Memang sedap makan kurma fresh.. yang belum cukup ranum, sedikit keras, dan sejukkan dulu dalam peti ais. Kat sini, bila masuk je bulan Julai mulalah banyak kurma yg dah nak masak bergayutan di sepanjang jalan, taman2, rumah2, dll. Kat pasar pun mula banyak di jual tapi sekarang ni masih belum nampak lambakannya. Tunggu saja bila masuk Ramadhan nanti. Satu bekas polystrene atau bakul boleh dapat BD1, beratnya dalam 1kg kot.. Gambar ni diambil di perkarangan Masjid Al Fateh depan apartment kami.
Lepas melawat ladang, kami pergi pula ke Manama Souk nak cari Abaya. Dapatlah tempah 1 helai supaya 'fit' kat badan. Sama je harga dengan yg ready made tu. Apa2pun memang susah nak cari yg harga below BD20 (<> RM200). Kat Geant Hypermarket pun jual lebih BD20.. Cuma memang design sulam kat kedai2 kecik tu cantik2 belaka, kain pun elok.. bolehlah untuk kenang-kenangan selama di tanah Arab ni. Tapi sebenarnya masuk ni aku dah ada 4 abaya hehehh....
Masjid Al Fateh
Salah satu area souk.. ramai orang asing je, macam kami..
Ya Allah kurma..............syoknya tangkap gambar kat pokok kurma....
ReplyDeleteInilah bezanya gambar2 mu dan aku... Sini takde bangunan2 cantik dan pemandangan menarik. Yg ada pasir, debu dan kurma ni lahhh..hihi
ReplyDeleteewah:) takpe ct ko kumpul cuti nanti sebelum aku pulang malaya, wajib datang sini,kita pg paris nak...bawak keta.tu project tahun depan..eekkekee.laki aku cakap kalau duit terlebih melimpah ruah baru boleh pg disneyland..bila la tu...hehehe
ReplyDelete