Pages

Sunday, June 19, 2011

Ronda2 di Hujung Minggu

Weekend dah berlalu di Bahrain.. Hari ni (Ahad) dah kerja balik.  Diam tak diam dah seminggu saya ke sini.  Weekend semalam penuh dengan aktiviti jalan2... tapi bukan cari makan tau!  En hubby saya tu sekarang diet sikit, dah kurang makan pelik2.. Maklum, usia dah meningkat, blood level dan glucose pun ikut sama meningkat.  Saya pulak belum sedor diri hehehe.... Maklum dah lama tak test darah & kolestrol.. setakat ni kalau blood level tu, rendah je lah.. Tu yg selalu ala2 kegelapan pemandangan mata bila bangun dari duduk secara pantas.

Macam selalu hujung minggu pergi market, hypermarket (Geant), taman rekreasi dan semalam ke Ansar Gallery, sebuah Mall yg jual barang2 agak murah dan menarik.  Dapatle karpet besor sehelai buat raya nanti hehe.... Cuaca pulak tak sepanas yg kusangka..berangin je. Angin dari laut dan darat menderu2, kadang2 membawa ribut pasir.  Belum peak summer lagi...

Sekarang tengah musim buah mangga dari India, Pakistan dll... ada yg manis, silap beli ada yg masam dan masam2 manis... yg bawah ni sgt juicy dan manis...

Fav fast food saya kat Bahrain ni... Jasmi's.  Tak tau apasal suka sangat kat fries dia...

Bila nampak benda bawah ni, terus teringat kat 2 org adik2 ku yg suka baking... Wa & Nura.. I bought this for both of you.. wait till Hari Raya yaa... hehehh!
 It's silicone mould... dah famous penggunaannya kat M'sia, tapi manalah sempat nak cari kat sana... kaki & tangan terikat je... rupanya agak seperti pasu bunga je kan, hudus! haha

No comments:

Post a Comment