Hari ni selepas beberapa minggu, kuih tak abis.. alaaa 8 biji je + mihun 1 pek. Biasalah, apa bisnes pun mesti ada 'ups and downs'. Lagipun hari ni supply xtra sikit sebab aku dah nak balik kampung, konon2 kasi pulun..
Kalau tak abis atau memang extra buat, ia akan menjadi rezeki pekerja2 apartment ni iaitu Saiful dan 2 org housekeeper (semua Bangladeshi). So, pagi ni mihun yg 1 pek aku kasi Saiful, termasuk kuih2 tu utk share 3 org. Aku ni suka terpengaruh dengan Saiful yg kadang bahasanya susah nak faham... :) Tapi lebih senang faham kalau cakap BM, sebab dia pernah 5thn kerja kilang kat Penang. Dia ni kalau puji Malaysia yg amat best, kembang2 aku..heheh!
Bila aku kasi mihun dia tanya..
"Awak tara makan..?" selalu dia panggil aku 'mem'..
Aku pun jawab "tara.. saya sudah kenyang.."
Apa kehalnya? Aku pun ikut jadi Bangla, cakap "tara..tara.."
Selalu kalau cakap English pun aku dah ikut cara dia cakap... Selebihnya main angguk2 je, sebab faham tak faham.. terutama bila bercakap dengan housekeeper.
Apa-apapun pekerja asing dari Bangladesh, India, Pakistan, dll ni ada macam2. Yang untung dan rugi. Dorang ni tak tau kategori apa, sebab ramai kat luar tu yang kerja jual bunga ros kat jalan2 dan cuci kereta dengan pendapatan tak tetap. Asal keluar kereta je (kecuali kat Mall), ada je dorang tunggu nak cuci, ramai sangat.. Adakah dorang masuk Bahrain hanya untuk cuci kereta, tak taulahh... Harap2 tak kena tipu macam banyak kes kat Malaysia. Kesian dorang merantau nak cari rezeki. Sama la macam kitorang... SIAEC pun dah tanya kat staff dia sapa nak stay dan sapa nak balik Singapore. Mostly nak balik.. tapi husband ku suka kat sini. Aku biasa2 je, cuma kat sini memang damai... tak serabut dengan masalah jenayah, politik dll yg aku suka ulang cakap.. :D
siti....rindunya aku kat ko...aku tengah bosan tu la dok mencari2 teman setia...
ReplyDeleteadik aku pun dah nak pindah bahrain middle mei ni, husband dia kerja kat saudi...