Pages

Thursday, July 15, 2010

Lesson Learnt

Suatu masa dulu, lebih 10 thn yang lepas dan waktu keadaan ekonomi tak berapa nak stabil aku pernah membuat sesuatu yg agak kurang bijak. Sudahlah berhenti kerja kerana ikut perasaan tak puas hati dan stress, terikut2 pulak cita2 kawan2 nak buka business. Tapi sebenarnya rela dalam paksa.. sebab aku masa tu tak tau nak menolak ajakan kawan dan ada 10% semangat nak niaga. Maka terbukalah sebuat kafe siber di satu tempat di Shah Alam. Masa tu pun aku bukan ada duit sangat buat modal..

Bila kedai dah buka, disebabkan aku masa tu dah tak bekerja, maka aku fulltime jaga kedai. Dua org partners masih kerja. Sudah pasti pendapatan bulan2 pertama habis buat rolling je dan lama2 aku pun sengkek. Aku mula cari kerja, kedai ambil pekerja dan kitaorang apply loan SMI. Bila aku mula kerja dan sibuk, aku pun tak mampu nak tumpukan pada kedai yg sebenarnya ramai juga pelanggan. Aku tarik diri dan dapat balik modal asal. Dalam waktu sama loan lulus, tapi aku jadi penjamin je.

Tak ingat masa bila kedai tu tutup... Aku pun tak pasti sebab apa tutup, mungkin pendapatan dah tak seberapa. Aku pun dah buat hal sendiri.. sambung study lagi, dah tak ingat pasal ni. Bagi aku cukup sebagai pengetahuan dan pengalaman bagaimana nak ber'business'.

Dipendekkan cerita, 3 tahun lepas masa nak beli kereta, hampir semua bank reject application aku sebab nama blacklisted by Maybank. Pasal kes tu laa.. pinjaman tak berbayar. Dah contact empunya diri, nampak gaya payahlah sikit nak settle... Mujur masa tu Ambank boleh approve lagi loan aku. Maka naiklah kereta baru. Ada rezeki sikit, terus buat full settlement dan letgo pada ahli keluarga lain. Lepas tu nak apply loan baru sebab nak beli yg barulah kann... Kali ni bank dah tak kasi muka. Maka aku pun terkedu dan tunggu je apa tindakan kedai kereta selanjutnya...

Kalau aku seorang ahli perniagaan yg berjaya, pasti aku tolong kawan aku tu dan tolong diri sendiri (berangan la niii..). Lepas tu aku beli kereta cash.. berangan lagi! Bukan apa, letih sebenarnya berhutang nih.. Lagi letih jadi penjamin yg tak dapat apa2 melainkan kena blacklisted.. Dalam kes ni, mungkin aku jua bersalah.. Lagi satu, berniaga memang ada risiko walau kecil atau besar. Kalau terus2 fikir besar, memang sendiri mau fikir.. Dapat pulak modal kecil, tak berapa pandai lagi, partnership pulak.. Mesti mau ingat, risiko meminjam, menjamin, partnership, dan lain2.. Masa ni kawan kekadang boleh jadi lawan..

Apa2 pun, aku masih minat berniaga ni. Kecik2 jadila.. Nikmat pegang duit berniaga walau kuih macam yg aku buat sekarang ni lain dari nikmat duit gaji yg ribu riban tiap bulan tu.. walau yg ribu riban itu menjadi kerinduanku, akan tetap kusimpan semangat berjual... Nak kena buat SWOT analysis jugak ke? Dulu masa belajor, score je subject Strategic Management, tapi in real hampeh je.. hoho!

No comments:

Post a Comment