Pages

Friday, July 16, 2010

KepadaNya dia kembali...

Pagi tadi aku dapat text message dari makcik kat kampung. Kandungannya sangat mengejutkan dan menyedihkan aku. Membuat aku insaf, beristighfar.. dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku andai bila2 nyawa ini ditarik. Namun aku juga berharap agar diberi peluang melihat anakku dewasa. Tapi jika perjanjian dengan Allah setakat itu, walau sesaat tak mampu kita ubah... demikianlah!

Ceritanya... Kak Munah, salah seorang jiran kami yg tak ramai tu meninggal dunia hari Rabu lepas (14/7). K.Munah ni muda la juga, bawah dari umur makcik yg berumur 46thn tu. Taklah lama dia jadi jiran kami tapi duduk menyewa di situ masa arwah nenekku ada lagi. Dan nenek sempat berpesan suruh dia buat rumah kat tanahnya di hujung tu supaya nanti boleh jadi teman makcik. Rumah comel tu dah siap tapi tak duduk lagi..

Masa balik cuti yg lepas, makcik cakap K.Munah sakit. Dah lama dia sakit yg tak dapat dikesan Dr. Badan lemah, pening, pedih hati, dll.. Sempat jumpa masa kenduri, mmg dia nampak pendiam dan lemah. Hari tu makcik baru nak cadang berubat cara alternative kat sorang ustaz tu. Alih2 dapat berita harini dia meninggal.. Aku jadi sedih. Makcik sudah tentu kehilangan apalagi keluarga dorang tu baik dan ringan tulang. Anak2 masih kecik, paling sulung F5 dan yg terakhir ada 2 pasang kembar yg kecik2 lagi. Sedih aku bila kenangkan anak2 kecik kehilangan mak ni..

Aku sekadar berdoa agar suami arwah serta anak2nya menjadi insan tabah dan dimurahkan rezeki.. Semoga cahaya semakin cerah buat mereka di masa hadapan. Al-fatihah.

2 comments:

  1. Alamak... macam sama je penyakit ngan aku... lemah2 badan, selalu nak demam, pening2, dan pedih2 ulu hati...

    Kalau aku tiba2 pergi, maafkan semua salah silap aku ye ti... sampaikan salam maaf aku pada semua kawan2 juga nanti... mintak halalkan makan minum dan hutang kalau ada... maklumla, kita semua sebumbung lima tahun, tentu banyak yg dah 'dikira halal' walaupun hakikatnya tak mintak halal pun ie. pakai colgate, sabun, makan biskut etc. etc.

    Dan takziah atas kehilangan ko, ti...

    ReplyDelete
  2. Mima.. yg penting, kalau ada rasa tak kena kat badan, pegi buat check up.. Tapi kadang Dr pun kalau kita datang saja2 nak check blood pressure ke, ngadu itu ini dia layan nak tak nak je. Paling2 bagi vitamin. Nak tunggu kita betul2 sakit ke apa..

    Apapun mmg kita takkan tau perjanjian kita dgn Allah... Sama2lah kita mohon maaf dan memaafkan..

    ReplyDelete