapat kerja kat Mega TV. Kira bestla masa tu dapat gaji RM1,900 thn 1998. Campur mileage kdg meals, dapat RM2K. Nasib kurang baik sebab company tak lama bungkus. Lepas tu kerja dgn syt IT, tapi macam takde masa depan, terus ambik keputusan buat masters degree. Ikat perut lagi... jual kereta kancil. Dapat modal sikit.. sambil ambil loan MARA. Mujur duduk dengan balu arwah pakcik, so kadang tumpang semangkuk. Dia kerja kilang je, tapi masyuk juga sebab kerja sokmo! Tinggal nak habiskan project paper terakhir, dapat offer MIMOS/NISER. Alhamdulillah... dan kelihatan bersinar kehidupanku. Terasa berbaloi belajar.. dapat hidup selesa sikit walau tak kaya. This is the best place/co I ever worked for. Jgn fikir management dan benda2 remeh.. sebab aku dah pergi banyak company yg lagi hampeh (kecuali Shell yg kayo tu!). Yang penting gaji on time, bonus lambat sikit tapi tetap ada. Aku pun jarang ada problem dengan boss dan peers.. cuma selalu berangin bila stress. Occasionally dapat gastrik...
Masa itu tinggal kenangan. Sebab aku balik tak bekerja, takde bonus & gaji. Dapat duit elaun je. Syukurrr sebab semua cukup, dapat tengok tempat orang, bela anak sendiri, insyaAllah pahala menjaga kebajikan keluarga, dll. Cuma aku selalu fikir.. yg rezeki aku bukan utk tip-top dalam kerjaya. Bukan utk dapat gaji masyuk tiap bulan. Bukan utk kumpul duit dan harta, dsb walau aku berjaya dalam pelajaran. Aku pernah berangan ada PhD dan jadi lecturer.. tapi dah lama aku padam sebab aku tak mampu jadi lecturer. Takde bakat mengajar terutama mengajar budak2 pandai.
Kadang2 memang aku 'down' bila fikir belajar, kerjaya... seterusnya matlamat nak membantu keluarga terutama mak bapak yang masih ada. Cuma aku gembira juga sebab arwah nenek sempat merasa apa yang aku dapat. Bila aku 'down' aku akan berfikir balik, dan itulah.. memotivasikan diri sendiri. Ada banyak yg terbuku dalam hati, tapi simpan je.. Cuma sikit2 keluarlah kat blog atau mana2 yg aku rasa nak tulis. Semoga Allah berikan aku kekuatan dan rezeki yg murah.. Rabbi Yassir wala tu'assir..

Subscribe to:
Posts (Atom)