Pages

Wednesday, June 29, 2011

Ubi Rebus vs Cornflakes


Dah hampir sejam Fawwaz berendam kat bathtub.  Macam best je kan... Umi dia dah makan tahun nak berendam ala2 sauna kat situ, tapi tak pernah kecapaian hasrat di hati.  Baru nak feel, dah kena panggil nanti.. Macam tulah, bila ada kemudahan, halangannya boleh tahan... Kadang2 memang rindu juga nak ber'facial', cuci rambut kat salon, itulah inilah macam zaman2 solo dulu.. hahaha!  Tapi sabau je lah.. mujur sempat juga sekali sekali balik kampung berurut... Fawwaz pun kadang2 join the club ikut kena urut dek wak temi tu..

Dah beberapa hari ni saya tak berpeluang guna laptop sendiri.  Dah kena conquer dengan cikmat.  Mula2 dia akan pasang pocoyo, lepastu OSO, kemudian postman pat, diikuti game golf, tumblebugs, etc... Umi terpaksalah guna laptop abi yg alaaaa.... dah lah slow, kadang2 meragam.  Hanya en abe yg bersabar dengannya.. as cool as the owner gitu!

Hari ni plan nak baking kek sebab stok dah habis..  Kat rumah ni kena sentiasa ada kek.  Mak, bapak & anak semua suka.. Kira mutual interest lah!  Kalau tak sama interest macam pagi tadi... akak semangat nak breakfast dengan ubi rebus.. orang Jawa panggil 'ubi godok'.. bukan kodok ye!  Siap buatkan sambal tumis walau akak selalu makan cuma dengan gula je.. Nak bernostalgia lah konon kan... Untuk Fawwaz lak, kita buatkan donut.  Bukak mata je, dia dah abis berapa ketul ntah..hehe!  Hari gayanya macam tak makan nasi je cikmat tu... :))

Berbalik kepada kisah ubi rebus, rasanya en abe ku tidak suka... slow je dia makan. Sebab takde pilihan selain donut tu hihi... Mujur ada buah.. Memang hari2 breakfast wajib ada hidangan buah, nescafe dan lain2.  Agak kalau bagi pilihan cornflakes dengan ubi, sah2 abe pilih cornflakes.. haha.  Orang jawa je kot suka makan ubi ye.. :P  Sudahnya akak transform itu ubi rebus menjadi pengat ubi... yeahh!

Semalam konon2 try buat macarons lagi sebab cik umi dok teringin sangat.  Dah elok je bertanduk meringue tu.. tapi bila bakar, ampeh jadi benyek.  Tapi sedap juga sebab dah namanya ada almond kan... hantam je lah!  Sori morilah umi, tak dapek akak nak nolong... Tahan jelah keinginan tu.  Akak akur yg ini bukan kepandaianku walau pertamakali buat dulu elok je jadinya.. saja nak bagi gembira sekali seumur hidup kot hahahh!

OK lah... nak pi sidai kain sat.. caucincau!  Ilalliqa'...

Sunday, June 26, 2011

Unta dan Kurma

Lihatlah wajah manja ini.. Dari semalam akak duk tenung je muka unta ni.. manja, tak macam muka lembu yg garang sikit..hahaha apakah?


Semalam, untuk kali ke-2 (dan en abe kali keberapa ntah..) setakat ni, kami pergi melawat ladang onta aka unta di Janabiya.  Sebenarnya musim tgh panas ni macam tak sesuai, tapi nak pegi juga sebab nak bawa Fawwaz lebih mengenali unta.  Rupa2nya dia takut hahaha!  Duk menyendiri je dia kat pondok teduh tu.. beriya2 tak mau.  Abi la yg suka nak paksa2 tu kannn... Takpelah, kalau tak suka, jom kita balik je... Umi pun tak suka panas2 nih...

Lepas tengok unta, ronda2 kat ladang kurma.  Yang kelakarnya ada nampak signboard "Flamingo Garden".. En Abe ingat adalah kot flamingo kat situ, mana tau macam taman burung ke kannn... Rupanya, sebuah taman perumahan mewah...lalala!

Tengokla pokok kurma kat atas tu... macam kecik lagi.. pendek.  Kalau takde daun tu, kira tinggi sikit dari Fawwaz.  Tapi buah dia, mak aihhh.... Sekarang ni buah kurma tengah menguning bagi yg kuning, dan merah bagi yg merah.  Tak lama lagi mungkin dah boleh petik.  Atau paling tidak, puasa nanti dah boleh pesta kurma.  Sedapnya.... sejuk2 gitew!!

Ini jelah yg menarik setakat ni.. selain sales yg masih ada di sana sini.  Maka lepas mendedahkan diri di bawah mentari terik, kami pun cari sejuk2 kat mall.. Berapa kali da minggu ni pegi mall kan.  Beli baju raya Fawwaz siap2... Umi dia pula dapat skirt kembang.. I loike!  

Dah petang pula, semangat nak picnic kat tepi swimming pool atas ni je!  Sementara abi & Fawwaz swimming, umi boleh hirup teh panas.. ada pulak mi goreng.  Fawwaz penuh semangat berbasikal naik ke atas (ikut lif la.. hehe).  Tapi.... demi pintu lif terbuka dan nampak abi kat tepi swimming pool, terus dia taknak!  Nak ajak turun balik.. huhuhu... geram mak tau!  Terus mati selera lah kan... Hilang semangat nak picnic.. Wahai anakku, nanti kita kalau dah balik M'sia, takde dah nak ber'privacy' kat swimming pool macam tuu... Kat atas rumah kita ni je, bukan bawah rumah tau... Tu sebab hari tu rumah kita banjir kan masa pool tu rosak .. haha!

Tapi akak syak, ada sesuatu kejadian di swimming pool hari tu yg buat Fawwaz terus tak suka pergi swimming.  Mungkin serik sebab tertelan air... Abislah!  Tak tercapai le KPI abi nak buat Fawwaz pandai berenang sebelum hujung tahun... setakat pakai arm support (step 3) jelah... :)))
Kali terakhir swimming... muka nak nangis.. :))

Sunday, June 19, 2011

Ronda2 di Hujung Minggu

Weekend dah berlalu di Bahrain.. Hari ni (Ahad) dah kerja balik.  Diam tak diam dah seminggu saya ke sini.  Weekend semalam penuh dengan aktiviti jalan2... tapi bukan cari makan tau!  En hubby saya tu sekarang diet sikit, dah kurang makan pelik2.. Maklum, usia dah meningkat, blood level dan glucose pun ikut sama meningkat.  Saya pulak belum sedor diri hehehe.... Maklum dah lama tak test darah & kolestrol.. setakat ni kalau blood level tu, rendah je lah.. Tu yg selalu ala2 kegelapan pemandangan mata bila bangun dari duduk secara pantas.

Macam selalu hujung minggu pergi market, hypermarket (Geant), taman rekreasi dan semalam ke Ansar Gallery, sebuah Mall yg jual barang2 agak murah dan menarik.  Dapatle karpet besor sehelai buat raya nanti hehe.... Cuaca pulak tak sepanas yg kusangka..berangin je. Angin dari laut dan darat menderu2, kadang2 membawa ribut pasir.  Belum peak summer lagi...

Sekarang tengah musim buah mangga dari India, Pakistan dll... ada yg manis, silap beli ada yg masam dan masam2 manis... yg bawah ni sgt juicy dan manis...

Fav fast food saya kat Bahrain ni... Jasmi's.  Tak tau apasal suka sangat kat fries dia...

Bila nampak benda bawah ni, terus teringat kat 2 org adik2 ku yg suka baking... Wa & Nura.. I bought this for both of you.. wait till Hari Raya yaa... hehehh!
 It's silicone mould... dah famous penggunaannya kat M'sia, tapi manalah sempat nak cari kat sana... kaki & tangan terikat je... rupanya agak seperti pasu bunga je kan, hudus! haha

Thursday, June 16, 2011

Hidup Yg Penuh Pancaroba

Sekarang ni saya sedang ternanti2 bila cleaners nak datang.  Sepatutnya awal pagi lagi dah masuk.  Takpelah, bukan kotor pun rumah ni... Cuma dah keja dorang kan.. walau tak berapa perlu.  Dah co nak tanggung..

Saiful, pekerja yg sorang lagi dah balik ke Bangladesh for good.  Dia yg selalu tolong saya tengok2 kuih yg dijual kat lobi tu... Sekarang dia dah takde, saya pun tak plan nak jual lagi.  Lagipun ramai lagi penghuni apartment ni dah balik 'kampung' terutama yg Singaporean dalam masa 3 bulan lepas.  Kira2 macam dah kurang seri la kat sini...

Bila fikir pasal pekerja2 Bangla ni, kesian juga bila dengar hubby cerita.  Dorang ni nak datang sini kena bayar kat agency sebanyak BD2000 atau RM16K++  dan berhutang! Gaji Saiful dulu ialah B150 sebulan, dalam RM1200 lebih.. So, agak2 lepas 2 thn kerja barulah selesa sikit kot selepas langsai hutang.. Malangnya, ada yg sponsor mereka ni masuk adalah dari puak syiah yg buat hal masa konflik hari tu.. Sekarang kerajaan Bahrain dah bekukan lesen puak2 ni.  Ada pekerja yg merungut tak dapat gaji... Kiranya datang ke sini tak dapat apa2...

Macam tu lah nasib... merantau jauh2 demi kelangsungan hidup.  Tapi pelbagai ujian dan dugaan terpaksa dihadapi.  Nak bekerja di negara sendiri susah... peluang tak banyak.  Saiful pernah cakap "in Bangladesh, no money... no work!".  Kalau datang ke Malaysia pun, masih ramai yg kena tipu dengan agent.

Rakyat Malaysia kena banyak bersyukur.  Setakat kerja reception, cleaner, buruh.. tak perlu keluar negara.  Dahlah kena buli je.. Memang banyak yg kita rasa tak puas hati dengan keadaan negara sekarang... minyak naik, tariff elektrik naik, makanan semakin mahal... Tapi sedikit sebanyak, wajib bersyukur atas nikmat yg masih ada.  Saya juga suka mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersangka baik terhadap usaha dan tugas2 kerajaan... dan apabila berhadapan dengan kepayahan, maka lihat dan fikirlah apa yg dialami oleh mereka yg lebih susah...

C'est la vie...

Wednesday, June 15, 2011

Innahu Sabahul Jameel!

Pagi yg indah... seawal 6 pagi sudah terang benderang.  Waktu terbit matahari sekarang ni pukul 4.44 pagi.  Hari ni nampaknya tak ada ribut pasir melanda, jadi nampak 'clear air'.

Pagi ni dah telefon kedua2 mak di kampung - mak kandung dan mak tiri.  Alhamdulillah, kesemuanya sihat.  Agak lambat sedikit sebenarnya nak telefon sebab tunggu nak beli kredit no baru.  Ingat keluar malam tadi nakle beli, macam biasa LUPA!  Bukan senang nak keluar rumah terutama musim panas ni.  Kena tunggu en hubby ajak, baru melangkah.  Kalau musim tak panas tu gagah juga berjalan ke Al Jazeera Supermarkat yg sepelaung je tu.  Atau kalau takde budak kecik mungkin panjang juga langkah ni.

Malam tadi lepas Maghrib terus keluar ke Bahrain City Centre... nak beli pakaian & mainanan sempena birthday si tuah nih.  Tengah sale kat Mothercare (centrepoint)!  Boleh tahan juga lah.. pakaian kanak2 kat situ boleh tahan cantik dan berkualiti.  Lepas tu makan kejap, dan turun ke Carrefour.  Laju je cari barang sebab dah dekat pukul 9 mlm yakni waktu tidur Fawwaz (dan diriku).  Tu yg tercicir2 ada yg tak terbeli.  Takpe, 3 hari lagi groceries day (Jumaat le!).  Yang kesal, tak dapat soda bicarbonate sebab takde jual.  Apa yg pentingnya soda tu?  Yelahh... nak buat kek, cekodok... semua perlu benda ni.  Wajib ada kat gobok.  Tak ingat pulak dah habis, kalau tau beli je kat M'sia..

Hari ni masih ala2 blurr.. Semua majalah dah habis dibaca.  Nak ajak fawwaz belajar pun, takkan berjaya selagi bukan dia sendiri yg meminta.  So, sementara duduk depan lappy baca dan tulis apa yg patut, part time job ialah me'replay' katun Alam Farhan yg entah berapa ratus kali ulangannya nih... Fawwaz panggil 'muassasah..'.  Macam nama pakej haji pulak hehehe... Tajuk sebenarnya 'warkatul shajarah'.  Cerita pasal pokok dan daun.. Jauh dan perlahan mana pun Fawwaz akan sedar kalau katun tu dah dekat ke penghujung.  Menjerit2 dia suruh replay.. adoi!  Tapi kalau saya takde kat sini, dia buat sendiri...

Takpelah nak... enjoy!! Hahahh...

Sunday, June 12, 2011

2nd Year in Kingdom of Bahrain

Back to life.. back to reality.. hehe tetiba akak teringat lagu ni.  Saya kini dah berada di Kingdom of Bahrain.. hari ini genap tahun ke-2.  Semalam tengahari waktu Bahrain, saya dan Fawwaz selamat mendarat dan melangkah keluar dari pesawat Gulf Air tu.  Perjalanan sangat baik dan boleh katakan terbaik untuk Encik Ahmad Fawwaz.  Cuma bila nak landing tu, adalah sorang pakcik steward tu dok konon2 buat marah kat Fawwaz, suruh pasang seat belt (konon biar dia takut le kott)... dan sikecik yg mudah kecik hati tu merajuk.  Jenuhle sorang stewardess tu ikut mama dia memujuk.. siap bawa sebakul coklat, air kotak, banana... semua tak laku!  Nasib baik sebelum landing boleh juga pujuk dia pakai seat belt tu... ampeh betul pakcik steward tu ye!!

Macam biasa, masuk bulan Jun memang panas bumi arab ni... siap berjerebu lagi.  Tapi kat dalam rumah dok le sejuk sebab aircond kan... Cuma mandi tu macam selalu saya kata, fanas lah!  Air tu boleh buat rendam maggi kembang kekeke... Takpe, rezeki tu... Syukur, adalah jugak air free kat sini nih... free sebab company bayar le!

So, pagi ni pukul 3 Fawwaz dah bulat je mata dia... Makcik lak buat2 pejam & tidur.. padahal otak dah segar.  Jet lag gitu!  Pukul 3 pg = 8 pg kat Malaysia... ada korang tidur masa ni?  Adaaa.... wei anak dara dan mak dara, tak elok tidur meninggi hari... Belajor2 lepas subuh tu mengemas, buat sarapan, dengar motivasi pagi kat IKIM.fm ke, baca online paper ke, update fb ke.... lebih elok dari tidur!!!  Ingat pesan makcik ni... :D:D:D

OKlah... saya pun dah nak mulakan hari ni.  Sekarang pukul 8 pg... kat sini matahari naik pukul 4.44 pg.  Pukul 6 dah terang benderang... mulakan hari di dapur.. buka kotak ajaib.. unpack.. kemas...basuh..  masak... uhh! Nikmat ni.. dah 3 bulan dapat cuti, nak bermula balik menjalankan tanggungjawab seorang isteri dan suri... hehehe!

Friday, June 10, 2011

Travel Sokmo!

Hari ni last day... Sejak semalam gigih akak buat cleaning dan packing.  Semua baju dan perkakas dah masuk beg biru, beg galas dan kotak kitkat.  Haha..kotak kitkat ihsan dari Giant :D... Kipas angin dah lap, lantai dah vacuum dan mop, toilet dah sental.. lantai dapur je belum sebab nak masak2 lagi buat bekal ke sana.  Ala, tempe sambal je.. Malas nak bawa tempe yg mentah (sebenarnya lupa nak beli xtra...).  En Amar Cheng pemandu teksi pun dah confirm nak jemput esok... teksi tetap ke airport sejak bertahun2 lamanya... seumur Fawwaz.  Bila nampak dia, Fawwaz pun tau yg kami akan ke airport...


Tadi sebelum keluar, auntie tkt 15 datang nak sembang2... Sempat kempen suruh buat anak lagi sorang hahaha...!  Sebab auntie tu akak terus lupa keluar nak bawa surat atas meja ni..  Pergi MyMydin je, pastu blank apa nak beli.  Then terus ke Azzahrah Bangi, nak tengok baby cousin ku Anis (lohh... lupo lak nak tanya namanya..).  Tinggal berapa meter je sampai, Fawwaz dah landing kat belakang dan tidur pengsan!  Alahai, gitulah selalunya.. Nasib baik Hafiz (husband si cousin) ada utk tunggu kat bawah... Tadi malu kejap sebab akak selamba pakai kasut masuk bilik wad... dah kena tegur dgn pegawai tu.  I shy you know... tapi control ayu, sebab dah ayu pakai abaya... hahaha!

Ingat nak terus jumpa akaknya pula, Nura.  Tapi dia kat luar katanya... hehehe!  Next time la ye Nur.. I memang selalu macam ni.. never got enough time..  Lepas tu merata cari ATM yg convenience sikit utk tinggal Fawwaz kat kereta... Akhirnya ke TPM dan minta tolong 2 encik polis tengok2kan anak yg tidur tu.  Memang kena cari akal kalau anak jenis tidur dan tak boleh diganggu waktu memandu sendiri.. TIPSnya kalau ada urusan tertentu terpaksa dibuat

  • Pastikan berada di tempat selamat, tengok sekeliling dulu masa parking
  • Jangan tinggalkan dia sendirian dalam kereta (kadang2 saya terpaksa buat juga, tapi dengan syarat kita boleh nampak dia dan jangan lepas pandang)
  • Minta pertolongan orang2 yang dipercayai macam polis, guard...
  • Buka sedikit cermin tingkap utk memberi ruang udara.  Jangan tidur atau membiarkan anak/penumpang tidur dengan keadaan enjin dan aircond terpasang macam tu aje dengan pintu dan tingkap yg rapat.  Takut lemas nanti dan keracunan....
  • Kunci pintu kereta

Masa mula nak keluar tadi dah set dalam kepala tak mau masak tengahari dan nak beli je.. Tapi dek kerana banyak sangat tempat dituju hari ni, boleh la pulak kita lupa... Dah sampai depan pintu balik baru teringat.  No 1 terfikir ialah perut si kecik tu.. alahai kesiannya, dah dekat pukul 2.  Terpaksalah juga masakkan nasi dengan segera... Mujur harini dia kurang berselera, kuranglah juga rasa bersalah ni.  Kena lakukan sesuatu sebab pelupa sangat kebelakangan ni.. takkan sebab vaksin HPV tu? Hahaha... saja je nak letak kesalahan kat benda lain.  Teringat pesan auntie tadi pagi tu... Sebenarnya bila kita tgh proses ber'vaksin' ni, tak boleh mengandung tau.. Mungkin ada risiko.  Dan saya ada satu suntikan lagi sebelum complete....

Kalau cik kakak aka Aula baca entry k.an ni, sorry morry la babe... tak sompek nak buatkan cheese tart khas buatmu.  Eh! Sebenarnya sempat tapi tak tau camna nak pass kat ko dik.. Alih2 dah nak chow. Tart crust tu ada je menganggur, tinggal nak kasi cheese & blueberry je.  Nak nganta jauh sket takpe, ko punya schedule kerja lak luar biasa. Malas akak nak mengikut arus jam dipetang hari kat federal highway tu-.. Takpelah, ari tu dah rasa seketoi kan...? Nanti bila k.an dah bukak bakeri tart, akak bagi 6 ketul sekali hahahhh...

Thursday, June 9, 2011

Hukum ASB


Hari ni terbaca satu post di FB berkenaan ASB yang saya sendiri ada menyimpan seringgit dua selepas membaca dan mendengar beberapa pendapat mereka yg ariff bab2 ugama.  Dah macam ni, cuak la jugak kan...

-----------------------


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

dari: malaysia sensasi


Image surat tu kecik sangat... Sebenarnya perbahasan tentang hukum ASB ni dah lama, sejak dari awal2 lagi.  Tapi memandangkan ulama dan mereka yang arif mengeluarkan pelbagai pendapat, maka macam tu lah jadinya... Agak2 kalau dah macam ni macamana nak buat pembersihan ke atas wang dan darah daging kita?  Pasti akan keluar pendapat lain lagi selepas ni.  Cuma harapnya bab2 agama ni janganlah ada bau2 politik.  Ulama puak A kata gini, ulama puak B kata gitu... 

Harap2 terang hati kita untuk menilai benda yg betul dan tidak, haram dan halal... Wallahua'lam.

Wednesday, June 8, 2011

Hujan oh Hujan

Hujan turun di Kuala Lumpur... Ada guruh yang kuat dan panahan petir yg mengejutkan.  Kelam kabut akak menutup TV dan power point berkenaan.  Alarm kereta berbunyi merata2... Hujan..aku pasti akan merinduinya bila dah di Bahrain nanti.  Hujan, air mandi yang dingin, dan segala2nya yang berkenaan air..
------- tbc :)

Tak senang nak menulis... kejap2 trrrgg.. guna cable yg menjulur dari nun sudut sana, cikmat suka pulak nak buat kacau ganggu (tetiba teringat masa belajar Law..).  Sengaja nak tarik2 cable tu dan menyerah untuk dicubit!  TV pulak bila dah reda hujan ni, tak keluar gambar sebab signal tahap merah.. Tukar TV free pun tak keluar gambar.  Mesti ada sesuatu kejadian buruk pada sistem multi dwelling kat atas tu masa ada petir tadi... eishh! betul ke akak guna term ni?  Dari teringat masa belajar Law, tukar teringat masa kerja kat Mega TV... horror gitew!!

Hari ni berjaya pergi ke Giant membeli sikit2 bahan stok makanan.  Mula2 cancel appointment ENT Fawwaz dulu huhu!  Kita postpone semua temujanji ke bulan September nanti.  Masuk lift, terjumpa dan berkenalan dengan sorang auntie cina tingkat 15.  Dia nak kirim hot ticket hotlink tu.  Merata akak cari kat Giant, sambung ke Sri Rakyat terus ke 7-E demi auntie.. tak dapat!  Sian auntie tu kan... Akak pun bukan reti semua ni.  Maklum, duk dalam tempurung selamakini.  

On the way balik, macam biasa Fawwaz dah tidur.  So, akak pun join the club tidur dalam kereta kat parking tu sebelum naik rumah.  Lama lah jugak.  Macam tu lah keadaanku dan anak sekarang... Kalau dah tertidur tu, abiskan je sampai puas kat dalam kereta.  Tak larat nak angkut atau layan budak melalak.  Sambil tu jeling2 kat meter minyak tu... satu.. satu.. dia menurun hehe..

Tengah makan pizza murah (50% disc) tadi, en hubby telefon... jangan lupa belacan katanya hehe.  Tapi inilah yg akak kecewa benor... Dalam banyak2 perkara penting, awatlah lupa nak beli belacan kat Sg Tawar tu.. Belacan yg kering sedikit dan biasa mengikutiku naik kapalterbang... Sah2 le memang fikiranku terganggu.  Selalu benda wajib bawa sedari masa kat S'pore hingga kini ialah belacan.  La ni tambah cili kering yg cantik dan bersih kat pasar tu, udang kering, bilis, kicap, creamer, dll.  Bukan takde kat Bahrain, cuma alang2 bawak kotak kan...  Apa2 pun tadi belilah juga belacan tu kat kedai Sri Rakyat... buatan Melayu yg penting tu. 

Sebenarnya bila dengar hubby ada hypertension dan sekutunya sewaktu ketiadaanku yg sebenarnya antara penyumbangnya ni, terus tak fikir pasal masak best2.. Duk fikir nak makan salad, ulam dan benda bakar2 je kat sana nanti.  Mampukah?  Kan akak rajin bila kat sana hahaha... Padahal balik M'sia 3 bulan ni, sekali pun tak pernah buat karipap.. apalagi bakar ayam.  Bila Umi adikku di sana tu sebut pasal karipap tadi, akak pun... ALAMAK!  Tapi memang akak tak niat sangat nak berjual karipap dah... dan tadi hanya membeli sebungkus rempah kari... Rempah kat sana tak berapa kena dgn tekak orang kita.. 

Sat lagi nak mengisi kotak ajaib tu.. Part ni kekadang sukalah juga. Tak hengat nak angkat nanti.. dahlah sakit belakang ni tak hilang lagi.  Entahlah... daku pasrah!  Pulak tu tadi dah 2 kali blackout.. bila akak check drawer, tinggal bungkusan lilin je... isi takde!  Ayoyo.... sudahlah hujan, malam... tak kose nak keluar cari.  Pasrah lagi...

Tuesday, June 7, 2011

Cerita Orang Boring..

Boring le pulak petang ni... Nak selak2 apa yg ada kat internet pun malas.  Bukan apa, kejap2 trrrrggg..putus!! Apokobondo entah Celcom 3g ni.. tak habis2 buat mak geram! Seminggu kat kg, takde masalah trrrrgg ni, cuma lembabs yg teramat!  Kadang kat KL ni terpaksa guna dial-up tmnet, kabel asyik nak tercabut je lak sebab terlanggar.. :)

Packing
Sebenarnya nak packing pun hati tak teruja.  Tapi kejap tadi, pelan2 akak masukkan baju dalam beg beso tu.  Transfer dari beg kecik (guna time balik kg lepas), ke beg besar.  Sekarang ni senang sikit, sebab ada assistant tukang heret beg... alaaa si kecik tu le! hehehe...

terkenang dolu2, fawwaz 4 bulan... :D
Stok
Tadi lepas pergi BB Bangi, ingat nak terus pergi Giant cari barang2 yg nak diangkut sekali naik Gulf Air tu.  Tapi  co-pilot tidur lak.  So, belok ke MyMydin je kat sebelah ni.  Pun tak berjaya masuk... Sudahnya akak balik rumah dengan hampa.. Time tu bangun le pulak dia kan... Tapi dah malas nak teruskan misi.  Ni kotak pun takde. Kotak lama adalah, tapi dah entah berapa kali dia naik kapalterbang kannn... :D

Fawwaz
Setiap kali balik dari kampung rasa kesian kat dia.  Macam tadi petang... Umi tanya "Nak jalan tak?"  Dia jawab "namm (naam)... mbah!".  Maksudnya "ya/yes... ke rumah mbah?" le kot... Mbah yg selalu meniti di bibir dia tu ialah nenek/atuk yg kat kampung tu le... yg ada kat rumah kuning.  Makcik dan pakcik kita yg suka layan dia... Oh anakku, lama lagi kita akan berjumpa mbah tu tau... Jgn rindu-rinduan tau.  Kali ni kita nak jumpa ABAH lak ye!  Bunyi macam sama je..hehehe.  Mbah, ciknya, paksu, cik kakak & cikyum mesti duk terkenang2 lagu "MAK MAMAT ADA KEBUN..." bukan pak mamat...jenuh nak betulkan.  But you are the star my dear...

Counting Days
Tinggal 3 hari penuh je nak tinggalkan bumi Malaya yg penuh cerita kontroversi ni.  Best ke?  Happy nak reunite dengan en hubby after so long.. but of course sedih le nak tinggalkan negara tercinta ni.

Kawan2
Kali ni dapat juga jumpa Wan, Nab, Zulfa, Shima, Zana, Jead & Ayu... Kecuali Jead, hat kawan2 lain tu dah makan tahun tak jumpa.  Memang rindu nak cerita2 macam zaman dulu2... tapi apakan daya.  Itu pun dah cukup nak mengalirkan keluar toxin stress akak hahaha.. Kawan2 sekolah & ITM/UiTM lak, memang takde rezeki nak gather2... Dapat tengok muka dan sembang fb pun dah rasa lega... Ku tunggu saat reunion yg entah bila nanti ye kekawan...

Monday, June 6, 2011

Gud Bye Kampung...

Sudah kutinggalkan rumah kuning ini... setelah beberapa bulan berulang alik KL-S/Bernam... sejak Mac hari tu... dan Sabtu ni off ke Bahrain.  Inilah percutian paling lama di M'sia setakat ni.. Sedih le pulak kan...huhu!

Badan letih, tak macam selalu.  Mungkin petanda dah semakin tua huhuu... Tapi penat camnapun, bukan boleh rehat sangat.. biasalah tu.. Dapat baring n lelap sikit2 (sambil mendegar suara budak ceria) dah jadilah...

Minggu semalam ni ada wedding 2 pupu... Sebelum tu ambil jab ke-2 HPV.. Aduh! Masih sakit2 sengal lengan kiri ni.. Memang gerun juga tengok jarumnye... Suntikan ke-3 pada bulan Oktober nanti.  Harap2 semuanya baik.

Kali ni macam takde feel nak shopping bahan2 masak utk dibawa ke sana.  Tengoklah, kalau rajin beli sikit2, kalau tak sorong beg beso tu je.  Kali ni misi nak puasa je, pastu balik raya... Hehe belum pegi dah cakap pasal balik...

Malam ni mungkin rasa sepi kejap... Maklum dah dekat seminggu kat kampung.  Bila tinggal berdua kat atas ni, tau2 jelah... Tapi rasanya yg kat kg tu pun sunyi le juga kan kan...?  Kali ni tak boleh nak seru2 lagi sebab lama lagi nak jumpa... isk isk.. sebenornya akak yg sedih mmm...