Pages

Tuesday, February 2, 2010

Penyair Dari Gunung

Waktu menidurkan Fawwaz malam tadi, tiba2 aku teringat lagu motivasi "Penyair Dari Gunung".. Lagu tu adalah lagu tema semasa kem motivasi waktu aku tingkatan 5 di Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Kg Pandan. Antara bait2 liriknya yg aku suka ialah "..tanganku kugenggam ku julang ke udara, akan kujeritkan bagaikan halilintar...". Masa tu akan bergegar dewan dengan laungan kiterang yg konon2 bersemangat. Sebab apa 'konon', lepas seminggu kem berlalu, lupa dahh..

Sebenarnya sampai sekarang, hari2 aku memotivasikan diri sendiri. Lebih2 lagi dalam 1 - 2 thn ni. Kadang2 tertanya2 "what's next and next..?". Bukan aku tak bahagia, tapi perkara lain iaitu dalam membina kehidupan dan kerjaya. Dalam kehidupan, aku banyak menentukan jalan hidup sendiri. Membuat keputusan sendiri2 ikut gerak hati tanpa pandangan orang lain, melainkan sokongan keluarga. Aku berdikari sejak kecik, sebab aku duduk dengan nenek/atuk. Bila semua makcik/pakcik aku kahwin, kerja dan duduk jauh, aku uruskan diri sendiri. Tu sebab aku comot je masa kecik huhu!

Aku dapat masuk asrama Yayasan S'gor iaitu ATPN, sekolah di CBN. Ada baik dan buruk di situ.. tapi sangat2 berjasa kepada aku dalam banyak perkara. Lepas SPM, dapat masuk ITM. Aku buat Dip. Public Admin utk 3 thn tapi sebenarnya tak berapa fokus. Masa tu ITM banyak yg free tak macam sekarang. Aku belajar pun dengan duit yg kadang ada kadang tak.. tp aku boleh survive. Habis belajar terus kerja temporary sbg secretary kat banyak private company termasuk Shell Co. Best friends semua sambung belajar kat UUM. Then aku dapat kerja tetap kat ITM Sek.17 sbg exec officer, sebelum ambil keputusan berhenti dan sambung belajar. Buat Business Admin (HRM) pulak. Macam biasa, ikat perut utk survive walau dapat loan MARA. Loan ni dah convert ke biasiswa, syukurr...

Nasib selalu baik sebab sebulan rehat terus dapat kerja kat Mega TV. Kira bestla masa tu dapat gaji RM1,900 thn 1998. Campur mileage kdg meals, dapat RM2K. Nasib kurang baik sebab company tak lama bungkus. Lepas tu kerja dgn syt IT, tapi macam takde masa depan, terus ambik keputusan buat masters degree. Ikat perut lagi... jual kereta kancil. Dapat modal sikit.. sambil ambil loan MARA. Mujur duduk dengan balu arwah pakcik, so kadang tumpang semangkuk. Dia kerja kilang je, tapi masyuk juga sebab kerja sokmo! Tinggal nak habiskan project paper terakhir, dapat offer MIMOS/NISER. Alhamdulillah... dan kelihatan bersinar kehidupanku. Terasa berbaloi belajar.. dapat hidup selesa sikit walau tak kaya. This is the best place/co I ever worked for. Jgn fikir management dan benda2 remeh.. sebab aku dah pergi banyak company yg lagi hampeh (kecuali Shell yg kayo tu!). Yang penting gaji on time, bonus lambat sikit tapi tetap ada. Aku pun jarang ada problem dengan boss dan peers.. cuma selalu berangin bila stress. Occasionally dapat gastrik...

Masa itu tinggal kenangan. Sebab aku balik tak bekerja, takde bonus & gaji. Dapat duit elaun je. Syukurrr sebab semua cukup, dapat tengok tempat orang, bela anak sendiri, insyaAllah pahala menjaga kebajikan keluarga, dll. Cuma aku selalu fikir.. yg rezeki aku bukan utk tip-top dalam kerjaya. Bukan utk dapat gaji masyuk tiap bulan. Bukan utk kumpul duit dan harta, dsb walau aku berjaya dalam pelajaran. Aku pernah berangan ada PhD dan jadi lecturer.. tapi dah lama aku padam sebab aku tak mampu jadi lecturer. Takde bakat mengajar terutama mengajar budak2 pandai.

Kadang2 memang aku 'down' bila fikir belajar, kerjaya... seterusnya matlamat nak membantu keluarga terutama mak bapak yang masih ada. Cuma aku gembira juga sebab arwah nenek sempat merasa apa yang aku dapat. Bila aku 'down' aku akan berfikir balik, dan itulah.. memotivasikan diri sendiri. Ada banyak yg terbuku dalam hati, tapi simpan je.. Cuma sikit2 keluarlah kat blog atau mana2 yg aku rasa nak tulis. Semoga Allah berikan aku kekuatan dan rezeki yg murah.. Rabbi Yassir wala tu'assir..

3 comments:

  1. aar, syahdu lar k ct... tuh lar bila duduk kat rumah, byk masa terluang, kita pun mula berfikir itu dan ini... itu diriku lar.. kdg2 rasa nak duduk seharian di taman sorang2, sunyi dan tenang.. kdg2 lar..

    ReplyDelete
  2. Ti,
    Tak leh nak recall lagu nih lah.. Nanti nyanyi sikit pastu letak kat sini videonya ya.. Pasti suara masti merdu kan..? :>

    ReplyDelete
  3. aku lah penyair yang turun dari gunung

    beratus tahun telah ku duduk di situ

    beratus ratus tahun

    kini ku turun ke lembah

    melihat manusia

    kecil miskin

    lagi hina

    hidup mereka melata lata

    tangan ku gengam ku julang ke udara

    tu je aku ingat...

    ReplyDelete