Pages

Friday, June 10, 2011

Travel Sokmo!

Hari ni last day... Sejak semalam gigih akak buat cleaning dan packing.  Semua baju dan perkakas dah masuk beg biru, beg galas dan kotak kitkat.  Haha..kotak kitkat ihsan dari Giant :D... Kipas angin dah lap, lantai dah vacuum dan mop, toilet dah sental.. lantai dapur je belum sebab nak masak2 lagi buat bekal ke sana.  Ala, tempe sambal je.. Malas nak bawa tempe yg mentah (sebenarnya lupa nak beli xtra...).  En Amar Cheng pemandu teksi pun dah confirm nak jemput esok... teksi tetap ke airport sejak bertahun2 lamanya... seumur Fawwaz.  Bila nampak dia, Fawwaz pun tau yg kami akan ke airport...


Tadi sebelum keluar, auntie tkt 15 datang nak sembang2... Sempat kempen suruh buat anak lagi sorang hahaha...!  Sebab auntie tu akak terus lupa keluar nak bawa surat atas meja ni..  Pergi MyMydin je, pastu blank apa nak beli.  Then terus ke Azzahrah Bangi, nak tengok baby cousin ku Anis (lohh... lupo lak nak tanya namanya..).  Tinggal berapa meter je sampai, Fawwaz dah landing kat belakang dan tidur pengsan!  Alahai, gitulah selalunya.. Nasib baik Hafiz (husband si cousin) ada utk tunggu kat bawah... Tadi malu kejap sebab akak selamba pakai kasut masuk bilik wad... dah kena tegur dgn pegawai tu.  I shy you know... tapi control ayu, sebab dah ayu pakai abaya... hahaha!

Ingat nak terus jumpa akaknya pula, Nura.  Tapi dia kat luar katanya... hehehe!  Next time la ye Nur.. I memang selalu macam ni.. never got enough time..  Lepas tu merata cari ATM yg convenience sikit utk tinggal Fawwaz kat kereta... Akhirnya ke TPM dan minta tolong 2 encik polis tengok2kan anak yg tidur tu.  Memang kena cari akal kalau anak jenis tidur dan tak boleh diganggu waktu memandu sendiri.. TIPSnya kalau ada urusan tertentu terpaksa dibuat

  • Pastikan berada di tempat selamat, tengok sekeliling dulu masa parking
  • Jangan tinggalkan dia sendirian dalam kereta (kadang2 saya terpaksa buat juga, tapi dengan syarat kita boleh nampak dia dan jangan lepas pandang)
  • Minta pertolongan orang2 yang dipercayai macam polis, guard...
  • Buka sedikit cermin tingkap utk memberi ruang udara.  Jangan tidur atau membiarkan anak/penumpang tidur dengan keadaan enjin dan aircond terpasang macam tu aje dengan pintu dan tingkap yg rapat.  Takut lemas nanti dan keracunan....
  • Kunci pintu kereta

Masa mula nak keluar tadi dah set dalam kepala tak mau masak tengahari dan nak beli je.. Tapi dek kerana banyak sangat tempat dituju hari ni, boleh la pulak kita lupa... Dah sampai depan pintu balik baru teringat.  No 1 terfikir ialah perut si kecik tu.. alahai kesiannya, dah dekat pukul 2.  Terpaksalah juga masakkan nasi dengan segera... Mujur harini dia kurang berselera, kuranglah juga rasa bersalah ni.  Kena lakukan sesuatu sebab pelupa sangat kebelakangan ni.. takkan sebab vaksin HPV tu? Hahaha... saja je nak letak kesalahan kat benda lain.  Teringat pesan auntie tadi pagi tu... Sebenarnya bila kita tgh proses ber'vaksin' ni, tak boleh mengandung tau.. Mungkin ada risiko.  Dan saya ada satu suntikan lagi sebelum complete....

Kalau cik kakak aka Aula baca entry k.an ni, sorry morry la babe... tak sompek nak buatkan cheese tart khas buatmu.  Eh! Sebenarnya sempat tapi tak tau camna nak pass kat ko dik.. Alih2 dah nak chow. Tart crust tu ada je menganggur, tinggal nak kasi cheese & blueberry je.  Nak nganta jauh sket takpe, ko punya schedule kerja lak luar biasa. Malas akak nak mengikut arus jam dipetang hari kat federal highway tu-.. Takpelah, ari tu dah rasa seketoi kan...? Nanti bila k.an dah bukak bakeri tart, akak bagi 6 ketul sekali hahahhh...

No comments:

Post a Comment