Pages

Saturday, July 3, 2010

Manama Souk & Abaya

Dah setahun aku duduk di Bahrain. Merata tempat dari yg gah sampailah kampung2 dah kami jelajah. Maklumla, Bahrain ni besar manalah sangat... Adik beradik je ngan Singapura. Tapi ada satu tempat ni aku sekadar baca namanya di pamphlet atau ruangan "Bahrain Sightseeing" di suratkhabar. Dah bagi tahu hubby pasal Manama Souk ni, tapi dia berkeras cakap souk = market, iaitu kawasan market pagi yg selalu kami pergi beli sayur dan ikan (yg tu sebenarnya Central Market). Memang aku tak puas hati dgn jawaban dia sebab aku bayangkan souk yg macam di Dubai.. iaitu deretan kedai2 kecil yg jual macam2 benda spt pakaian, souvenir, dll. Masa dah nak balik ke M'sia Mei lepas, aku tekan juga suruh cari tempat tu. Mungkin tempat foreigners terutama Bangla, Indian, Filipino selalu berkumpul ramai2 masa hujung minggu tu.

Masa aku dah sampai Malaysia, husband cakap dia dah ke tempat tu dan memang itulah Manama Souk, yg ada satu pintu gerbang. Kan kan... kita dah cakap. Dulu2 taknak dengar...

Malam tadi (Jumaat), kami bertiga ke sana. Memanglah besar tempat tu dan macam2 ada... Orang punya ramai, Masya'Allah! Aku terus terbayang pasar malam jln TAR. Masuk kedai T'shirt tak belipun... kain tak elok. Target nak cari abaya murah. Masuk satu kedai/tailor, ada yg lawa sket dia kata BD25 (RM214 - duit BD dah jatuh..). Belum tawar lagi... Cheaper than kedai2 di kawasan lain yg aku pernah tengok sebelum ni. Kedai2 sebelum ni paling murah BD30 (time tu kalau convert dekat RM300). Tapi aku rasa yg tu (di area Riffa), designnya lagi cantik. Yg di Manama ni banyak jenis sulam, tapi memangla lawa sulam tu... Belum puas belek, satu keluarga arab dah masuk.. kedai kocik, husband keluar dulu. Dalam aku nak keluar, sorang wanita sempat tanya aku "Andalusia?".. Aku jawab "No, Malaisie.." Dia tunjuk tudung hitam malas aku yg penuh batu mengerlip2 (beli dari kedai online Shafendi).. aku jawab "made in Malaisie.." Kena buat lidah arab + france sket... Aku pun terus blah. Kat situ ada berpuluh lagi kedai abaya.. tak tau nak masuk mana satu.

Lepas tu jalan dan jalan.. bercabang2 dan bermacam2.. Memanglah ini tempat tourist kena pergi. Selamat duit aku selama satu tahun (tp sebenornya teman geram..). Alaa.. banyak barang pun dari China kot. Sebab panas dan lemas dan kesian kat Fawwaz, aku ajak balik je. Minggu depan boleh pegi lagi utk order abaya raya.. Raya tahun ni konsep abaya hitam lah! Cuma, compared to Dubai, kat sini still mahal. Kat Dubai boleh jumpa lagi abaya harga RM50 (50 dirham)... Apa2 pun, tunggu aku snap gambar apa yg patut...

No comments:

Post a Comment