Pages

Saturday, February 13, 2010

Kegembiraan berganda

Seperti biasa hujung minggu shopping groceries kat hypermarket spt Geant, Carrefour, Lulu atau Ramez. Sebab nak cari benda2 berbeza yg kadang ada di sana tapi takde di sini terutama sejak buat kuih-muih ni, kenalah pergi sekurang2nya 2 tempat setiap minggu selain market basah.

Pagi tadi selepas pergi market terus ke Ramez dan Lulu. Malam tadi ke Geant pulak sambil dinner.. Happy sangat sebab aku disapa oleh seorang kakak dari M'sia masa pilih barang di Geant. Namanya Kak Sarah, dalam 50's tapi cantik lagi, secantik namanya.. Sempat sembang dan tukar no phone.. dan dia duduk tak jauh, di Juffair juga. Rupanya boleh tahan juga aktiviti dorang di sini. Kat masjid depan apartment aku pun ada tiap minggu iaitu belajar bahasa Arab. Aku harap selepas ni bertambah seronok aku duduk di Bahrain, sebab dapat kawan. Selain seronok sebab kuih2 aku dah ada 'die hard fans'.. hihi..

Tapi 2 minggu lagi dah nak cuti2 M'sia.. so, kenalah melupakan seketika. Aku nak balik 26/2 - 26/3... harap2 semua OK di Bukit Jalil i.e. rumah & kereta.. jgnlah pancit ye..

No comments:

Post a Comment